Utusan dibakar di seluruh negara

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di pelbagai tempat bagi membantah penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia yang didakwa menghina Islam.

Dalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu turut menyaksikan akhbar milik Umno itu dibakar selepas solat Jumaat hari ini.

Di Kuala Lumpur, diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru.

Menurut ketua penerangannya Herman Samsudin, menariknya, terdapat peserta yang tidak membakar keseluruhan akhbar itu tetapi halaman kartunnya saja yang menjadi mangsa.

"Dalam demonstrasi tadi, Ahmad Sabki ada menyebut bahawa karikatur (itu) telah melakukan kesalahan besar kepada umat Islam dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) perlu mengambil tindakan dengan menggantungkan permit Utusan Malaysia," katanya.

Keputusan mengadakan perhimpunan di seluruh negara hari ini atas arahan ketua Pemudanya Nasrudin Hassan selepas tuntutan maaf mereka tidak dilayan akhbar itu.

Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Polis arah henti

Sementara itu, di Ipoh, dua ratus orang hadir perhimpunan anjuran dewan Pemuda PAS negeri di pekarangan Masjid negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.

Penolong Setiausaha Pemuda PAS negeri Safizal Saleh berkata, himpunan hampir 30 minit itu diwarnani dengan pelbagai sepanduk mendesak Utusan segera memohon maaf.

Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.

"Berikutan itu juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Abu Bakar Hussien yang turut hadir kesal kerana pihak Utusan Malaysia tidak sensitif kepada umat Islam," katanya.

Di Terengganu pula, difahamkan terdapat perhimpunan dibuat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu yang disertai ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah.

Kontroversi kartun dua panel itu bermula apabila sebuah dialog berhubung penolakan telefon bimbit sebagai bahan bukti dalam kes rogol menjadi pertikaian.

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi.”

Malaysiakini: Utusan dibakar di seluruh negara

Berkaitan:
Hina Islam: Pemuda Pas demo seluruh negara
Hina Islam: Ulama mahu Utusan didakwa
Takkanlah saya mahu percaya Utusan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More