17 cedera serangan di narathiwat

Bangkok: Penyerang tidak dikenali mengumpan polis dan orang ramai dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api sebelum melancarkan serangan kedua menggunakan bom seberat 20 kilogram yang menyebabkan 17 orang cedera parah termasuk anggota polis dan empat kanak-kanak di pusat bandar Narathiwat malam tadi.

Gabenor Narathiwat, Tanon Vechakornthanon, berkata penyerang yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah pusat karaoke pada jam 7.30 malam dan kemudian meletupkan bom berkenaan dari jarak 100 meter apabila polis datang untuk menyiasat kes serangan pertama sambil dikerumuni orang ramai.

Gambar: ANGGOTA skuad bom Thailand memeriksa kawasan kejadian serangan bom kereta yang dilakukan suspek militan selatan Thailand di wilayah Narathiwat, semalam. - Foto AFP

"Dua pekerja wanita cedera dalam serangan pertama, manakala 15 lagi cedera dalam serangan kedua," katanya tanpa memberi maklumat terperinci tentang mereka yang cedera. Beliau berkata, bom buatan sendiri itu disembunyikan di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian sebelum diletupkan dari jarak jauh menggunakan telefon bimbit. Katanya, letupan itu turut memusnahkan empat rumah dan 12 kenderaan.

"Penyerang berniat mencetuskan keadaan huru-hara di bandar ini melalui serangan terancang dengan melepaskan tembakan pertama untuk menarik perhatian polis dan orang ramai, sebelum melancarkan serangan kedua," katanya.
Lebih 4,000 orang terbunuh sejak mereka yang disyaki menganggotai kumpulan pemisah melancarkan kempen bersenjata untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan negara ini- Narathiwat, Pattani dan Yala tujuh tahun lalu. - BERNAMA



Liputan Media Asing:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More