jika aku mati esok

Jika aku mati esok, apa yang akan kulakukan pada hari terakhirku? Aku tahu aku akan bangun pada awal pagi untuk tunaikan solat subuh terakhir. Kemudian mungkin pergi bersarapan seperti yang biasa kulakukan. Lalu aku akan kembali ke tempat tidurku, mengemas sedikit. Kamu tahu bilikku bersepah. Dapatkan telefon dan hello semua orang. Sudah hampir tengah hari, mesti makan dengan keluarga. Kemudian menghabiskan hari terakhir... aku tak tahu... cuba melakukan berjuta hal lain. Berharap moga waktu akan perlahan.

Jika aku mati esok, berapa orang yang akan bersedih? Berapa orang yang akan menangis untukku? Berapa orang yang ingin aku kembali? Berapa orang yang akan merasa kehilangan? Jika aku mati esok, apakah temanku akan ziarah kuburku? Apakah saudaraku akan datang menemuiku? Apakah guru, rakan sekerja akan terluka?. Jika aku mati esok, apakah aku akan dirindukan? Apakah mereka akan selalu mengingatiku? Apakah kematianku membuat ramai orang bersedih? Apakah ada bedanya jika aku masih hidup?
Jika aku mati esok, kamu tahu semuanya ok. Hanya senyum padaku, KENANG KEMBALI SAAT INDAH. Jika aku mati esok, tolong sesiapa pun jangan menangis. Jauhkan kesedihan, kerana aku tak pernah jadi lelaki terbaik, adik terbaik, abang terbaik, terbaik buat arwah Ayoh dan anak tengah Abah... Jika aku mati esok, adakah aku akan diampuni oleh semua orang yang telah aku khianati tika aku masih hidup? Mereka yang aku sakiti hatinya, mengambil kesempatan darinya dan bahkan dibohongi. Peluk aku buat kali terakhir untuk pengampunan... ya aku amat ingin... Jika aku mati esok, adakah kamu akan merasa kehilangan? Esok adakah kamu akan mendail nombor aku secara tak sengaja, lalu tiba-tiba... terhenti? Dapatkan telefonku, mesej semua orang dari a sampai z. Ini bukan Matyo @ Matju... dia sudah kembali pada Penciptanya dan doakan dia bersemadi dengan aman.

Jika aku mati esok, matahari akan tetap bersinar... orang bersimpati hanya untuk sebentar... kemudian akan kembali seperti biasanya... Jika aku mati esok, aku tak pernah terfikir ianya akan membuat banyak perbezaan pada sesiapa pun.

Yang pastinya Ayoh telah meninggal dunia tika aku nyenyak dalam tidurku. Kehilanganmu mengajarku tak mengambil ringan keluargaku. Salah faham harus dirungkai segera. Kematianmu tak pernah dirancang. Kau sangat dirindui di sini Ayoh. Bersemadilah dalam damai. Aku juga akan pergi jua... cuma tak tahu bila. Jika aku mati esok, kamu tahu semuanya ok. Hanya senyum padaku, KENANG KEMBALI SAAT INDAH.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More