“menyambut, menyertai dan merayakan Valentine Day hukumnya adalah HARAM untuk umat Islam"
Jadi biarkanlah sambutan Valentine Day ini disambut oleh mereka yang beragama Kristian dan kita yang beragama Islam tidak perlu terikut-ikut dengan budaya yang jelas bukan budaya Islam.
Ini serba sedikit sejarah tentang sambutan Valentine Day. Sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi, jelas ia dapat dikaitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M).St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I (496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk Dewa Lupercius dengan mempersembahkan korban binatang). Apabila fakta ini sudah dibentangkan maka remaja Islam khususnya boleh membaca dan memahami mengapa Islam melarang sambutan Hari Kekasih. Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Kisah yang mana ramai remaja-remaja kita kena tangkap khalwat pada malam Valentine sudah menjadi pekara biasa. Ini semua punca kepada masalah yg lebih besar... MASALAH PEMBUANGAN BAYI.. mereka sanggup bunuh bayi-bayi (anak mereka sendiri) yang tidak berdosa. Bagi umat Islam setiap hari adalah hari kasih sayang terutama kepada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W, ibubapa, suami/isteri, keluarga dan semua umat manusia juga haiwan dan tumbuhan. Semoga teman-teman blogger dapat copy paste dan tambah dengan fakta yang lebih baik dan publishkan di blog anda supaya semua muda-mudi Islam yang menyambut Valentine Day tersedar dari keasyikan dunia percintaan. Diharapkan juga semua sudi retweet di Twitter dan share di FaceBook seberapa banyak yang boleh. Insyallah usaha anda akan mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah S.W.T. Jika saya ditanya pada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT adakah saya telah mengajak umat Islam meninggalkan amalan Kristian, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Kekasih rosakkan akidah golongan muda
Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian - Mufti Perak
MUI Ingatkan Kembali “Valentine Day” Haram Buat Muslim