Mat Sabu Timbalan Presiden PAS yang baru

GOMBAK, 4 Jun — Mohamad Sabu sah menang kerusi jawatan timbalan presiden PAS dalam percubaan kali kedua dengan menewaskan dua calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus menyaksikan barisan kepimpinan parti itu kali ini dikuasai kumpulan profesional. Mohamad, bekas naib presiden, memperoleh 420 undi — keputusan yang dilihat menarik perhatian banyak pihak di dalam dan luar parti itu.

Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005 hanya menerima 224 undi manakala seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat 399 undi.

Pemilihan PAS diadakan setiap dua tahun sekali.

Selepas tewas pemilihan 2009 Mohamad yang mesra dipanggil “Mat Sabu” dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Di peringkat naib presiden Salahuddin Ayub dan Datu Mahfuz Omar mengekalkan kerusi masing-masing dan Datuk Paduka Husam Musa kembali dipilih ke jawatan itu.

Salahuddin menerima undi terbanyak iaitu 753, Husam di tempat kedua dengan 660 undi manakala Mahfuz 616 undi.

Tiga lagi calon iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Omar Abdulalh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masing-masing menerima 491, 321 dan 217 undi.

Dalam pada itu, kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat yang menawarkan 18 tempat, dua pertiganya dikuasai oleh kumpulan profesional atau sering dilabel sebagai puak Erdogan.

Seramai 53 calon bertanding kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat kali ini.

Sekitar keputusan pemilihan PAS












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More