Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan

‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Beratnya ujian dengan kekayaan

Putera al Walid bin Talal bin Abdul Aziz al Saud,
antara individu paling kaya di dunia.
"APAKAH kerana malaikat tidak mampu dirasuah, maka syurga lebih banyak diisi oleh orang yang ketika di dunia hidupnya miskin daripada yang kaya?" tanya seorang murid Abu Qubaisy kepada Tuan Guru yang mereka segani ketika beliau baru selesai menyampaikan kata pembuka kuliah paginya.


Dalam kata pengantar yang diminati semua muridnya, Tuan Guru itu berbicara banyak tentang pendidikan moral. Namun demikian Tuan Guru yang arif itu tetap saja memberikan penghargaan yang tinggi terhadap pertanyaan yang tidak kait mengait dengan topik yang dibicarakan dalam kata pengantarnya.


Aku berlindung kepada-Mu dari ujian kemiskinan
"Benar," jawab Tuan Guru membuat murid yang bertanya jadi terkejut. Semula dia mengira Tuan Guru yang mereka kagumi dan segani itu akan menganggap pertanyaan tersebut sebagai soaln main-main sahaja. Kerana dia sendiri tidak sepenuhnya sedar dengan pertanyaan tersebut.

"Maksud Tuan?" tanya seorang murid yang lain yang juga hairan.


"Di dalam salah satu doanya Rasulullah bermohon dengan kata-kata, 'Aku berlindung kepada-Mu dari ujian kemiskinan, dan dari jahatnya ujian kekayaan.'


"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa
mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya
kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu
bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl, ayat 78)
Sementara itu banyak ulama zaman dulu, ulama salaf, berkata bahawa ketika diuji dengan kesulitan mereka dapat bersabar. Tapi ketika diuji dengan kesenangan mereka tidak dapat bersabar. Itulah salah satu sebab mengapa syurga lebih banyak diisi oleh orang miskin. Tentu saja setelah di sana mereka bukan lagi orang miskin," jelas Tuan Guru mengundang senyum beberapa murid yang mendengarnya.


"Lalu bagaimana sebaiknya kita bersikap bila berada dalam kebaikan, atau berada dalam kesulitan?" tanya murid yang pertama bertanya tadi.


"Mereka yang berada dalam kebaikan atau kesenangan lebih perlu bersyukur, dan mereka yang berada dalam kesulitan lebih perlu bersabar. Ertinya, bersyukur di saat senang dan bersabar ketika susah adalah wajib. Mereka yang tidak demikian, layak mendapat hukuman," kata Abu Qubaisy seraya mengakhiri jawapan pada soalan anak muridnya itu.




Sedikit sombong besar risikonya

jangan sombong - kongsi cerita"BERSEDIAKAH Tuan jelaskan kepada kami berapa besarkah risiko yang harus ditanggung oleh kesombongan?" pinta seorang murid kepada Abu Qubaisy dengan penuh minat.

Ketika membuka majlis ilmunya petang itu, Tuan Guru yang luas ilmunya dan disegani para muridnya tersebut memang berbicara panjang tentang sifat sombong dan keburukan yang dikandungnya. Dengan sungguh-sungguh beliau berpesan agar para muridnya mengikis habis kesombongan dari dalam hati mereka masing-masing.

sombong | kongsi cerita"Di dalam kitab 'Nahjul Balaghah,' Sayyidina Ali Ibn Abi Thalib menyatakan bahawa iblis adalah hamba Allah yang sangat bersungguh-sungguh dalam beribadat. Dia menyembah Allah swt selama 6,000 tahun. Memang tidak ada penjelasan apakah 6,000 tahun itu menurut ukuran perhitungan waktu di dunia atau perhitungan waktu di akhirat yang jangka waktunya jauh lebih panjang daripada jangka waktu dunia. Mengingat iblis, sebagaimana juga malaikat, termasuk golongan makhluk langit, tidak mustahil ukuran waktu 6,000 tahun berdasarkan perhitungan waktu akhirat.

sombong | kongsi ceritaAndai kata yang digunakan itu adalah rentang waktu dunia pun, 6,000 tahun bukanlah masa yang pendek. Namun semua itu menjadi sia-sia. Terkikis habis oleh satu kesombongan yang diperbuat iblis," jelas Abu Qubaisy dengan panjang lebar.

"Kesombongan macam apa dan berapa banyakkah dilakukan oleh iblis itu?" tanya seorang murid yang kurang sabar.

iblis - kongsi cerita"Hanya satu kali. Iaitu ketika dia menolak perintah Allah swt untuk bersujud kepada Adam. Dengan sombong dia mengatakan dirinya lebih mulia daripada Adam yang diciptakan daripada tanah, padahal dia diciptakan daripada api," jawab Abu Qubaisy yang dibalas oleh sebahagian muridnya dengan anggukan kepala.

"Lalu mengapa Allah swt merasa perlu mengingatkan manusia bahawa iblis adalah musuh nyata?" tanya murid yang lainnya lagi.

"Kerana ketika laknat dijatuhkan Allah swt kepada iblis dia bukan memohon ampun, tapi kembali dengan angkuh; dia justeru menyatakan akan berusaha menyesatkan manusia sepanjang masa," ujar Tuan Guru itu seraya mengakhiri kuliahnya.




Utusan dibakar di seluruh negara

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di pelbagai tempat bagi membantah penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia yang didakwa menghina Islam.

Dalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu turut menyaksikan akhbar milik Umno itu dibakar selepas solat Jumaat hari ini.

Di Kuala Lumpur, diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru.

Menurut ketua penerangannya Herman Samsudin, menariknya, terdapat peserta yang tidak membakar keseluruhan akhbar itu tetapi halaman kartunnya saja yang menjadi mangsa.

"Dalam demonstrasi tadi, Ahmad Sabki ada menyebut bahawa karikatur (itu) telah melakukan kesalahan besar kepada umat Islam dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) perlu mengambil tindakan dengan menggantungkan permit Utusan Malaysia," katanya.

Keputusan mengadakan perhimpunan di seluruh negara hari ini atas arahan ketua Pemudanya Nasrudin Hassan selepas tuntutan maaf mereka tidak dilayan akhbar itu.

Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Polis arah henti

Sementara itu, di Ipoh, dua ratus orang hadir perhimpunan anjuran dewan Pemuda PAS negeri di pekarangan Masjid negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.

Penolong Setiausaha Pemuda PAS negeri Safizal Saleh berkata, himpunan hampir 30 minit itu diwarnani dengan pelbagai sepanduk mendesak Utusan segera memohon maaf.

Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.

"Berikutan itu juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Abu Bakar Hussien yang turut hadir kesal kerana pihak Utusan Malaysia tidak sensitif kepada umat Islam," katanya.

Di Terengganu pula, difahamkan terdapat perhimpunan dibuat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu yang disertai ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah.

Kontroversi kartun dua panel itu bermula apabila sebuah dialog berhubung penolakan telefon bimbit sebagai bahan bukti dalam kes rogol menjadi pertikaian.

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi.”

Malaysiakini: Utusan dibakar di seluruh negara

Berkaitan:
Hina Islam: Pemuda Pas demo seluruh negara
Hina Islam: Ulama mahu Utusan didakwa
Takkanlah saya mahu percaya Utusan




Hina Islam: Pemuda PAS demo seluruh negara

Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah penyiaran penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam oleh akhbar Utusan Malaysia..

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, tindakan berkenaan diambil setelah akhbar tersebut gagal membuat permohonan maaf yang dituntut mereka genap seminggu lalu..

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Malaysiakini semalam, Nasrudin juga berkata, pihaknya mengisytiharkan pemboikotan akhbar Umno itu secara menyeluruh "atas keangkuhan mereka enggan mohon maaf."

Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Diharamkan buat liputan

Mereka memberi tempoh tujuh hari kepada akhbar itu untuk memohon maaf secara terbuka atau pihaknya akan meneruskan siri bantahan dengan membuat perhimpunan besar.

NONEBeliau juga menuntut Utusan mengambil tindakan terhadap pelukis karikatur tersebut.

Lakaran pertama dalam karya itu menggambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Nasrudin, lulusan pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar, Mesir berpendapat, selain mempersendakan hukum Islam, karikatur itu juga dilihat "memperkecilkan institusi agama seolah-olah tidak boleh menangani" isu berkenaan.

Sabtu lalu, Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.







Khalid Samad, Khairy antara sertai misi ke Gaza

Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan, yang antara lain disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam Khalid Samad yang bakal berlepas ke Gaza minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

Malaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa, kata Najib di sini malam semasa melancarkan Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia bagi menyertai International Freedom Flotilla II ke Gaza.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai “International Freedom Flotilla II”.

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau da Khalid, turut sertai ialah Pengerusi Aman Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, wartawan Astro Awani Nazri Kahar dan jurukameranya Wan Yusani Amir.

Najib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas “Freedom Flotilla” pada 31 Mei tahun lalu enam kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa.

Ketika tragedi itu, “Freedom Flotilla” anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan “Pertahankan Kemanusiaan” dan akan disertai 13 kapal antarabangsa — 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Najib juga berkata kerajaan akan bantu mengusahakan dana bagi menubuhkan sebuah pusat trauma untuk kanak-kanak di Gaza. Selain terus berusaha memastikan isu pembebasan Palestin dilakukan hingga satu penyelesaian dicapai, katanya.

Beliau berkata Malaysia juga akan mengetengahkan kepada dunia kesengsaraan rakyat Palestin.

“Kalau tidak buat apa-apa, dunia tidak akan teringat isu Palestin. Tetapi jika ada gambaran terhadap perjuangan ke atas Palestin, world opinion (pendapat dunia) sedikit demi sedikit akan berubah,” katanya.

Perdana Menteri berkata dunia juga tidak harus berputus harapan dalam perjuangan tersebut walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

“Kita jangan merasa yang kita telah kalah, kita akan menggunakan cara lain. Bukan menggunakan kekerasaan, tetapi menggunakan rasa kemanusiaan dunia untuk memperjuangkan nasib Palestin,” katanya.

Sementara itu, Noorazman berkata konvoi kali ini bukan sahaja akan melalui jalan laut tetapi juga darat.

Noorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental.

Beliau berkata, mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan.




Hina Islam: Ulama mahu Utusan didakwa


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.


Berkaitan




Tips Perkahwinan


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





ASB/ASN HARAM – Jabatan Mufti Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah – Ustaz Azhar Idrus


Hasil dari Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2011, status Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak. Surat rasmi sila refer dua gambar di bawah ini.





[VIDEO] Nik Aziz iktiraf Mat Sabu

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Aziz menegaskan Mohamad Sabu sememangnya merupakan pemimpin PAS yang dibenci oleh Umno kerana memiliki kehebatan tersendiri dan memberikan keuntungan besar kepada PAS.

Nik Aziz berkata demikian mengulas media UMNO, Utusan yang sibuk bercakap PAS mengetepikan kepimpinan Ulama dengan menaikkan Mohammad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru dalam ceramah perdana di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, malam tadi.

"Mat Sabu sejak keluar dari ITM, terus menginfaqkan dirinya dengan jemaah, pernah beberapa kali ditahan bawah ISA. Kelebihan beliau yang bersifat bersahaja mampu meraih non muslim bermesra dengannya," ujarnya yakin mencadangkan Mohammad Sabu memegang portfolio berkait langusng dengan golongan non muslim.

Nik Aziz dalam amanat akhirnya itu yakin UMNO tidak akan nyenyak tidur dengan naiknya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.

Beliau sebelum itu mengingatkan semua manusia di muka bumi ini adalah menumpang di bumi Allah.

"Kerana menumpanglah, manusia perlu patuh dan taat kepada suruhan tuan punya bumi ini." Beliau menegaskan tanpa apa yang diberi oleh pencipta, manusia tidak boleh hidup kerana Allahlah yang memberikan segalanya.

"Islam yang mengajar manusia mengenal diri dan segala yang berlaku, hidup dan mati adalah atas ketetapan Allah."





Nik Aziz: Negara kebajikan selari dengan Islam

Konsep negara berkebajikan yang dibawa Pakatan Rakyat adalah selari dengan kehendak Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

NONEMenteri Besar Kelantan itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Menurutnya kedua-dua perkara itu membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial. Berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat, katanya.

"Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di Kota Bharu, semalam.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot.

NONEUcapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu minggu lalu langsung tidak menyentuh mengenai penubuhan negara Islam dan pembentukan undang-undang hudud seperti mana sebelumnya.

Sebaliknya ahli parlimen Marang itu berkata PAS akan menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan.





Mat Sabu Timbalan Presiden PAS yang baru

GOMBAK, 4 Jun — Mohamad Sabu sah menang kerusi jawatan timbalan presiden PAS dalam percubaan kali kedua dengan menewaskan dua calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus menyaksikan barisan kepimpinan parti itu kali ini dikuasai kumpulan profesional. Mohamad, bekas naib presiden, memperoleh 420 undi — keputusan yang dilihat menarik perhatian banyak pihak di dalam dan luar parti itu.

Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005 hanya menerima 224 undi manakala seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat 399 undi.

Pemilihan PAS diadakan setiap dua tahun sekali.

Selepas tewas pemilihan 2009 Mohamad yang mesra dipanggil “Mat Sabu” dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Di peringkat naib presiden Salahuddin Ayub dan Datu Mahfuz Omar mengekalkan kerusi masing-masing dan Datuk Paduka Husam Musa kembali dipilih ke jawatan itu.

Salahuddin menerima undi terbanyak iaitu 753, Husam di tempat kedua dengan 660 undi manakala Mahfuz 616 undi.

Tiga lagi calon iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Omar Abdulalh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masing-masing menerima 491, 321 dan 217 undi.

Dalam pada itu, kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat yang menawarkan 18 tempat, dua pertiganya dikuasai oleh kumpulan profesional atau sering dilabel sebagai puak Erdogan.

Seramai 53 calon bertanding kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat kali ini.

Sekitar keputusan pemilihan PAS












60 Petua Mendapatkan Pasangan

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsi cerita petua mendapatkan pasangan - oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Saya harap ianya dapat membantu dalam usaha mencari jodoh.

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah





Salahkah copy dan paste entry keagamaan

Isu Copy Paste, Entry Keagamaan, Blog Hijau, Anonymous komen, pendapat bloggers, pendapat tentang isu copy paste
Assalamualaikum. Entri ni saya copy dan paste dari blog DAUSPOZI.COM - ingat hijau ingat daus. Sama-sam kita fikirkan persoalan yang dilontarkannya...

Firstly aku nak terima kasih banyak² kepada encik anonymous kerana komen beliau yang ala² perlian tu, beliau dah bagi aku satu idea untuk update blog hijau ni. Okey, topik untuk segmen 'Kata Blogger' kali ni adalah "Salahkah kita 'copy paste' entry keagamaan dengan niat untuk berkongsi dengan pembaca?", jom kita baca pendapat daripada para bloggers.
Salam.. tak salah copy paste entri agama, janji kita tahu apa yg kita ambil tu benar dan kita sedia terima komen org yg tanya dan kita kene bersedia ada ilmu untuk jawabnya.. sebaik2nya letak link artikel asal selepas copy paste..
- Syahirul Azfar
Share link di fb atau twitter sudah la. x sesuai rasanya untuk share keseluruhan artikel di blog. copy paste namanya. nak menarik, buat sedikit ulasan tentang artikel keagamaan tersebut. kaitkan post kita dgn artikel tersebut maka hasilnya sudah tentu gempak! :)
- Famili Aiman Naim
SALAH ! Kalau setakat nak copy and paste konon-kononnya nak berdakwah memang tak payah . Perkara macam nie memang aku dah banyak kali tegur tapi diorang akan cakap ayat yang membosankan "saja nak kongsi bla bla bla"
- Touya Karuma
Kalau entri berunsur dakwah atau keagamaan itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang lain, atau dalam erti kata lain penulis entri itu ingin membuat amar makruf nahi munkar, sudah tentu dia akan rela mengizinkan entri dia untuk dicopy oleh orang lain bukan?

Tetapi sekiranya dia tidak rela, maksudnya penulis itu langsung tidak ikhlas dan hanya mementingkan nama sendiri berbanding agama Allah. Kalau la niat hati orang berdakwah, dia sudah pasti tidak akan memberikan syarat yang menyusahkan kepada orang lain yang ingin menuntut ilmu dan pengajaran dengan mewajibkan backlink.
- Mohd Nordin Khairuddin


Eee... comelnya kembar ni.. ekeke
Pendapat aku tak salah, menyebarkan ilmu yg bermanfaat dan berunsur keagamaan untk berkongsi dengan orang ramai adalah salah satu cara berdakwah dr segi pembacaan. lebih2 lagi ilmu yg dibaca disampaikan kepada orang lain. berdakwah dalam ape jua xkire la dgn penulisan blog sekalipon. sekurang2 apabila kite passed away kelak. ilmu yg disampaikan di blog bole dijadikan rujukan secra x lgsg ia berterusan dan sekurang2nya kite mndpt saham untuk akhirat kelak. hehe~
- Hanif Zahari
Pada pendapat aku, bila kita berkongsi article agama, paling penting adalah sumber. Sekalipun kalau kita berkongsi di mana-mana sama ada facebook ataupun di blog, sumber adalah penting. Tak boleh nanti bila orang tanya "Mana ko tahu", kita jawap "Tah aku copy paste je". Kita bertanggungjawab keatas apa yang kita post. Kalau kita share sesuatu yang Islamic tapi fakta yang ada dalam tu salah, atau mungkin hadis yang digunakan diragui, adakah kita sekadar lepas tangan sebab kita hanya berkongsi atau copy paste? Jika terlintas article agama, fikir secara kritis, dari mana sumber hujahnya. Sekadar pendapat.
- Faiz Mohamad Nor
Apa yang salahnya..tgk niat pun dah terang2...kalau berunsur keugamaan yang boleh memberi ilmu..adoi..ape yg perlu difikirkan lagi..pernah dgr tak ayat ni 'sebarkanlah ilmu itu walaupun sepotong ayat'..xpaham den.fans page mengarut kat fb leh lak share2..
- Aku Mijae
Bagi aku tak salah nak copy paste artikel ni. yang penting jgn lupakan sumbernya la kan.. and kalau boleh.. cari lagi rujukan untuk mantapkan artikel tu. artikel yg bagus tak datang dari 1 rujukan je. lagi banyak rujukan dia buat lagi bagus, sebab pasal agama ni kena nak kena pastikan fakta yang disampaikan tu bebetul kukuh... sekian...
- Fariq Jalil

Tak salah rasanya...benda yang baik..yang penting dikreditkan kepada penulis sebenar di dalam blog...

ala...kalau kita copy paste, dan kongsi kepada pembaca blog kita,
tuan empunya artikel tu jugak yang free2 dapat pahala
yela, kalau ada orang amalkan apa yang ditulisnya dalam artikel tu, dia pun sama mendapat pahala kan?
- Amirul Hafiz
Copy-Paste entry berunsur agama (atau memana pn), tak salah..asalkan..1-kita inform kpd penulis asal ttg nk share post; 2-sertakan rujukan kpd penulis asal, 3-sertakan pendapat/idea/ulasan sendiri pasal entry copy tersebut.. 4-nyatakan sumber lain pasal point utama entry tersebut yang kita search sendiri.. 5-banyakkan sumber pendapat yg reliable... 6-paling terbaik, sertakan entry keagamaan tersebut dengan petikan hadis-alquran..serta nyatakan surah/ayat alquran ... riwayat hadis dari mana...
- Ixbar Abdullah
Bagi aku, tengok jugak sumbernya..kalau boleh dipercayai dan tak mendatangkan was-was apa salahnya..tapi kalau boleh bagi link asal sekali sebagai rujukan..kalau ada apa2 masalah senang nak buat rujukan..

kenapa kalau bab hiburan, ramai je orang nak copy paste tapi kalau agama susah je kan..islam kan mudah
- Mohd Aizuddin
Entri keagamaan semestinya utk dishare bersama. yang post entri tu pastinya ada niat murni utk berkongsi bersama. Apa salah? tak salah la kan. sebab niatnya mmg utk berkongsi. lagi luas sayap perkongsian tu terbukak. lagi banyak yang terima manfaatnya tak gitu?
- M Aimman Sarjan Adzmi

Terima kasih banyak² kepada 12 orang bloggers di atas kerana sudi berkongsi pendapat, antara semua pendapat di atas, yang mana paling menarik agaknya ye?.. korang tentukan la. By the way, kalau korang tak sempat nak share pendapat kat Facebook Dauspozi.com tadi, korang boleh share pendapat korang kat ruangan komen. Tq!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More