Pada zaman dahulu, Kota Shitou (batu) merupakan tempat yang terbiar. Gadis di situ berharap berkahwin dan meninggalkan Kota Shitou, manakala gadis dari kampung yang lain tidak mahu berkahwin di Kota Shitou. Kota Shitou terletak di atas gunung. Kehidupan di sana amat sukar.
Namun, kini, Kota Shitou berubah wajahnya menjadi satu destinasi pelancongan baharu. Semakin ramai penlancong suka datang ke tempat ini untuk menikmati keindahan dan suasana yang kaya dengan unsur tradisional serta tidak tercemar dengan pembangunan..
Pengembaraan ke Kota Shitou amat menakjubkan dan penuh misteri. kononnya Raja Mongol, Kublai Khan pernah melalui kota ini. Hal itu menjadi bualan masyarakat di sini.
Namun, apakah itu benar? Siapa yang dapat membuktikannya? Bukti tidak penting, kerana Kota Shitou sudah semakin terserlah dan sering dipaparkan dalam pelbagai media cetak, peta panduan pelancongan, dan media elekronik. Sejak itu, penduduk Kota Shitou menanam semangat untuk mengubah kehidupan mereka.
Kota Shitou Baoshan terletak di sebelah Gaung Sungai Jinsha, 120 kilometer ke utara dari Bandar Lijiang, Provinsi Yunnan. Kota ini dibina pada tahun 1277-1294 Masihi dan dinamakan "Kota Baoshan". Kota ini merupakah petempatan terawal etnik Naxi.
Terdapat 245 buah keluarga di dalam dan sekitar kota tersebut. Kelengkapan rumah mereka seperti dapur, tempat penyimpan dan tempat tidur, diperbuat daripada batu-batuan yang terdapat sekitar kota itu, seperti dapur, tempat penyimpanan air, dan tempat tidur.
Sesiapa yang menjejakkan kaki ke kota ini, akan disambut dengan suasana yang begitu santai sekali. Penduduk di situ memakai tudung kepala yang berwarna hitam, dan bertutur dalam dialek etnik Naxi yang sukar difahami.
Jika merancang melancong ke situ, jangan lupa membawa alat tulis untuk sebagai cenderamata kepada anak-anak penduduk di situ. Mereka akan berbesar hati apabila menerimanya.