Memaparkan catatan dengan label pelancongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelancongan. Papar semua catatan

[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia

Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia. Sebenarnya banyak lagi tempat yg menarik di dunia ini, tapi saya memilih 5 tempat ini kerana keunikannya dan tiada tempat yang lain yang sama dengannya. 5 tempat ini sangat unik, menarik dan mempesonakan.

Pintu Neraka di Darvaz, Uzbekistan.
Tempat yang terletak berhampiran bandar kecil Darvaz, di Uzbekistan ini dipanggil oleh penduduk tempatan "Pintu Neraka". Saya mengklasifikasikan Darvaza sebagai salah satu tempat yang harus dilawat setiap pengembara yang serius. Baca selanjutnya tentang Pintu Neraka di Darvaz, Uzbekistan di entri saya sebelum ini: Selamat Datang ke Pintu Neraka.

Bukit Pasir Besar di Pyla, Perancis.
GAMBAR 360 BUKIT PASIR BESAR PYLA
Seperti kita ketahui bahawa Eropah tidak mempunyai gurun,tapi andaian ini salah. Eropah mempunyai Pyla yang unik, panjang 3km, lebar 500m dan ketinggian 100m. Selain keunikan bukit pasir, yang juga menakjubkan adalah pemandangan sekitarnya dari ketinggian di mana kita dapat melihat laut dan hutan. Ini kerana bukit pasir jauh lebih tinggi dari hutan.

Gunung Roraima di Venezuela, Brazil dan Guyana

Gunung Roraima adalah tempat yang sangat indah. Batu gunung berbentuk seperti tudung adalah unik kerana ianya seperti meja di awan. Satu-satunya cara untuk mencapai puncaknya setinggi 400m adalah dengan menaiki trek tangga yang sudah disediakan oleh kerajaan Venezuela. Cara lain yang biasanya tidak digalakkan untuk dilakukan adalah memanjat tebing. Di sana, hujan turun hampir setiap hari, menyiram tanaman anggur yang terletak di bumbungnya.



Rotorua di New Zealand

Rotorua adalah sebuah bandar tepi pantai di Teluk Plenty, Utara New Zealand. Keunikan daerah ini adalah jumlah kolam sumber air panas, terutama Pohutu Geyser di Whakarewarewa dan lumpur-lumpur mendidih. Daerah ini sangat unik dan menarik sehingga ramai pelancong berkunjung ke sana.



Socotra di Yaman

Socotra adalah tempat yang paling aneh dan paling unik di dunia. Hampir semuanya aneh, mulai dari bentuk pokok dan lingkungan persekitarannya. Ianya sangat terpencil dan iklimnya kering. Tanaman atau apa pun yang tumbuh di sana kelihatan aneh. Tanaman terkenal seperti Pokok Darah Naga, mempunyai bentuk yang sangat aneh, kelihatan seperti payung. Pohon itu menghasilkan getah merah dan orang menggelarnya 'darah naga'. Ada juga haiwan di sini, seperti burung, labah-labah dan haiwan asli yang lain. Dan juga terumbu berbatu juga, bentuknya tidak umum dan hanya ada di pulau itu.



sitemap / daftar isi KongsiCerita.com




Kota Shitou – Bandar Langit Penuh Misteri


Pada zaman dahulu, Kota Shitou (batu) merupakan tempat yang terbiar. Gadis di situ berharap berkahwin dan meninggalkan Kota Shitou, manakala gadis dari kampung yang lain tidak mahu berkahwin di Kota Shitou. Kota Shitou terletak di atas gunung. Kehidupan di sana amat sukar.

Namun, kini, Kota Shitou berubah wajahnya menjadi satu destinasi pelancongan baharu. Semakin ramai penlancong suka datang ke tempat ini untuk menikmati keindahan dan suasana yang kaya dengan unsur tradisional serta tidak tercemar dengan pembangunan..
Pengembaraan ke Kota Shitou amat menakjubkan dan penuh misteri. kononnya Raja Mongol, Kublai Khan pernah melalui kota ini. Hal itu menjadi bualan masyarakat di sini.

Namun, apakah itu benar? Siapa yang dapat membuktikannya? Bukti tidak penting, kerana Kota Shitou sudah semakin terserlah dan sering dipaparkan dalam pelbagai media cetak, peta panduan pelancongan, dan media elekronik. Sejak itu, penduduk Kota Shitou menanam semangat untuk mengubah kehidupan mereka.

Kota Shitou Baoshan terletak di sebelah Gaung Sungai Jinsha, 120 kilometer ke utara dari Bandar Lijiang, Provinsi Yunnan. Kota ini dibina pada tahun 1277-1294 Masihi dan dinamakan "Kota Baoshan". Kota ini merupakah petempatan terawal etnik Naxi.

Terdapat 245 buah keluarga di dalam dan sekitar kota tersebut. Kelengkapan rumah mereka seperti dapur, tempat penyimpan dan tempat tidur, diperbuat daripada batu-batuan yang terdapat sekitar kota itu, seperti dapur, tempat penyimpanan air, dan tempat tidur.

Sesiapa yang menjejakkan kaki ke kota ini, akan disambut dengan suasana yang begitu santai sekali. Penduduk di situ memakai tudung kepala yang berwarna hitam, dan bertutur dalam dialek etnik Naxi yang sukar difahami.

Penduduk Kota Shitou sentiasa membuat persembahan untuk menyambut kedatangan pelancong. Anda dapat melarikan diri daripada kesibukan kota dan bersantai di sini dalam suasana yang tenang.

Jika merancang melancong ke situ, jangan lupa membawa alat tulis untuk sebagai cenderamata kepada anak-anak penduduk di situ. Mereka akan berbesar hati apabila menerimanya.




Keindahan Pulau Phi Phi, Thailand

Salah satu pantai terindah dan terkenal di dunia adalah pantai di kepulauan Phi Phi, Thailand yang terletak di antara pulau Phuket dan daratan Thailand di Laut Andaman. pulau Phi Phi merupakan sebahagian dari National Park Nopparattara-Mookoh. Pulau ini menjadi destinasi pelancongan popular kerrana selain pantainya yang sangat indah, di pulau ini juga terdapat bukit batu yang berlapis-lapis dan di dalamnya terdapat gua yang memiliki stalaktit dan stalagmit yang indah.

Di sekitar pulau ini dikelilingi oleh pasir putih yang indah dan bersih. Penduduk asli di sekitar pulau tersebut menyebut Pulau Phi Phi dengan nama “Piapi”. Piapi bermaksud pohon laut (bakau), yang kemudian terkenal dengan nama “Phi Phi”. Suasana pulaunya amat harmoni, kejernihan air laut memukau sesiapa yang bertandang. Pulau-pulau yang terbentang sekitar Pulau Phi Phi utama mencorakkan lagi keindahan luar biasa yang sukar untuk diceritakan.
Pulau Phi Phi banyak dikunjungi oleh pelancong yang menghabiskan waktu di pantai untuk menyelam, melihat terumbu karang, tumbuh-tumbuhan air, dan binatang laut.
Kepulauan Phi Phi terdiri dari 6 pulau, iaitu Koh Peepeedon, Koh Peepeele, Koh Pidahnai, Koh Pidahnook, Koh Yung, dan Koh Mai-Pai. Pulau-pulau tersebut terletak 42 km dari Pantai Krabi. Jika kita melihat Pulau Phi Phi dari atas, maka pulau ini menyerupai teluk yang dikelilingi oleh bukit yang curam. Bagi kebanyakan pelancong, Pulau Phi Phi adalah pulau yang paling menarik.

Jika anda ingin berkunjung ke Pulau Phi Phi, ada dua pilihan iaitu dari Krabi atau Phuket yang jaraknya cuma 40km dari Padang Besar, Perlis. Bandar besar yang terdekat ialah Hadyai yang boleh diakses dengan kapal terbang (Lapangan Terbang Bayan Lepas, Lapangan Terbang Kuala Lumpur atau LCCT), keretapi dan van tambang Thailand (di Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam).





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More