KUALA LUMPUR, 12 Jun — Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu berkata beliau menerima kekalahan malam tadi, antara lain berpunca daripad kesilapan pemainnya menjaringkan gol sendiri, walaupun sudah yakin bahawa akan memenangi perlawanan sebelum ini.
“Kita mengakui bahawa ini adalah kesilapan pasukan, namun saya perlu membina kembali motivasi pemain yang sudah pasti menurun.
“Saya akan ambil masa dua hari untuk membina kembali keyakinan semua pemain untuk mereka kembali bersemangat untuk merebut gelaran juara dalam saingan Liga Super,” katanya dipetik Bernama Online.
Karathu berkata, beliau tidak menyalahkan mana-mana pemain kerana mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Kelantan ditewaskan oleh negeri jiran Terengganu 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Pasukan itu mendahului 1-0 sehingga minit ke-93 apabila pemainnya Mohd Daudsu Jamaluddin menjaringkan gol sendiri, yang membolehkan Terengganu bangkit semula satu minit sebelum berakhir untuk menyudahkan kedudukan 2-1 dan menjuarai Piala FA buat kali kedua.
Dalam pada itu, kejayaan Terengganu meraih gelaran juara pada perlawanan akhir Piala FA dianggap sebagai hadiah untuk seluruh rakyat Terengganu setelah 11 tahun menanti kemarau menjulang piala itu.
Terengganu juga mencatat sejarah sendiri apabila menjadi pasukan terakhir yang menjulang trofi tersebut yang berakhir tahun ini.
Jurulatih Terengganu Irfan Bakti Abu Salim berkata beliau merasa gembira kerana akhirnya berjaya mengatasi kemarau dengan membawa Terengganu sebagai juara edisi terakhir Piala FA.
“Kejayaan ini adalah hadiah buat seluruh rakyat Terengganu dan saya berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh pasukanya.
“Sebelum perlawanan saya ada beri kata-kata motivasi untuk anak didik saya agar tidak mengalah selagi pengadil meniupkan wisel penamat,” katanya.
Irfan Bakti berkata kejayaan ini juga adalah usaha bersungguh-sungguh yang telah dilakukan oleh setiap pemain Terengganu dan beliau harap ia akan berkekalan hingga sepanjang musim ini.
Beliau berkata selepas ini pemainnya perlu berehat sebentar sebelum menghadapi baki dua perlawanan lagi dalam saingan Liga Super.
“Apa-apa boleh berlaku dalam Liga Super, namun saya yakin bahawa pasukan Terengganu mampu meraih satu lagi kejayaan,” katanya.
Antara projek pungguk rindu bulan & tilapia.. M'sia pro HAMAS?
Sehari yang lalu