10 Batu Paling Seimbang di Dunia


Di dunia ini ada banyak sekali hal menarik dan unik. Salah satu di antaranya adalah batu! Ya.. batu, mengapa batu menjadi begitu menarik? Salah satu alasannya kerana batu itu sangat seimbang dan seolah-olah tergantung. Mari kita lihat 10 batu yang sangat seimbang dan unik ini.

10. Balanced Rock Colorado


Sama seperti namanya, batu ini terletak di the Garden of Gods dekat Pike `s Peak di Colorado springs , Colorado.

9. Balancing Rock, Digby, Nova Scotia, Kanada



Batu ini memiliki tinggi sekitar 30 meter yang terletak di Nova Scotia, Kanada. Keseimbangannya sangat menakjubkan! Lihat saja betapa menakjubkan bagaimana batu itu mampu berdiri.


8. Idol Rock, Moor Brimham, North Yorkshire, England

 

Batu Idol ini menurut sumber memiliki berat sekitar 200 tan dan hanya ditampung oleh batu yang sangat kecil di bawahnya.

7. El Torcal de Antequera, Andalucia, Sepanyol

Torcal el de Antequera adalah sebuah menara batuan kapur. Kerana hakisan yang disebabkan oleh angin maka batu tersebut menjadi berbentuk seperti pancake. Lihatlah betapa seimbangnya batu pancake ini.


6. Kjeragbolten, Norway


Kjeragbolten atau Kjerag Boulder adalah sebuah batu seluas 5 meter persegi batuan. Batu itu berada di ketinggian di atas 1.000 meter di udara selama ribuan tahun. Kata orang di sana, selamat untuk berdiri di atas batu tersebut. Tapi jangan lihat ke bawah kerana sangat tinggi dan menyeramkan :)

5. Peyrou Clab, Sidobre, Perancis

Peyro Clabado terletak di Languedoc, Perancis. Batu ini mulai terbentuk dan terhakis sedikit demi sedikit pada 300 tahun yang lalu. Batu ini mencapai berat 780 tan!.

4. Mushroom Rocks, Kansas, USA

Batu ini dapat ditemukan di Mushroom Rock State Park , di daerah Hills Smoky . Taman Cendawan Rock State Park berukuran seluas 5 hektar.

3. Chiremba Balancing Rocks, Epworth, Zimbabwe.
MChiremba Balancing Rocks terletak hanya beberapa batu dari Ibukota Zimbabwe atau dari Harare. Batu ini dibuat oleh hakisan angin.

2. Mexican Hat Rock, Utah, USA
Dari jauh batu tersebut akan nampak seperti topi dari Mexico. Mexico Hat terletak di luar Monumen Valley selatan-pusat San Juan County, Utah. Batu ini memiliki lebar 60 kaki dan tebal 12-kaki . 

1. The Steady Hand Of Man

Batu ini dibentuk oleh seorang seniman, Daliel Leite. Dia mendapat inspirasi dari objek batu yang seimbang dari seluruh dunia dan ia mencuba untuk membuat batu seimbang oleh tangannya sendiri dalam skala kecil.

Pulau Tioman Diserang Ratusan Keluang

Rata-rata penduduk dan peniaga gerai makan di Kampung Tekek, di sini, terpaksa berhadapan dengan bunyi bising keluang yang menjadikan kawasan atas pokok palma, mentiga dan nangka sebagai habitat haiwan itu sejak lebih setahun lalu.

Sebelum ini, haiwan mamalia dalam keluarga kelawar itu dipercayai mendiami kawasan sekitar Kampung Air Batang, berhampiran Kampung Tekek sebelum berpindah ke kawasan sekarang selepas kebanyakan pokok ditebang bagi projek pembangunan.

Peniaga gerai makan meluahkan rasa bimbang dengan keadaan itu berikutan gerai makan mereka tidak dikunjungi pelanggan, sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah pelancong luar khususnya warga asing begitu teruja dengan kehadiran haiwan bersayap itu dan menyifatkan ia sebagai tarikan baru di Pulau Tioman.

Perniagaan terjejas

Seorang penduduk, Wan Azura Abdul Panar, 36, berkata, dia terpaksa berpindah ke tapak baru untuk berniaga kerana tapak lama di bawah pokok nangka dan palma berdekatan rumahnya menjadi ‘sarang’ haiwan berkenaan.

Wan Azura berkata, kehadiran ratusan keluang yang bergayut setiap masa di pokok menimbulkan kebimbangan, tambahan haiwan itu memakan buah-buahan dari pokok yang ditanam.

“Bunyi bising haiwan ini seawal jam 3 pagi mengganggu tidur kami dan menyebabkan suasana di pusat pelancongan dunia ini riuh rendah pada waktu malam,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Azura berkata, hasil dua pokok nangka yang ditanam di depan rumah mertuanya tidak lagi boleh dimakan akibat dirosakkan haiwan terbabit sedangkan buah itu boleh dijual kepada penduduk sekitar.

“Selain menjual juadah makanan kepada pelancong luar, saya turut menjual buah nangka kepada penduduk setempat, namun buah nangka itu tidak lagi boleh dimakan akibat dirosakkan keluang,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Nurul Fariha Mat Badar, 19, berkata, dia juga menerima rungutan daripada sesetengah pelanggannya yang tidak selesa dengan bunyi bising dan najis haiwan itu yang diterbangkan angin hingga sampai ke gerainya.

“Penduduk di sini, kebanyakannya kurang selesa dengan haiwan ini, namun tidak kepada pelancong asing.

“Bagaimanapun saya perlu mengekalkan aspek kebersihan di gerai saya bagi mengekalkan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, gerainya terletak berhampiran pokok palma yang dihinggapi beratus-ratus keluang yang membuat bising pada setiap masa hingga menyebabkan kanak-kanak dan bayi di kampung itu sukar tidur pada waktu malam.

“Kami sudah tidak tahan dengan keadaan ini dan berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan kemelut kami ini dengan segera,” katanya.



sumber : Ratusan keluang rimaskan penduduk 

Wordless Wednesday #4

Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.


Bagaimana menyertai WordlessWednesday?
Tidak susah menyertai #WW. Tidak memerlukan entri yang khas. Tidak perlu menaip entri panjang2. Dingatkan WW ini bukan satu SEGMEN. #WW ini tidak memaksa para blogger utk membuat entri. #WW juga bukanlah satu CONTEST.
Setiap blogger hanya perlu :
  • Membuat tajuk ” #(no bilangan entri ww anda) Wordless Wednesday
  • Nombor di hadapan menentukan bilangan entri #WW anda. Tidak memberikan apa2 maksud.
  • Tiada caption/penerangan melampau or pendek terhadap gambar.
  • Ping di facebook Wordlesswednesday Malaysia agar boleh diblogwalking oleh bloggers(tiada paksaan)
  • Utk yang baru menyertai anda terangkan apa itu #WW di entri anda supaya pembaca tahu apa itu wordless wednesday atau anda boleh linkkan ke fanpages kami.
Wordless Wednesday

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Presiden PAS dibebaskan

Abdul Hadi dan setiausaha politiknya di atas trak polis sebelum
dibawa ke Balai Polis Jinjang dan kemudiannya ke IPK KL.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan jam 7.25 malam dengan cara dihantar terus ke rumah penginapan beliau dekat Sentul.

Menurut sumber, Abdul Hadi dihantar dengan sebuah kereta polis selepas kenyataan beliau direkodkan di IPK Kuala Lumpur. Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga juga dibebaskan jam 6.30 petang tadi.

PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman. Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis. Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis.

Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin. Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap. Kesemua mereka masih ditahan dan besar kemungkinan terpaksa tidur di pusat tahanan malam ini.



berkaitan:
Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi
Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta
Peserta perhimpunan meninggal kerana sesak nafas terhidu gas pemedih
Gelombang BERSIH 2.0 gagal disekat
Samad Said: Bersih sangat berjaya, kerah 50,000 meskipun BN halang
Mat Sabu dakwa ditahan selepas dilanggar kereta polis
IGP: Hanya 6,000 sertai himpunan Bersih 2.0
Nik Aziz: Polis tindas, rakyat akan tambah benci Umno
'Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis'

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Kenyataan Mursyidul Am PAS Ekoran Penangkapan Datuk Seri Haji Hadi

Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya-allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang. Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap UMNO.

Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden UMNO. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun? Bukankah Presiden UMNO baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada UMNO. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti.

UMNO barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa. Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman UMNO yang dilakukan pada hari ini.

Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. UMNO pasti akan jatuh tersemban juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.
Dicatat pada : 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan), 9 Julai 2011.


sumber: Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat

berkaitan:
Presiden PAS ditangkap
Bebas Hadi 24 jam atau himpun di Bukit Aman
Ambiga, Hadi, Khairy ditangkap, Anwar cedera

Bersih 2.0 mendapat liputan media utama seluruh dunia dan laporan berita tersebut boleh diikuti di Al-JazeeraCNNBBC dan Reuters

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Siapakah orang yang...

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa mengumpulkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Bro, Kasi kritik blog gua skit ... bleh ??

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera..
Jom join segmen "Bro, Kasi kritik blog gua skit ... bleh ??" oleh blogger terkenal Ben Ashaari. Segmen ni untuk korang kritik mengkritik blog satu sama lain. Rasanya Ben Ashaari dah pernah buat segmen ni. Tapi takpe, saya masih perlukan kritikan untuk memperbaiki blog ini.

Kongsi Cerita ni baru berusia 5 bulan.. Masih mentah, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari. Saya mengharapkan kritikan membina dari kawan-kawan semua.

Siapa-siapa yg nak join, jom klik SINI cepat-cepat sebab segmen ni akan ditutup pada pukul 10 malam ini. Senarai blog yang dah join diletakkan di SINI

notakaki : ok tak loading Kongsi Cerita ni?

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Video: Kelantan Juara Liga Super 2011

Tahniah kepada pasukan dan penyokong Kelantan kerana telah berjaya menjadi juara Liga Super buat julung kali meskipun menang tipis 2-1 ke atas Sabah. Kedua-dua gol Kelantan dijaringkan penyerang berbisa Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha. Namun, Norshahrul @ Matyo tidak bernasib baik pada tahun ini untuk memiliki kasut emas setelah Abdul Hadi berjaya merampas melalui jaringan 4 gol menewaskan Felda United 6-2. Selepas tamat 26 perlawanan Liga Super, Kelantan mengumpul 56 diikuti Terengganu (53 mata) dan Selangor (52 mata).

Matyo akan menjadi buah mulut peminat bola sepak Kelantan kerana berjaya menjaringkan 2 gol untuk Kelantan memenangi kejuaraan ini. Matyo berjaya membawa Kelantan sebagai juara Liga Super 2011 dengan jaringannya seawal minit ke-6 dan pada masa yang kedua. Dengan ledakan 2 gol, Norshahrul merupakan pemain yang terbaik bagi pasukan Kelantan. Kelantan merupakan pasukan ke 6 yang menjuarai liga super. Tahniah sekali lagi kepada seluruh penyokong yang bersusah payah ke Sabah, jumlah penyokong Kelantan menyamai jumlah penyokong Perak menentang Selangor dan jumlah kebiasaan penyokong Terengganu di gelanggang sendiri.

Matyo boleh dikatakan sebagai hero bagi pasukan Kelantan. Matyo yang juga pemain kebangsaan merupakan pemain yang agak lincah dan cukup gemar bermain di kesemua bahagian hadapan termasuk kiri dan kanan. Matyo mewakili pasukan Malaysia sejak dari peringkat remaja lagi dan pernah bermain di kejohanan Belia Asia 2004. Matyo juga merupakan salah satu ahli pasukan yang memenangi Pesta Bola Merdeka 2007 dan mendapat kaps pertama dalam perlawanan antarabangsa 'A' ketika menentang Bahrin pada 28 oktober 2007 ketika menggantikan Sumardi Hajalan.








sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Nik Aziz berdoa untuk Agong di depan Kaabah

Tok Guru berdoa | Kongsi Cerita“Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berada di Mekah waktu ini kerana menunaikan umrah menyatakan demikian di dalam suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengutuskan surat itu sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Berikut adalah kandungan penuh surat berkenaan.


Agong, Sultan & Tok Guru | Kongsi Cerita
Tok Guru bersama Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Kelantan
ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini.
Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.

Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.


Tok Guru berdoa | Kongsi Cerita
Gambar terbaru Tok Guru semasa sedang bersolat di
Masjidil Haram, Makkah; dari Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am

Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M


sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Wordless Wednesday #3

Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.


Bagaimana menyertai WordlessWednesday?
Tidak susah menyertai #WW. Tidak memerlukan entri yang khas. Tidak perlu menaip entri panjang2. Dingatkan WW ini bukan satu SEGMEN. #WW ini tidak memaksa para blogger utk membuat entri. #WW juga bukanlah satu CONTEST.
Setiap blogger hanya perlu :
  • Membuat tajuk ” #(no bilangan entri ww anda) Wordless Wednesday
  • Nombor di hadapan menentukan bilangan entri #WW anda. Tidak memberikan apa2 maksud.
  • Tiada caption/penerangan melampau or pendek terhadap gambar.
  • Ping di facebook Wordlesswednesday Malaysia agar boleh diblogwalking oleh bloggers(tiada paksaan)
  • Utk yang baru menyertai anda terangkan apa itu #WW di entri anda supaya pembaca tahu apa itu wordless wednesday atau anda boleh linkkan ke fanpages kami.
Wordless Wednesday
sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




BERSIH 2.0 diteruskan tapi bukan di jalanan

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga (kanan), Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Sekarang, kami akan bekerjasama dengan kerajaan berhubung perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini," katanya sambil menambah pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai stadium untuk berkumpul.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk kompromi, Ambiga menjawab:

"Ya. Dalam keadaan ini, kami berpendapat, (cara) ini jalan terbaik untuk meneruskan (perhimpunan ini). Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan (perhimpunan) di stadium".

Pertemuan cukup baik

Menurut Ambiga pertemuan Tuanku Mizan berlangsung dengan suasana yang cukup baik dan pihaknya bersyukur dengan pertemuan tersebut.

Sebelum itu, ketiga-tiga pemimpin itu dibenarkan mengadap Yang di-Pertuan Agong jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.


sumber: MalaysiaKini

Berkaitan:
Perhimpunan Bersih 2.0 di stadium?
Kelulusan bersyarat bagi BERSIH berdemo di stadium
Najib sedia temu Bersih bincang lokasi stadium himpunan 9 Julai
Ambiga: Himpunan Bersih 9 Julai diteruskan, tapi di stadium
Bersih Batal Demo Jalanan, Buat Program Di Stadium
sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Bersih 2.0: PAS junjung tinggi titah Seri Paduka

Seri PadukaPAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini.

“Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.

Haji HadiBerikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini.

Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.

Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihan raya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.

Pimpinan PASSehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini.

Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa.

PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini.

8 tuntutan BERSIH 2.0Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana.

Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik.

Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan.

Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.


Berkaitan:
Titah Tuanku patik junjung
PAS akan akur keputusan Bersih 2.0
Bersih 2.0 berusaha menghadap Agong
Agong titah supaya kerajaan adil dan bijaksana
Bersih mahu menghadap Agong, sedia batalkan himpunan Sabtu ini
Mat Sabu: PAS akan menghadap Agong bincang isu Himpunan Bersih
Titah Agong berunding bukan makna Bersih sudah tewas, kata penganalisis
Bersih 2.0: Agong mahu isu diselesai secara rundingan
PAS: Putrajaya boleh haram Bersih tapi bukan kemarahan rakyat
PAS Akan Mohon Menghadap Agong
Perhimpunan Bersih Batal Jika Tuanku Mizan Menitahkannya - Ambiga
Pakatan mahu mengadap Agong mengenai BERSIH
sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Transformers 3: Sisi gelap bulan - MANTAP!

Dark Dark of the Moon | Kongsi CeritaAssalamualaikum. Aku nak kongsi cerita skit pasal Transformer 3 ni. Petang semalam aku baru tengok Transformers 3: Dark of the Moon in 3D. Aku tak sempat nak terus buat review sebaik saja selesai menonton sebab aku sakit kepala semalam. Ini adalah kerana mata aku penat sangat tengok movie 3D. Jadi semalam tak boleh mengadap laptop lama sangat, aku tidur awal.

Review aku ni pendek dan senang sahaja, sebab sudah tentu Transformers 3 adalah movie terbaik tahun 2011. Panggung penuh, siang malam, tiket sold out. Tengok trailer pun dah gempak, sampai lebih 38 juta views di YouTube.

Dark Dark of the Moon | Kongsi CeritaKita tak perlu tengok pada jalan cerita, sebab cerita dia kita sudah agak, Sam Witwicky akan jadi hero dan selamatkan dunia. Yang perlu tengok action, meletup-letup, CGI smooth dan grafik memang power. Dari awal sampai habis penuh aksi dan memang puas hati tengok 3D. Perang antara Autobots dan Decepticon macam perang betul-betul, tambah pula tentera USA yang mempunyai teknologi tinggi. Apa pun movie ini memang propaganda Amerika sebagai penyelamat dunia dan menunjukkan betapa advancednya teknologi perang mereka. Tapi peduli semua itu, kita hanya nak tengok movie ini untuk hiburan semata-mata.

Mengenai cerita, Dark of the Moon cuba menjadikan Transformers lebih logik jalan ceritanya dengan mengaitkan Transformers pada peristiwa pendaratan manusia di bulan. Ia bermula dengan prolog mengimbas kembali perlumbaan ruang angkasa tahun 1960an yang sebenarnya adalah satu misi rahsia untuk mengkaji lebih lanjut mengenai roket misteri yang terhempas di sebelah gelap bulan pada akhir 1950-an. Arkib rakaman Presiden Kennedy, Johnson, dan Nixon, dan wartawan Walter Cronkite digunakan untuk membuatkan ianya kelihatan lebih real. Juga dipaparkan saat-saat ringkas Dark Dark of the Moon | Kongsi Ceritapendaratan manusia pertama di bulan dan scene angkasawan sedang meninjau sisi gelap bulan yang tidak boleh dilihat dari bumi. Juga Transformers 3 ada kaitan dengan insiden letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia untuk menjadikan jalan cerita lebih diterima akal.

Adegan lawak walaupun kurang berbanding dengan Transformers sebelum ini, tapi masih lagak menggeletek urat geli kita. Sam Witwicky dengan ala bodo-bodonya dan lakonannya memang hebat. Heroin baru Rosie Hungington-Whiteley sebagai Carly Spencer boleh menggantikan Megan Fox. Tetapi ada sesetengah adegannya tidak sesuai ditonton oleh budak-budak - terlampau seksi. Agent Seymour Simmons masih lagi lucu ditambah dengan assistantnya Dutch, walaupun scenenya agak kurang.

Dark Dark of the Moon | Kongsi CeritaAntara robot yang paling saya minat kali ini ialah Shockwave. Cuma nak komplen, banyak sangat la Transformers jahat sampai pening juga yang mana satu Soundwave, Shockwave dan lain-lain. 1 lagi scene 3D juga tidak banyak sangat.

Overall cerita ni memang best dan berbaloi dengan harga tiket - RM17 ok apa untuk hiburan selama 2 jam setengah. Aku bagi 5 star untuk Transformers 3: Dark of the Moon in 3D. CGI dan action yang MANTAP! Rasa tak puas dan nak tonton dua kali. Dan jangan ke tandas semasa tengok cerita ini, terutama sejam yang terakhir.





sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Bersih 2.0: Peniaga Akan Untung - Mat Sabu

PAS menyifatkan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 ) yang mahu diadakan pada 9 Julai ini akan memberi manfaat kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana mereka mendapat sokongan yang besar daripada rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, suasana Perhimpunan Bersih 2.0 tidak sama dengan perhimpunan Bersih pada 2007.

"Suasananya sudah berbeza, PR telah mengerakkan jentera Bersih di negeri-negeri ditadbir oleh mereka sejak awal lagi.

"Media baru seperti blog, portal berita alternatif banyak membantu mempromosikan Perhimpunan Bersih kali ini. Jika dulu ribuan yang menyertai demonstrasi Bersih 1, kita jangka jumlahnya lebih besar pada Bersih 2.0," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau berkata, pimpinan PR juga mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tanpa mengira kaum.


"Matlamat kita adalah mahukan satu sistem pilihan raya yang bersih lagi adil.


"Masalahnya sistem ini (pilihan raya yang adil dan bersih) tidak berjalan seperti yang dilaung-laungkan. Oleh itu perarakan ini penting kerana kita yakin pilihan raya umum (PRU) akan diadakan bila-bila masa dari sekarang," katanya.


Mohamad berkata, Perhimpunan Bersih pada 2007 merupakan indikator yang jelas kepada kerajaan kerana keputusan PRU-12 telah menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan PR telah menguasai lima negeri.


"Kita melihat peluang kita kali ini lebih baik. Bukan sahaja NGO malah rakyat di pelbagai kaum dijangka akan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0.


"Cuma, kita mahu pasukan keselamatan khususnya polis perlu bersikap adil dan menjaga keselamatan supaya perarakan pada 9 Julai berjalan lancar. Polis juga tidak boleh dilihat menjaga kepentingan pihak tertentu dalam hal ini," katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 akan berlangsung dalam keadaan aman dengan menyeru pihak polis memberi kebenaran kepada mereka untuk menyampaikan memorandum Bersih kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara nanti.


"Ribuan ahli PAS akan turun dan menyertai Bersih. Bukan parti politik sahaja malah rakyat pelbagai kaum juga akan turut serta dalam perhimpunan terbesar dalam sejarah negara kita," katanya.


Jelasnya, Perhimpunan Bersih yang akan diadakan minggu depan akan turut memberi keuntungan kepada peniaga di Kuala Lumpur.


"Mereka (peniaga) akan dapat keuntugan berlipat ganda bila orang ramai yang menyertai Bersih beli barang dan makanan atau minuman di kedai mereka.


"Ini satu proses menjana ekonomi peniaga di Kuala Lumpur. Hotel-hotel akan penuh, jadi siapa yang untung? Sudah pasti pihak peniaga. Jika mereka tak nak untung mereka boleh berniaga di Ulu Tembeling (Taman Negara)," ujarnya.


Beliau sekali lagi menegaskan bahawa demonstrasi jalanan bukan perkara baru di Kuala Lumpur dan ia dilakukan sebagai tanda protes terhadap perkara tidak betul.

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Batu Kerikil Tg. Pagar Jadi Cendera Hati

SINGAPURA, 1 Julai -- Pengunjung ke Stesen Kereta Api Tanjong Pagar yang menamatkan operasinya tengah malam tadi, tidak melepaskan peluang mendapatkan apa sahaja barangan di stesen itu bagi dijadikan bahan kenang-kenangan termasuk batu kerikil landasan di situ.

Sejurus selepas tren terakhir yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail berlepas, ratusan pengunjung ke stesen itu berdiri di landasan di situ untuk bergambar.

Tidak kurang juga yang yang membawa balik papan tanda, kertas dan barangan lain di stesen berkenaan.

Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut mendirikan beberapa gerai bagi menjual cendera hati rasmi seperti kemeja-t, pemegang kunci, buku, cawan dam poster.

Suasana di stesen terbabit yang memulakan operasinya pada 1932 itu meriah dengan ribuan pengunjung masih enggan meninggalkan kawasan berkenaan walaupun kereta api terakhir berlepas.
TINGGAL KENANGAN: Encik Ghafar bersama isteri, Hajah Noraini (kiri),
anaknya, Cik Karmisah dan Cik Khalidah Norghamar, serta cucunya,
tersenyum melihat kuarters lamanya (kiri) dan landasan kereta api
di Tanjong Pagar yang pernah menjadi tempat bermain anak-anaknya.
Segelintir kakitangan KTMB yang masih berada di stesen itu menjadi tumpuan pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama-sama mereka.

Walaupun tren terakhir sudah lama berlepas, pengunjung masih enggan meninggalkan kawasan stesen kereta api bersejarah itu bagi menunggu detik 12 tengah malam apabila pintu stesen itu ditutup buat selama-lamanya oleh kakitangan KTMB.

Selepas itu barulah mereka meninggalkan stesen berkenaan selepas bangunan, yang sebelum ini sentiasa diterangi oleh pelbagai lampu, buat pertama kali dalam sejarah 80 tahun operasinya, menjadi gelap-gelita.
sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More