MP Pakatan pakai baju BERSIH 2.0 di Parlimen

SEDANG pihak Polis sibuk memburu dan menangkap mana-mana individu yang dilihat memakai baju kuning bertulis BERSIH 2.0, Parlimen Malaysia hari ini digemparkan dengan kempen BERSIH 2.0 yang dijalankan secara besar-besaran oleh ahli-ahli parlimen yang menyokong perhimpunan tersebut di dewan rakyat hari ini.

Ahli-ahli parlimen mengenakan tali leher berwarna kuning yang bertulis logo BERSIH 2.0 sebagai menunjukkan tanda sokongan terhadap pehimpunan aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu negara. Dewan Rakyat menyaksikan ahli-ahli parlimen ini berbahas dengan kilauan tali leher berwarna kuning.

Tambah menarik apabila Ahli Parlimen Bakri, Muar, Er Teck Hwa secara terang-terangan hanya memakai kot dengan T Shirt BERSIH 2.0 tanpa kolar sebagai menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan aman yang menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.


Seorang lagi ahli parlimen yang jelas menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin. Beliau dilihat memakai kot dan baju T Shirt BERSIH 2.0 bersama rakan-rakan MP yang lain yang mengenakan tali leher kuning.


copy & paste tanpa kebenaran:
Ahli Parlimen pakai baju BERSIH 2.0 di dewan rakyat

Berkaitan:
Baju-T Bersih 2.0 untuk dijual
8 Lelaki Pakai Baju Kuning Bertulis Bersih Ditahan
Bersih 2.0: Baju Kuning Bersalah?
Bersih 2.0: Ratusan Baju T Dirampas
Baju kuning: Pakai tak salah, tangkap salah
Kemeja-T Bersih 2.0 haram, kata Hishammuddin
Polis Rampas Baju T Bersih, Cetus Kekecohan

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Kenapa kita kena bantah kilang Lynas

Pernah dengar bahan yang dipanggil “rare earth” atau dalam bahasa melayunya dipanggil nadir bumi? Rare Earth kalau mengikut kamus Google bermaksud “Any of a group of chemically similar metallic elements comprising the lanthanide series and (usually) scandium and yttrium. They are not esp. rare, but they tend to occur together in nature and are difficult to separate from one another“. Sekarang ini, satu isu mengenai Alam Sekitar dan Kesihatan awam muncul di salah sebuah daerah di Pahang apabila kilang pemprosesan rare earth akan beroperasi tidak lama lagi. Tempat yang dimaksudkan ialah di Gebeng, Pahang.

Untuk pengentahuan semua, rare earth digunakan untuk membuat iphone, bom dan badan [body] kereta dan pelbagai lagi. Dan ia juga dikatakan boleh memberi pulangan lumayan kepada negara apabila beroperasi kelak. Sebagai contoh, negara China merupakan pengeluar rare earth di dunia dan dikatakan mengaut untuk berbillion dollar hasil dari pemprosesan bahan ini. Walaupun dikatakan mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda, isu yang paling ditakuti ialah isu kesihatan dan alam sekitar kerana bahan ini dikatakan beradioaktif dan boleh memberi kesan kepada penduduk dan hidupan yang berada berdekatan dengan kawasan pemprosesan bahan ini.

Contoh yang paling dekat kita boleh lihat ialah isu pembinaan kilang ini di Bukit Merah, Perak pada tahun 80an. Pelbagai pihak membantah pembinaan kilang ini pada masa itu kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk sekitar seperti kanser, leukemia, cacat, malah ada yang meninggal dunia. Kini, setelah 20 tahun berlalu, masalah bahan merbahaya ini kembali lagi apabila Syarikat Australia, Lynas dikatakan akan beroperasi di Gebeng, Pahang tidak lama lagi. Isu ini telah mendapat perhatian serius dari seorang Pakar Kesihatan Awam dan beliau mengulas tentang akibat dan kesan buruk pembinaan kilang rare earth di Gebeng, Pahang.
Berkaitan:

Putrajaya: Loji Lynas dapat ‘lampu hijau’ panel PBB
Lynas dapat kelulusan bersyarat bina kilang
NY Times dakwa kilang Lynas bahaya alam sekitar

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




BERSIH 2.0 memulakan kempen internet

BERSIH | Kongsi CeritaRabu ini, 29 Jun dari 2pm-6pm adalah hari aktivisme internet untuk Bersih. Matlamat kami adalah untuk melancarkan gelombang sokongan untuk Bersih di seluruh internet, demi menzahirkan sistem pilihanraya yang bebas dan adil serta mencerahkan masa depan semua rakyat Malaysia.

Kami meminta semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang dan tanpa mengira fahaman politik supaya turut sertai kami dalam usaha bersama menjamin hak rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan kita secara bersih dan demokratik.

Kami berhasrat mengguna kaedah-kaedah demokratik di internet untuk menunjukkan secara objektif berapa ramainya rakyat Malaysia yang bersatu untuk merealisasikan matlamat kita. Dalam peringkat pertama kempen ini, kami sasarkan:

1. 50,000 pengguna PicBadge – Picbadges.com/BERSIH 2.0

2. 50,000 “Likes” di Laman Web Rasmi Facebook –Facebook.com/BERSIH 2.0 OFFICIAL

3. 10,000 pengikut Twitter – Twitter.com/BERSIH 2
BERSIH | Kongsi Cerita
(Sila juga tukar gambar profil anda kepada sesuatu yang kuning demi kuningkan seluruh internet).

Objektif ini hanya boleh dicapai sekiranya seramai rakyat yang mungkin boleh sebarkan pesanan kita kepada semua rangkaian mereka – Facebook, Twitter, e-mel, dan sebagainya.

Ini adalah langkah pertama dalam kempen yang akan diteruskan sehingga Julai 9 dan seterusnya, di mana setiap hari dari pukul 2pm – 3pm, kita akan menggalakan penyokong-penyokong fokuskan kepada mempromosikan Bersih di internet.

Pada 29 Jun dari 2pm – 6pm, tema untuk Facebook dan Twitter adalah untuk menulis “Why #Bersih?” – kenapa Bersih diperlukan, mengapa kita sebagai individu memilih untuk turun ke jalan raya, dan bagaimana Bersih akan melahirkan Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Tolong juga promosikan laman web baru: Bersih.org yang mengandungi pelbagai cara-cara untuk menyokong Bersih.

Kami menggalakkan para penyokong untuk berkempen secara positif, elak dari menekankan sesiapa, dan tidak terperangkap dalam dialog yang tidak produktif. Matlamat akhir kita adalah untuk mendapatkan lebih ramai rakyat untuk bersama kita dalam mencapai matlamat-matlamat Bersih.

Terima kasih atas sokongan anda yang amat dihargai – dengan berganding bahu, kita bakal membawa perubahan yang amat diperlukan di negara kita tercinta.

Jawatankuasa Kerja Bersih 2.0
BERSIH | Kongsi Cerita

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno-BN

Kongsi CeritaMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih, yang dilaporkan mencecah lebih 100 orang setakat ini, adalah prakejatuhan Umno-BN.
“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.
Nik Aziz | Kongsi Cerita“Saya mengira kerajaan masih belum belajar daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui akaun Twitter hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu dipetik Harakah Daily menegaskan, tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.
“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah prakejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.
Beliau sebelum ini menyokong Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Tahanan pra-Himpunan Bersih tak sah, kerajaan boleh disaman

Kongsi CeritaNaib Presiden PKR N. Surendran hari ini mendakwa bahawa penahanan pra-Himpunan Bersih 2.0 yang bermula hujung minggu lalu adalah tidak sah, sambil menambah, mereka yang ditahan boleh menyaman kerajaan.
Peguam hak asasi manusia ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa tiada undang-undang di negara ini yang membenarkan penahanan pencegahan atau hanya kerana kemeja-T yang diisytiharkan haram hari ini.
Pagi tadi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan kemeja-T Bersih 2.0 sebagai satu bahan haram.
Dalam mengisytiharkan kemeja-T sebagai haram, kata Surendran, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein cuba memainkan peranan sebagai raja mutlak dalam mengeluarkan perintahnya.
Mat Sabu Bersih | Kongsi Cerita“Tiada undang-undang mengatakan bahawa anda tidak boleh mengenakan kemeja-T dengan perkataan Bersih padanya.
“Tiada undang-undang yang membolehkan penahanan individu-individu yang tidak melakukan sebarang kesalahan,” kata beliau sambil berkata perhimpunan Bersih masih belum diadakan lagi.
“Mereka tidak boleh menahan orang hanya kerana menjemput orang ramai menghadiri satu-satu perhimpunan atau mengecam niat mereka untuk menyertai perhimpunan,” kata beliau ketika dihubungi.
Menurut Surendran, polis hanya boleh menahan seseorang yang dilihat menghadiri perhimpunan haram ketika ia sedang diadakan dan buknannya sebelum itu.
“Ini semata-mata dari sudut perundangan. Tetapi, di sini anda ada situasi di mana polis melakukan kesalahan menahan orang setiap hari... ia bertentangan dengan Kanun Prosedur Jenayah dan semua undang-undang di negara ini,” katanya
BERSIH | Kongsi Cerita
sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Seniman PAKSI dakwa polis hina Pak Samad

Sekumpulan seniman dan budayawan mendakwa tindakan polis menyiasat Datuk A Samad Said ekoran sokongan terbukanya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai ini adalah satu penghinaan terhadap sasterawan negara itu.

NONEMenamakan diri mereka sebagai Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), mereka menyifatkan tindakan polis menyiasat A Samad atas akta hasutan dan akta polis sebagai tidak wajar dan menimbulkan curiga terhadap "manusia sebaik A Samad".

"Maka PAKSI berharap kepada pihak yang berkuasa agar tidak menggunakan kuasa yang ada secara sewenang-wenangnya dalam apa pun keadaan," kata presidennya Che Shamsuddin Othman.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dinsman malah meminta masyarakat umum membaca sendiri puisi A Samad yang dikatakan boleh menghasut dan mengganggu keselamatan itu.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Che Shamsuddin juga menggesa A Samad terus menikmati kebebasan berkarya agar dapat menyumbang sesuatu yang berharga.

NONEDitanya tentang tindakan kebanyakan seniman yang masih berdiam diri, Che Shamsuddin berkata beliau kesal dengan tindakan itu.

"Saya kesal, mereka membiarkan Pak Samad begitu sahaja," katanya yang juga dramatis terkenal.

Bagi A Samad sendiri, beliau menyifatkan golongan itu sebagai "menjaga periuk nasi sendiri."

Manakala setiausaha PAKSI, Hasni Abas pula membidas tindakan polis yang didakwanya bertanyakan jumlah bayaran yang diterima A Samad ketika membacakan puisi di majlis pelancaran BERSIH baru-baru ini.

"Mereka tanya berapa Pak Samad dibayar kerana membaca sajak. Ini satu penghinaan," katanya.


sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Wordless Wednesday #2

INI MEMANG GAMBAR BETUL. Photobucket Bandwitdh Exceeded. SEBAB AKU TAK PUAS HATI DENGAN Photobucket... Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.



Bagaimana menyertai WordlessWednesday?
Tidak susah menyertai #WW. Tidak memerlukan entri yang khas. Tidak perlu menaip entri panjang2. Dingatkan WW ini bukan satu SEGMEN. #WW ini tidak memaksa para blogger utk membuat entri. #WW juga bukanlah satu CONTEST.
Setiap blogger hanya perlu :
  • Membuat tajuk ” #(no bilangan entri ww anda) Wordless Wednesday
  • Nombor di hadapan menentukan bilangan entri #WW anda. Tidak memberikan apa2 maksud.
  • Tiada caption/penerangan melampau or pendek terhadap gambar.
  • Ping di facebook Wordlesswednesday Malaysia agar boleh diblogwalking oleh bloggers(tiada paksaan)
  • Utk yang baru menyertai anda terangkan apa itu #WW di entri anda supaya pembaca tahu apa itu wordless wednesday atau anda boleh linkkan ke fanpages kami.
Wordless Wednesday
sitemap / daftar isi KongsiCerita.com



A.Samad Said: Puisi sudah jadi 'senjata'

Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai
alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk
menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi
sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa
Sasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.
Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."
"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.
"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya. "Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.
Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.
Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.
"Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga.
"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Terdahulu ketika dihubungi Malaysiakini, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – Hujan Pagi
Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.
"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.
"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.
"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.



Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID 
dipetik dari Hujan Pagi

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Update Facebook dengan Facebook Desktop

Chris Bihis, seorang jurutera di Adobe, telah membina satu utiliti ringkas berasaskan Adobe AIR, yang membolehkan anda terus berhubung dengan rakan-rakan anda di Facebook tanpa anda perlu membuka browser. Perisian yang digelar Facebook Desktop ini berfungsi sepertimana IM [YM, Google Talk, Skype] yang akan terus menghantar update kepada anda tanpa perlu anda menekan “refresh” berkali-kali.
Facebook Desktop
Facebook Desktop
Interface di bahagian kanan, bawah skrin
Facebok Desktop
Update status anda di Facebook dengan mudah
Faceboko Desktop
Notifikasi muncul sekiranya ada update terbaru
Facebook Desktop boleh dimuat turun di laman FacebookDesktop.com Secara peribadi, saya rasa perisian ini sangat berguna. Walaupun baru versi 0.83, tetapi hampir semua fungsinya stabil.

copy & paste dengan izin dari: Layan Facebook, tanpa perlu buka Facebook | sollehahn.com

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Beratnya ujian dengan kekayaan

Putera al Walid bin Talal bin Abdul Aziz al Saud,
antara individu paling kaya di dunia.
"APAKAH kerana malaikat tidak mampu dirasuah, maka syurga lebih banyak diisi oleh orang yang ketika di dunia hidupnya miskin daripada yang kaya?" tanya seorang murid Abu Qubaisy kepada Tuan Guru yang mereka segani ketika beliau baru selesai menyampaikan kata pembuka kuliah paginya.


Dalam kata pengantar yang diminati semua muridnya, Tuan Guru itu berbicara banyak tentang pendidikan moral. Namun demikian Tuan Guru yang arif itu tetap saja memberikan penghargaan yang tinggi terhadap pertanyaan yang tidak kait mengait dengan topik yang dibicarakan dalam kata pengantarnya.


Aku berlindung kepada-Mu dari ujian kemiskinan
"Benar," jawab Tuan Guru membuat murid yang bertanya jadi terkejut. Semula dia mengira Tuan Guru yang mereka kagumi dan segani itu akan menganggap pertanyaan tersebut sebagai soaln main-main sahaja. Kerana dia sendiri tidak sepenuhnya sedar dengan pertanyaan tersebut.

"Maksud Tuan?" tanya seorang murid yang lain yang juga hairan.


"Di dalam salah satu doanya Rasulullah bermohon dengan kata-kata, 'Aku berlindung kepada-Mu dari ujian kemiskinan, dan dari jahatnya ujian kekayaan.'


"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa
mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya
kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu
bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl, ayat 78)
Sementara itu banyak ulama zaman dulu, ulama salaf, berkata bahawa ketika diuji dengan kesulitan mereka dapat bersabar. Tapi ketika diuji dengan kesenangan mereka tidak dapat bersabar. Itulah salah satu sebab mengapa syurga lebih banyak diisi oleh orang miskin. Tentu saja setelah di sana mereka bukan lagi orang miskin," jelas Tuan Guru mengundang senyum beberapa murid yang mendengarnya.


"Lalu bagaimana sebaiknya kita bersikap bila berada dalam kebaikan, atau berada dalam kesulitan?" tanya murid yang pertama bertanya tadi.


"Mereka yang berada dalam kebaikan atau kesenangan lebih perlu bersyukur, dan mereka yang berada dalam kesulitan lebih perlu bersabar. Ertinya, bersyukur di saat senang dan bersabar ketika susah adalah wajib. Mereka yang tidak demikian, layak mendapat hukuman," kata Abu Qubaisy seraya mengakhiri jawapan pada soalan anak muridnya itu.




Sedikit sombong besar risikonya

jangan sombong - kongsi cerita"BERSEDIAKAH Tuan jelaskan kepada kami berapa besarkah risiko yang harus ditanggung oleh kesombongan?" pinta seorang murid kepada Abu Qubaisy dengan penuh minat.

Ketika membuka majlis ilmunya petang itu, Tuan Guru yang luas ilmunya dan disegani para muridnya tersebut memang berbicara panjang tentang sifat sombong dan keburukan yang dikandungnya. Dengan sungguh-sungguh beliau berpesan agar para muridnya mengikis habis kesombongan dari dalam hati mereka masing-masing.

sombong | kongsi cerita"Di dalam kitab 'Nahjul Balaghah,' Sayyidina Ali Ibn Abi Thalib menyatakan bahawa iblis adalah hamba Allah yang sangat bersungguh-sungguh dalam beribadat. Dia menyembah Allah swt selama 6,000 tahun. Memang tidak ada penjelasan apakah 6,000 tahun itu menurut ukuran perhitungan waktu di dunia atau perhitungan waktu di akhirat yang jangka waktunya jauh lebih panjang daripada jangka waktu dunia. Mengingat iblis, sebagaimana juga malaikat, termasuk golongan makhluk langit, tidak mustahil ukuran waktu 6,000 tahun berdasarkan perhitungan waktu akhirat.

sombong | kongsi ceritaAndai kata yang digunakan itu adalah rentang waktu dunia pun, 6,000 tahun bukanlah masa yang pendek. Namun semua itu menjadi sia-sia. Terkikis habis oleh satu kesombongan yang diperbuat iblis," jelas Abu Qubaisy dengan panjang lebar.

"Kesombongan macam apa dan berapa banyakkah dilakukan oleh iblis itu?" tanya seorang murid yang kurang sabar.

iblis - kongsi cerita"Hanya satu kali. Iaitu ketika dia menolak perintah Allah swt untuk bersujud kepada Adam. Dengan sombong dia mengatakan dirinya lebih mulia daripada Adam yang diciptakan daripada tanah, padahal dia diciptakan daripada api," jawab Abu Qubaisy yang dibalas oleh sebahagian muridnya dengan anggukan kepala.

"Lalu mengapa Allah swt merasa perlu mengingatkan manusia bahawa iblis adalah musuh nyata?" tanya murid yang lainnya lagi.

"Kerana ketika laknat dijatuhkan Allah swt kepada iblis dia bukan memohon ampun, tapi kembali dengan angkuh; dia justeru menyatakan akan berusaha menyesatkan manusia sepanjang masa," ujar Tuan Guru itu seraya mengakhiri kuliahnya.




Nik Aziz sokong himpunan aman Bersih 2.0

kongsi ceritaMursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan himpunan aman Bersih 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.

Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.

“Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau.

kongsi ceritaJusteru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.

mat sabu bersihMenyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.

“Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta.

“Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini,” kata beliau.

BERSIH 2.0 yang akan menganjurkan himpunan aman pada 9 Julai nanti menuntut reformasi terhadap 7 perkara iaitu :-
    • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
    • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
    • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
    • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
    • Tempoh kempen minimum 21 hari
    • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
    • Menghapuskan rasuah pilihan raya.




Utusan dibakar di seluruh negara

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di pelbagai tempat bagi membantah penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia yang didakwa menghina Islam.

Dalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu turut menyaksikan akhbar milik Umno itu dibakar selepas solat Jumaat hari ini.

Di Kuala Lumpur, diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru.

Menurut ketua penerangannya Herman Samsudin, menariknya, terdapat peserta yang tidak membakar keseluruhan akhbar itu tetapi halaman kartunnya saja yang menjadi mangsa.

"Dalam demonstrasi tadi, Ahmad Sabki ada menyebut bahawa karikatur (itu) telah melakukan kesalahan besar kepada umat Islam dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) perlu mengambil tindakan dengan menggantungkan permit Utusan Malaysia," katanya.

Keputusan mengadakan perhimpunan di seluruh negara hari ini atas arahan ketua Pemudanya Nasrudin Hassan selepas tuntutan maaf mereka tidak dilayan akhbar itu.

Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Polis arah henti

Sementara itu, di Ipoh, dua ratus orang hadir perhimpunan anjuran dewan Pemuda PAS negeri di pekarangan Masjid negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.

Penolong Setiausaha Pemuda PAS negeri Safizal Saleh berkata, himpunan hampir 30 minit itu diwarnani dengan pelbagai sepanduk mendesak Utusan segera memohon maaf.

Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.

"Berikutan itu juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Abu Bakar Hussien yang turut hadir kesal kerana pihak Utusan Malaysia tidak sensitif kepada umat Islam," katanya.

Di Terengganu pula, difahamkan terdapat perhimpunan dibuat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu yang disertai ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah.

Kontroversi kartun dua panel itu bermula apabila sebuah dialog berhubung penolakan telefon bimbit sebagai bahan bukti dalam kes rogol menjadi pertikaian.

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi.”

Malaysiakini: Utusan dibakar di seluruh negara

Berkaitan:
Hina Islam: Pemuda Pas demo seluruh negara
Hina Islam: Ulama mahu Utusan didakwa
Takkanlah saya mahu percaya Utusan




[VIDEO] Replika saiz sebenar Bahtera Nabi Nuh

Satu jam dari Amsterdam, tempat bernama Dordrecht, Belanda, sebuah kapal sedang dalam pembinaan. Tetapi ini bukan kapal layar yang biasa anda lihat. Johan Huibers sedang membina replika saiz sebenar Bahtera Nabi Nuh. Ya Bahtera Nabi Nuh! Dan Johan, seorang tukang mahir, tidak mengambil remeh pada setiap butiran bahtera, yang dia telah bina bagi tempoh tiga tahun lalu. Bahtera tersebut dibina mengikut spesifikasi Kitab Injil. Setelah siap, bahtera itu adalah setinggi bangunan 4 tingkat dan sepanjang padang bola sepak. Dan ya, ia mampu belayar.

Hasilnya adalah sebuah kapal yang sangat mengagumkan, terutama memandangkan ia dibina oleh seorang lelaki biasa yang teruja dengan sebuah mimpi. Menurut wawancara dengan NBC " The Today Show " Johan bermimpi bahawa Belanda mengalami banjir besar. Keesokan harinya, dia bangun dan berazam untuk membuat persediaan bagi menghadapi senario yang terburuk.

Bahtera ini tidak boleh dikelirukan dengan bahtera di taman tema Kentucky yang juga replika Bahtera Nabi Nuh, menjana banyak minat dalam kotak carian di internet. Dalam tempoh 24 jam lalu, tinjauan dalam talian "gambar Bahtera Nabi Nuh " dan "bahtera sebenar Nabi Nuh" telah melonjak.

Bagi sebuah kapal yang sempurna, ia tidak lengkap lagi, tetapi ia semakin dekat. Pelan induk adalah memastikan kapal itu belayar sehingga Thames, London untuk Sukan Olimpik London pada tahun depan. Saksikanlah video 'Replika saiz sebenar Bahtera nabi Nuh'





Hina Islam: Pemuda PAS demo seluruh negara

Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah penyiaran penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam oleh akhbar Utusan Malaysia..

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, tindakan berkenaan diambil setelah akhbar tersebut gagal membuat permohonan maaf yang dituntut mereka genap seminggu lalu..

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Malaysiakini semalam, Nasrudin juga berkata, pihaknya mengisytiharkan pemboikotan akhbar Umno itu secara menyeluruh "atas keangkuhan mereka enggan mohon maaf."

Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Diharamkan buat liputan

Mereka memberi tempoh tujuh hari kepada akhbar itu untuk memohon maaf secara terbuka atau pihaknya akan meneruskan siri bantahan dengan membuat perhimpunan besar.

NONEBeliau juga menuntut Utusan mengambil tindakan terhadap pelukis karikatur tersebut.

Lakaran pertama dalam karya itu menggambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Nasrudin, lulusan pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar, Mesir berpendapat, selain mempersendakan hukum Islam, karikatur itu juga dilihat "memperkecilkan institusi agama seolah-olah tidak boleh menangani" isu berkenaan.

Sabtu lalu, Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.







Cara buat Scroll Box untuk Widget

Assalamualaikum. Meletakkan sesuatu widget adalah bagus untuk blog. Walau bagaimanapun, adakalanya widget tersebut boleh 'menggangu' pandangan jika mengambil ruang yang agak besar untuk blog. Jika anda perasan, widget Apesal.com dan GengCyber.com di sebelah kanan sidebar blog saya ini boleh scroll. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan ruang yang digunakan dan menjadikan blog anda nampak lebih kemas. Scroll box ini juga sesuai dengan apa sahaja widget yang anda mahu. Secara ringkasnya, apa sahaja widget yang guna kod HTML boleh guna cara ini untuk jadikannya scroll.

cara buat scroll box

Tutorial untuk membuat scroll box adalah seperti berikut..

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript
(Jika anda sudah letakkan widget hanya buka HTML/javascript widget yang anda telah letak di blog)

2. Kemudian masukkan/ubah kod widget seperti berikut.

Note :
width: ubah mengikut lebar yang anda kehendaki
height: ubah mengikut tinggi yang anda kehendaki


3. Apabila selesai, save dan lihat hasilnya.





Ini adalah contoh kod yang saya gunakan




[GAMBAR & VIDEO] Serkap ikan

Assalamualaikum. Semalam saya post gambar serkap sempena Wordless Wednesday. Tapi kawan blogger saya; Mr Rileks tanya apa benda tu.. Jadi kali ni saya nak buat entri untuk menerangkan tentang apa itu serkap..

serkap ikan | Kongsi Cerita
Serkap merupakan sejenis alat penangkapan ikan Melayu tradisional yang lazimnya diperbuat daripada buluh, rotan dan akar. Buluh yang biasa digunakan ialah buluh duri dan buluh tela manakala akar yang biasa digunakan ialah akar pukang dan rotan biasa.

serkap ikan | Kongsi Cerita
Serkap biasanya digunakan pada musim membajak sawah. Mereka akan menurut di belakang tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau semasa membajak. Kini diturut di belakang traktor atau kubota.

serkap ikan
"Serkap" digunakan dengan cara direjam ke dalam air dengan cara berulang kali, apabila terasa kocakan ikan membelah dinding serkap di dalam air, ini menunjukkan ikan telah mengena. "Serkap" akan ditekan dengan lebih kuat ke dalam supaya ikan yang berada di dalam "serkap" tidak akan keluar, kemudian ikan akan digagau dengan tangan melalui "mulut serkap" dengan berhati-hati agar tidak disengat ikan yang berduri seperti ikan keli.

serkap ikan | Kongsi Cerita
"Serkap" juga dijadikan model oleh orang-orang tua dahulu untuk menyalur atau melahirkan pemikiran. "Serkap" pada lahirnya merupakan "penangkap rezeki" menjadi luas maknanya dalam masyarakat tradisional. Terdapat rangkap pantun berkait yang dipusakakan oleh nenek moyang tentang "serkap".

Sungguh rendang pohon kuini
Langsai buahnya dilahap orang
Menuduh orang tiada bukti
Bagai mengguna "serkap jarang"

Langsai buahnya dilahap orang
Biji ditabur merata tempat
Bagai mengguna "serkap jarang"
Peluh mengucur laba tak dapat.

Ada juga dipantunkan oleh orang tua kita zaman dahulu:

"Serkap" ikan di tengah bendang
Dapat keli bisa sengatnya
Cakap tuan biarlah terang
Tidak kami terpinga-pinga

"Serkap" kini telah dimajukan dan dijadikan sebagai bahan hiasan kraftangan dalam
saiz yang kecil.

sitemap / daftar isi KongsiCerita.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More