Berikut adalah 10 haiwan terkuat di dunia jika dilihat dari kekuatan mereka mengangkat sesuatu berbanding dengan saiz tubuh mereka. Apakah semakin besar ukuran saiz badan, maka makin kuat ? tidak ada jaminan hal itu.
Beruang
Beruang ini adalah haiwan di kawasan pergunungan yang terkuat, boleh mengangkat 0.8 kali berat badannya. Berat badan mereka adalah sekitar 700 kg dan mampu mengangkat benda seberat hampir 600 kg.
Kepah
Haiwan ini boleh menahan benda seberat 2 kali badannya. Cengkerangnya sangat kuat dibandingkan ukuran tubuhnya.
Anaconda
Haiwan ini boleh mencekik haiwan yang sama dengan berat tubuhnya sampai mati. Berat tubuhnya boleh mencapai sehingga 250 kg.
Gnu
Haiwan ini mampu menarik dan membawa benda 1.5 kali berat badan mereka. Berat badannya mencapai 600 kg dan boleh menarik dan membawa benda seberat 900 kg.
Harimau
Haiwan ini boleh mengangkut sesuatu benda 2 kali berat badannya sambil melompat halangan setinggi 10 kaki. Beratnya mencapai 300 kg dan mampu membawa benda seberat 600 kg.
Helang
Helang adalah burung terkuat. Mereka mampu mengangkat benda 4 kali berat badannya sambil terbang.
Gorilla
Haiwan ini mampu mengangkat benda 10 kali berat badannya. Beratnya sekitar 200 kg dan mampu mengangkat benda seberat 2,000 kg, atau sama dengan 30 orang dewasa.
Kerengga
Semut ini boleh mengangkat benda 50 kali berat badannya, sama seperti seseorang yang sanggup mengangkat trak.
Gajah
Haiwan ini adalah haiwan mamalia terkuat. Berat badannya boleh mencapai 5,500 kg dan boleh mengangkat benda seberat 9,000 kg, sama dengan 130 orang dewasa.
Kumbang Badak
Haiwan ini bukan sahaja serangga terkuat, malah juga merupakan haiwan terkuat di dunia kalau dibandingkan dengan ukuran tubuhnya. Mereka mampu mengangkat benda seberat 850 kali berat badannya.