17 cedera serangan di narathiwat

Bangkok: Penyerang tidak dikenali mengumpan polis dan orang ramai dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api sebelum melancarkan serangan kedua menggunakan bom seberat 20 kilogram yang menyebabkan 17 orang cedera parah termasuk anggota polis dan empat kanak-kanak di pusat bandar Narathiwat malam tadi.

Gabenor Narathiwat, Tanon Vechakornthanon, berkata penyerang yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah pusat karaoke pada jam 7.30 malam dan kemudian meletupkan bom berkenaan dari jarak 100 meter apabila polis datang untuk menyiasat kes serangan pertama sambil dikerumuni orang ramai.

Gambar: ANGGOTA skuad bom Thailand memeriksa kawasan kejadian serangan bom kereta yang dilakukan suspek militan selatan Thailand di wilayah Narathiwat, semalam. - Foto AFP

"Dua pekerja wanita cedera dalam serangan pertama, manakala 15 lagi cedera dalam serangan kedua," katanya tanpa memberi maklumat terperinci tentang mereka yang cedera. Beliau berkata, bom buatan sendiri itu disembunyikan di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian sebelum diletupkan dari jarak jauh menggunakan telefon bimbit. Katanya, letupan itu turut memusnahkan empat rumah dan 12 kenderaan.

"Penyerang berniat mencetuskan keadaan huru-hara di bandar ini melalui serangan terancang dengan melepaskan tembakan pertama untuk menarik perhatian polis dan orang ramai, sebelum melancarkan serangan kedua," katanya.
Lebih 4,000 orang terbunuh sejak mereka yang disyaki menganggotai kumpulan pemisah melancarkan kempen bersenjata untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan negara ini- Narathiwat, Pattani dan Yala tujuh tahun lalu. - BERNAMA



Liputan Media Asing:


Puisi Dr Asri Untuk Sultan Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku bukanlah penyanjung Raja, tapi mempunyai Raja yang betul - betul berjiwa rakyat membuatkan aku bangga menjadi rakyat Kelantan. Ciri peribadi murni Sultan Kelantan yang baru, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang begitu prihatin terhadap rakyat dan mempunyai ilmu agama tinggi adalah selari dengan kehendak masyarakat Kelantan. Baginda berpakaian macam rakyat biasa.. sehingga tak dapat dikenali bahawa baginda ialah Sultan Mohamad Ke V. Bukan itu sahaja, baginda juga seorang yang merendah diri dan mengutamakan ahli agama sepertimana yang ditunjukkan oleh baginda ketika dalam majlis bersama Menteri Besar Kelantan. Baginda juga tanpa segan silu, tanpa berasa malu…memandu kenderaan sendiri tanpa ada pengawal peribadi dan pemandu peribadi.

Bicara Buat Seorang Sultan
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat
raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,
pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat

raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,

dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA,
160211

Penulis adalah bekas mufti Perlis

Valentine's Day adalah haram dan merosakkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada mulanya saya tak berminat untuk buat entri hari kasih sayang, tapi atas desakan keadaan semasa maka menjadi tanggungjawab untuk saya berkongsi fakta. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan disokong oleh semua Majlis Fatwa Negeri:

“menyambut, menyertai dan merayakan Valentine Day hukumnya adalah HARAM untuk umat Islam"

Jadi biarkanlah sambutan Valentine Day ini disambut oleh mereka yang beragama Kristian dan kita yang beragama Islam tidak perlu terikut-ikut dengan budaya yang jelas bukan budaya Islam.
Ini serba sedikit sejarah tentang sambutan Valentine Day. Sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi, jelas ia dapat dikaitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M).



St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I (496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk Dewa Lupercius dengan mempersembahkan korban binatang). Apabila fakta ini sudah dibentangkan maka remaja Islam khususnya boleh membaca dan memahami mengapa Islam melarang sambutan Hari Kekasih. Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Kisah yang mana ramai remaja-remaja kita kena tangkap khalwat pada malam Valentine sudah menjadi pekara biasa. Ini semua punca kepada masalah yg lebih besar... MASALAH PEMBUANGAN BAYI.. mereka sanggup bunuh bayi-bayi (anak mereka sendiri) yang tidak berdosa. Bagi umat Islam setiap hari adalah hari kasih sayang terutama kepada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W, ibubapa, suami/isteri, keluarga dan semua umat manusia juga haiwan dan tumbuhan. Semoga teman-teman blogger dapat copy paste dan tambah dengan fakta yang lebih baik dan publishkan di blog anda supaya semua muda-mudi Islam yang menyambut Valentine Day tersedar dari keasyikan dunia percintaan. Diharapkan juga semua sudi retweet di Twitter dan share di FaceBook seberapa banyak yang boleh. Insyallah usaha anda akan mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah S.W.T. Jika saya ditanya pada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT adakah saya telah mengajak umat Islam meninggalkan amalan Kristian, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bacaan Berkaitan:

Hari Kekasih rosakkan akidah golongan muda

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian - Mufti Perak

MUI Ingatkan Kembali “Valentine Day” Haram Buat Muslim

Selamat Datang ke Pintu Neraka

Di jantung gurun Karakum Turkmenistan, Kawah Gas Darvaza atau Pintu Neraka mengeluarkan cahaya yang dapat dilihat dari berbatu jauhnya pada malam gelap. Kawah besar yang merupakan hasil dari kemalangan carigali gas Soviet yang berlaku pada tahun 1971.Kawah besar itu terjadi ketika sebuah rig pengerudian gas jatuh ke dalam sebuah gua bawah tanah yang menghasilkan kawah yang berukuran sekitar 60 meter dengan diameter 20 meter. Kawah besar itu dibakar tak lama selepas ditemui dan telah terbakar sejak itu. Bau belerang dan api dapat dikesan dari kejauhan dan menjadi cukup kuat apabila anda dekat tepi kawah panas.
















Perang dah tamat... maaf bukan cerita sebenar

Perang Dah Tamat dari Malique featuring Rabbani. bersama sedikit sample dari ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamed di permulaan dan pengakhiran lagu. Secara peribadinya aku melihat Malique sebagai rapper tempatan yang amat bijak menulis, baik dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu, puisi dan lirik yang dihasilkannya sentiasa mengagumkan. di Malaysia, hanya ada dua orang sahaja rapper yang bijak menulis dalam Bahasa Melayu iaitu Malique dan Altimet. Malique berada dalam kelasnya sendiridan Altimet kurang menyerlah dalam lagu-lagu berbahasa Inggeris. namun apabila Altimet mula berkarya dalam Bahasa Melayu, nah dia menulis dengan baik sekali. hingga lagunya seringkali diputar di radio. Daly AhlifiQir juga bijak menulis, namun kemahiran rap beliau tidak sehebat raper-rapper lain. lagipun AhlifiQir dari Singapura. aku ambil contoh lagu Angguk-Angguk Geleng-Geleng dari AhlifiQir yang merupakan lagu yang amat tajam sindirannya terhadap masyarakat melayu Singapura (jika ada antara kamu yang tidak faham akan maksud tersembunyi di dalam lagu tersebut)

Malique berada dalam kelasnya tersendiri dalam industri muzik Malaysia


Altimet dan Daly Ahli Fiqir, rapper yang bagus, tetapi tidak dapat menyaingi Malique




Kolabrasi yang berjaya dan harap mereka dapat teruskan lagi..







download Malique ft. Rabbani - Perang Dah Tamat dari 4shared, klik di sini

Lirik Malique ft. Rabbani - Perang Dah Tamat


[Tun Dr. Mahathir - Intro]
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah, Kita selamat
Kabus dah hilang, Perang dah tamat
Nyanyikan lagu Damai dalam lena
Jangan buka mata Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan Malahan dibakar

Jalan dah dibuka Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar Dah bersinar di luar
Burung besi pulang Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal Tiada halilintar
Laut merah pudar Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar? Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia Semuanya sama saja
Pembunuhan Permusuhan
Semua syak wasangka Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut Tak diguna Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin Aku balas benar
Cuba tutup mata Baca risalah diedar
Perang sudah tamat Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah Auqifull Haq

[Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku Bukan kamu Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah Zabur Injil Ada Quran
Kalau Iqra' Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching Ada Tipitaka Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman Saya bukan orang jahat
Saya benci perang Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.

Jurugambar yang menjadikan seekor lalat model foto

Sebahagian besar manusia di dunia ini mengenal lalat sebagai makhluk yang menjijikkan dan sumber penyakit, kerana itulah faktanya. Tapi di tangan seorang pemuda berasal dari Belgium ini, seekor lalat yang dijadikan model salah satu projek fotografinya dapat menjadikannya terkenal. Tentunya lalat foto model yang digunakannya adalah lalat mati. Namanya adalah Nicholas Hendrickx, atau biasa orang menyebutnya dengan nama Jimi (mungkin diambil dari nama Jimi Hendrix) atau Ukaaa (namanya di Flickr). Fotografer berusia 20an tahun ini adalah salah satu pemuda yang berfikiran ‘Out of The Box’. Kerana dengan imaginasinya yang luar biasa, lalat-lalat yang dia temui di taman dapat diubah menjadi karya seni fotografi yang lucu dan unik. Bahkan ia menamai lalatnya dengan nama Gerald Fly, atau biasanya dipanggil Mr. Fly.


















google-site-verification: google9e001426deb17b20.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More