Mengenali fenomena latah

Menurut kamus dewan edisi ke 4, latah itu maksudnya seseorang (biasanya wanita) tidak sedar apa yang dilakukan, mengikut suruhan atau perbuatan orang lain tanpa disedari, mengeluarkan perbuatan atau sesuatu tanpa tidak sengaja kerana terperanjat. Sebenarnya, latah sudah jadi macam budaya masyarakat kita. Orang yang latah tidak kira muda ke tua. Ada yang latah sejak dari muda sampai tua. Ada juga yang latah sebab dia diusik orang. Sebaiknya jangan kacau orang latah masa diorang pegang benda tajam. Orang latah ni kalau kita suruh dia pergi tikam orang, dia pergi tikam, sebab diorang tak sedar apa yang diorang buat. Jadi nak usik orang latah boleh, tengok keadaan. Tapi kalau orang tua, baik jangan usik sebab macam kita ni tak hormat orang tua.

Punca utama latah adalah reaksi terkejut atau tertekan gara-gara stres. Ada beberapa teori yang menyebabkan timbulnya gangguan latah, iaitu:

Teori Pemberontakan. Dalam keadaan latah, seseorang boleh mengucapkan hal-hal yang dilarang tanpa merasa bersalah. Gejala ini semacam gangguan tingkah laku. Lebih ke arah 'keterlaluan' kerana ada dorongan yang tidak terkawal untuk mengatakan atau melakukan sesuatu.

Teori Kecemasan. Gejala latah muncul kerana orang yang melatah memiliki kecemasan terhadap sesuatu tanpa ia sedari. Rata-rata, dalam kehidupan penghidap latah selalu terdapat orang yang menyebabkan mereka tertekan. Jadi latah merupakan jalan pemberontakannya terhadap dominan orang yang menekan mereka. Individu yang menekan mereka tidak semestinya berasal dari lingkungan keluarga.

Teori Menarik Perhatian. Seseorang menjadi latah kerana mahukan perhatian orang di sekelilingnya. Gara-gara latah, seseorang merasa diperhatikan oleh persekitarannya. Dengan begitu, latah juga merupakan upaya mencari perhatian. Latah seperti ini disebut "latah gaul" - latah untuk pergaulan.

Noorkhiriah, artis yang melatah.


Jenis-jenis Latah

Ada empat jenis latah:
1. Ekolalia: mengulangi perkataan orang lain
2. Ekopraksia: meniru gerakan orang lain
3. Koprolalia: mengucapkan kata-kata yang dianggap tabu / kotor
4. Automatic obedience: melaksanakan perintah secara spontan pada saat terkejut, misalnya; ketika pesakit dikejutkan dengan seruan perintah seperti "sujud" atau "peluk", ia akan segera melakukan perintah itu.


Penyembuhan

Syarat-syarat munculnya latah adalah adanya keterkejutan. Untuk mengurangkan dan menyembuhkan latah, ia harus menemukan ketenangan hidup. Misalnya, keluar dari rumah kalau orang tuanya kerap melakukan tekanan atau bertukar bidang pekerjaan jika pekerjaannya itu membuatnya stres.

Untuk menyembuhkan si latah, persekitaran memang harus memainkan peranan. Ada penderita latah yang sembuh sendiri setelah berkeluarga dan hidup tenang. Selebihnya, pesakit digalakkan melakukan latihan relaksasi, meditasi, dan konsentrasi secara rutin. Kegiatan ini akan membantu pesakit menuju kesembuhan. Dan sering-seringlah melakukan aktiviti menyenangkan yang tidak membuat stres.

Terapi puasa cukup popular di Eropah dan Amerika Syarikat. Berita gembira lain, hasil penyelidikan terkini membuktikan puasa yang dijalankan secata betul, boleh berfungsi sebagai terapi bagi pesakit latah. Ini berpunca kepada fakta bahawa pausa dapat membuat seseorang lebih mampu menguasai dan mengendalikan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More