Memaparkan catatan dengan label berita dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita dunia. Papar semua catatan

Khalid Samad, Khairy antara sertai misi ke Gaza

Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan, yang antara lain disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam Khalid Samad yang bakal berlepas ke Gaza minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

Malaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa, kata Najib di sini malam semasa melancarkan Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia bagi menyertai International Freedom Flotilla II ke Gaza.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai “International Freedom Flotilla II”.

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau da Khalid, turut sertai ialah Pengerusi Aman Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, wartawan Astro Awani Nazri Kahar dan jurukameranya Wan Yusani Amir.

Najib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas “Freedom Flotilla” pada 31 Mei tahun lalu enam kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa.

Ketika tragedi itu, “Freedom Flotilla” anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan “Pertahankan Kemanusiaan” dan akan disertai 13 kapal antarabangsa — 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Najib juga berkata kerajaan akan bantu mengusahakan dana bagi menubuhkan sebuah pusat trauma untuk kanak-kanak di Gaza. Selain terus berusaha memastikan isu pembebasan Palestin dilakukan hingga satu penyelesaian dicapai, katanya.

Beliau berkata Malaysia juga akan mengetengahkan kepada dunia kesengsaraan rakyat Palestin.

“Kalau tidak buat apa-apa, dunia tidak akan teringat isu Palestin. Tetapi jika ada gambaran terhadap perjuangan ke atas Palestin, world opinion (pendapat dunia) sedikit demi sedikit akan berubah,” katanya.

Perdana Menteri berkata dunia juga tidak harus berputus harapan dalam perjuangan tersebut walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

“Kita jangan merasa yang kita telah kalah, kita akan menggunakan cara lain. Bukan menggunakan kekerasaan, tetapi menggunakan rasa kemanusiaan dunia untuk memperjuangkan nasib Palestin,” katanya.

Sementara itu, Noorazman berkata konvoi kali ini bukan sahaja akan melalui jalan laut tetapi juga darat.

Noorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental.

Beliau berkata, mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan.




Pengganti Osama arah hancurkan London


Saif al-Adel, yang disebut-sebut sebagai pimpinan Al Qaedah ketika ini dilaporkan sedang merancang serangan besar di London, dia telah memerintahkan para pengikutnya untuk "menghancurkan" ibu negara Britain itu.

"Pemimpin baru kami telah meminta rancangan besar di London, "kata jurucakap Taliban Ehsanullah Ehsan. Dia berpendapat Britain merupakan "tulang punggung" dari Eropah dan harus dihancurkan," seperti yang dipetik media Eropah.

Daily Mail menyiarkan berita, Taliban dan al-Qaeda yang bertemu di sempadan Pakistan-Afghanistan untuk memutuskan peranan baru bagi Saif al-Adel 51, yang pernah menjadi ketua keselamatan Osama.

Menghadapi ancaman tinggi di London, British Transport Police (BTP) akan diberi kebebasan untuk membawa senjata di kereta api ibu kota dan stesyen bawah tanah untuk pertama kalinya.

Pihak keselamatan sangat risau dengan kemungkinan serangan seperti yang terjadi pada November 2008 di Mumbai apabila lelaki yang membawa senjata menyerang hotel dan stesyen utama kereta api, serangan tersebut mengorbankan 200 orang.

Apakah seruan Saif al-Adel tersebut akan menjadi serangan pertama al_Qaeda di Eropah selepas kematian Osama Bin Laden? Waktu yang akan menjawab.

Berkaitan:





Festival cucuk tubuh - Festival vegetarian Thailand yang mengerikan

Pada akhir September dan awal Oktober di Thailand berlangsungnya festival vegetarian yang luar biasa. Sebagai tanda syukur kepada Sembilan Dewa Maharaja yang memberikan mereka kesihatan yang baik dan ketenangan fikiran, mereka semua sepanjang festival yang berlangsung 9 hari, harus patuh dengan banyak peraturan. Sepanjang sambutan mereka tidak makan daging, minum arak, melakukan hubungan seks atau memakai pakaian putih, dan harus kebersihan tubuh dan peralatan dapur... Apa yang benar-benar menakjubkan ialah mereka mencucuk pelbagai objek ke muka: pisau, pedang, gergaji, kaca, tombak... Setiap titis darah dan bekas luka adalah hadiah sebagai tanda menyucikan jiwa. Ini sebagai menunjukkan pengabdian dan kasih kepada para dewa selama berlangsungnya upacara yang sering menjadi sangat menyeramkan dan aneh, tetapi sentiasa menakjubkan. Anda nilai sendiri dengan gambar berikut..


Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Sila scrolldown untuk melihat lebih banyak gambar
Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods

Extreme Piercing for the Love of Gods






Calon pengganti Osama ketuai al-Qaeda

Setelah Osama bin Laden dibunuh, nama Ayman Al Zawahiri dan empat pemimpin kanan al-Qaeda muncul sebagai penggantinya. Namun khabarnya, organisasi ini tidak mempunyai pengganti, setidaknya sulit untuk mencari pengganti Osama. Ada kemungkinan al-Qaeda tidak akan mencari pengganti Osama bin Laden. Namun jika mereka mencari, benarkah Ayman Al Zawahiri satu-satunya?

Organisasi yang memantau aktiviti jihad online, SITE menyatakan, belum ada kepastian apakah Al Qaeda akan menunjuk pengganti Osama.

Sebagai orang kedua al-Qaeda, nama Zawahiri terus disebut-sebut sebagai pengganti Osama. Doktor kelahiran Mesir ini dipercayai juga sedang bersembunyi di Pakistan. Namun kerana Zawahiri tidak memiliki pesona yang sama seperti Osama, perisikan AS menduga beberapa anggota Al Qaeda sendiri tak menganggapnya berada di pucuk pimpinan.

"Ada petunjuk kuat ia tak popular di kalangan anggota. Jadi, persoalan besar mengenai siapa pengganti Osama," ujar seorang ejen perisikan AS yang tak mahu namanya disebut.

Salah satu calon kuat selain Zawahiri adalah Abu Yahya Al Libi, komandan Al Qaeda di Afghanistan. Beliau melarikan diri dari penjara Pangkalan Udara Bagram milik AS di negara tersebut pada 2005. Beliau adalah pemimpin kanan yang terkemuka di dalam al-Qaeda, dan juga anggota Kumpulan Pejuang Islam Libya. Pernah dilaporkan oleh sumber Pakistan pada 11 Disember 2009 yang Abu Yahya terbunuh dalam serangan Drone AS di Pakistan. Namun, kemudian laporan mengenalpasti orang mati sebagai Saleh al-Somalia.

Calon ketiga Saif Al Adel, warga Mesir yang terlibat dalam pengeboman Kedutaan AS di Tanzania dan Kenya pada 1998. Namun beliau dekat dengan Zawahiri dan pengetahuannya dinilai kurang luas. Beliau di percayai sebagai salah seorang angota Majlis Syura al-Qaeda dan juga ahli jawatankuasa sayap tentera al-Qaeda. Saif adalah pemimpin kanan al-Qaeda dengan hubungan jangka panjang dengan Osama. Beliau juga berperanan memastikan keselamatan Osama. Saif tersenarai sebagai 'pengganas paling dikehendaki' dalam senarai FBI.

Calon keempat adalah Mullah Mohammad Omar, warga AS yang lahir dengan nama Adam Gadahn. Pemimpin Taliban di Afghanistan yang dikenal sebagai Azzam Al Amriki ini tak punya kesempatan kerana kurang dikenal. Beliau memeluk Islam pada tahun 1995 ketika berumur 17 tahun. Peranannya dalam al-Qaeda lebih kepada penterjemah dan pembikin video, untuk tujuan menyampaikan mesej kepada pengikut al-Qaeda.

Nama lain yang disebut adalah Anwar Al Awlaki yang juga kelahiran AS. Beliau bermarkas di Yaman dan dianggap sebagai salah seorang ulama radikal. Namun, pengalaman operasinya tak banyak. Presiden Barack Obama memberi izin kepada agen CIA untuk menangkap atau membunuh Anwar. Lelaki ini mempunyai blog rasmi, akaun Facebook dan banyak video di YouTube, menyebabkan beliau digambarkan sebagai "Osama versi Internet.".




Al-Qaeda Yaman: Api Jihad akan lebih marak

Amerika akan merindui hari-hari ketika Osama bin Laden masih hidup. Al-Qaeda menjanjikan lebih banyak serangan ke atas kepentingan Amerika di seluruh dunia. Laporan berita mengatakan bahawa AS prihatin tentang serangan balas dendam dan sudah mengambil langkah-langkah keselamatan. Portal As-Ansar menerbitkan teks penuh dari kenyataan Amir al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), yang berpusat di Yaman, di mana ia memberi amaran bahawa Jihad melawan Barat dan boneka mereka setelah pembunuhan Syeikh Osama bin Laden akan menjadi lebih kerap dan dahsyat untuk orang-orang kafir.
Al-Qaeda Semenanjung Arab (AQAP) Hurayrah Qasim al Raymi (kiri), Said Ali al Shihri (kedua kiri), Abu Basir Nasir al Wuhayshi (kedua kanan), Abu Hareth Muhammad al Awfi (kanan)

Nasir al-Wahishi, Amir Mujahidin AQAP, dalam kenyataannya menegaskan bahawa "api jihad akan semakin marak".

"Katakan kepada Amerika bahawa bara api Jihad akan lebih marak dan terang daripada masa Syeikh Osama masih hidup".

Dia meyakinkan bahawa isu jihad untuk Amerika Syarikat tidak diselesaikan sama sekali.
"Jangan fikir mudah pertempuran - yang akan lebih besar dan lebih buruk untuk anda, yang menjadi lebih kerap dan memusnahkan, yang menunggu untuk anda."

"Kami mengatakan hanya apa yang menyenangkan Tuhan:" Ya Allah, berikanlah pertolongan kepada kita dalam kesulitan dan menggantikan untuk kita dengan yang lebih baik, dan kami semua milik Allah, dan memang, kita semua akan kembali kepada-Nya ".

"Abu Abdullah telah syahid, dan itu bukan nasib buruk! Jadi suatu kemualiaan bagi kematian seorang pahlawan di medan perang, senang dengan itu dan tidak melangkah mundur dan teruskan perjuangan".

"Kematian Syeikh hanya akan meningkatkan kegigihan kita untuk memerangi orang-orang Yahudi dan Amerika dalam rangka memenangi perang atas mereka," kata Emir al-Wahishi.

"Amerika telah membunuh Sheikh, tapi agama Sheikh dan semangat melawan umat, yang menghidupkan semula Syeikh ... Biarkan musuh-musuh Allah tahu, bahawa kami bertekad untuk menang" , tambah Emir AQAP lagi.

Perlu diingat bahawa Washington menganggap al-Qaeda di Semenanjung Arab sebagai ancaman utama bagi keselamatan AS. Badan perisikan AS menempatkan al-Qaeda Yaman - negara kelahiran bapa Osama - teratas dalam senarai "pengganas sangat berbahaya". Selain Nasir al-Wahishi, antara individu penting al-Qaeda semenanjung Arab ialah salah seorang penceramah terkemuka Jihad di Yaman, Sheikh Anwar Al-Awlaki. Beliau disebut-sebut sebagai antara calon pengganti Osama. 4 hari selepas pembunuhan Osama bin Laden, AS melancarkan usaha memburu Sheikh Anwar Al-Awlaki, tetapi tidak berjaya.





Iran: Osama mati sebelum serangan Amerika

Menteri Perisikan Iran Heidar Moslehi (gambar), mengatakan bahawa Teheran memiliki bukti pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden telah meninggal dunia lama sebelum serangan Amerika.

"Kami mempunyai maklumat yang tepat bahawa Osama telah meninggal dunia kerana sakit beberapa waktu lalu," kata Moslehi.

Dia mempersoalkan dakwaan Washington bahawa Osama telah dibunuh oleh pasukan komando Seals di kompleks tersembunyi di Pakistan pada 1 Mei. Menurut berita sebelumnya, jenazah Osama disemadikan di laut kurang dari 24 jam setelah operasi.

"Jika tentera AS dan agensi perisikan telah benar-benar menangkap atau membunuh Osama, mengapa mereka tidak menunjukkan jenazahnya, mengapa mereka melemparkan mayatnya ke laut?" kata Moslehi lebih lanjut.

"Ketika kami menangkap (bekas pemimpin Jundollah Abdolmalek) Rigi, kami menunjukkan dia," agensi berita Iran memetik kenyataan Moslehi.

Moslehi mengatakan para pegawai AS menyebarkan propaganda ini untuk mengalihkan perhatian dari masalah dalam negeri mereka serta situasi ekonomi Amerika yang 'rapuh'.

Juga, sejumlah besar bekas pegawai perisikan Pakistan dan pegawai keselamatan menolak dakwaan AS bahawa Osama terbunuh dalam operasi ketenteraan AS dekat ibukota Pakistan, Islamabad.

Bekas Pengarah Perisikan Tentera Pakistan, Hamid Gol (gambar) dalam sebuah wawancara dengan akhbar berbahasa Urdu Ausaf, bertanya mengapa AS begitu ragu untuk menunjukkan tempat dan butiran lain operasi memburu Osama, sementara menyiarkan sekurang-kurangnya beberapa maklumat akan menyakinkan dunia bahawa Osama benar-benar telah mati.

Dia juga menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bahawa tidak ada anggota tentera Amerika yang terlibat dalam operasi itu tercedera, dan menegaskan bahawa Al-Qaeda adalah salah satu organisasi pengganas terlatih terbaik yang tahu cara menggunakan senjata mereka untuk melawan musuh.

Sementara itu, bekas pegawai keselamatan Pakistan menolak dakwaan bahawa Osama telah tinggal di sebuah rumah berhampiran sebuah akademi tentera dekat Islamabad selama lima tahun, dan meragui bahawa Osama boleh tinggal di sana selama lima tahun tanpa diketahui oleh Inter Pakistan Services Intelligence ( ISI) atau Tentera Darat Pakistan.

Ausaf juga memetik tokoh Pakistan yang lain bahawa Osama telah mati di tempat lain tetapi AS sedang cuba untuk melebarkan perang di Afghanistan ke Pakistan dan menuduh Pakistan melindungi Osama, alasan untuk membawa tenteranya ke Pakistan.

2 Mei lalu, Obama mengumumkan yang Osama bin Laden terbunuh di kota Abbottabad, utara ibukota Islamabad, dalam serangan oleh komando Tentera Laut AS, Seals.

Para pegawai AS mendakwa bahawa mereka telah menjatuhkan tubuh Osama di Laut Arab setelah melakukan bedah siasat yang diperlukan dan ujian DNA untuk memastikan identitinya.

Namun, seorang pegawai AS kemudian mengumumkan bahawa pengebumian terburu-buru Osama sesuai dengan hukum Islam, yang memerlukan pengebumian dalam masa 24 jam selepas kematian.

Namun, pengebumian di laut bukan amalan Islam dan Islam tidak menetapkan masa untuk pengebumian, kecuali digalakkan untuk disegerakan.

Para pegawai AS juga mendakwa keputusan mereka untuk pengebumian di laut dibuat kerana tiada negara menerima Osama, tanpa memperincikan negara-negara yang dihubungi mengenai masalah ini.

Pemerhati bagaimanapun telah menimbulkan soalan serius mengapa para pegawai AS tidak melaksanakan ujian DNA bebas secara rasmi untuk mengesahkan identiti mayat sebelum pengebumian tergesa-gesa.




Mitos dan fakta tentang Osama Bin Laden

Selepas serangan 11 September 2001, pemimpin rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden menjelma menjadi individu yang menakutkan sekaligus misteri bagi dunia, khususnya Amerika Syarikat. Selama ini beredar begitu banyak mitos tentangnya.

Berikut 9 di antaranya - yang terbukti tak benar, seperti disiarkan harian terkemuka Inggeris, The Guardian.

1. Osama 'diciptakan' CIA.
Osama tidak pernah terbukti menerima dana atau dilatih secara langsung oleh CIA selama tahun 1980-an. Begitu juga pengikut Osama. Tidak pernah ada bukti mengenai hubungan langsung mereka dengan CIA. Yang benar, adalah Mujahidin Afghanistan yang pernah mendapat dana dan latihan dari CIA, melalui agensi perisikan Pakistan, ISI. Bantuan itu disalurkan selama perang Mujahidin dengan Soviet, atas faktor perang dingin.


Gambar Zbigniew Kazimierz Brzezinski (Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika kepada Presiden Jimmy Carter dari tahun 1977-1981) bersama orang yang didakwa sebagai Osama (a.k.a Tim Osman)

2. Osama memiliki kekayaan melimpah.
Osama dipaksa meninggalkan Arab Saudi tanpa harta sama sekali. Setelah seluruh asetnya dibekukan, dia terbang ke Pakistan dan Sudan. Keluarga besar Laden juga telah memutuskan hubungan keluarga dengannya. Dia juga tidak mewarisi harta ayahnya. Yang dipunyai Osama adalah kenalan yang ramai, yang memudahkannya mendapatkan dana.

3. Osama bertanggung jawab atas pengeboman WTC tahun 1993.
Ramzi Yousef, perancang utama serangan keganasan itu, boleh jadi bekerja untuk Khaled Sheikh Mohammed yang merupakan pembekal bebas ketika itu. Khaled Sheikh Mohammed hanya bergabung dengan Al-Qaeda pada tahun 1996 tetapi beliau menjaga jaraknya dengan Osama.

Osama dituduh terlibat dalam pengeboman WTC 1993

4. Dana Osama dari perniagaan dadah.
Tidak pernah ada bukti apapun yang menyokong tuduhan ini, termasuk di dalam dokumen kerajaan Britain selepas 9/11 tentang Al-Qaeda. Punca yang menyebabkan timbulnya tuduhan ini ialah Afghanistan merupakan antara negara pengeluar dadah terbesar dunia.

Kelihatan warga Afghan sedang menguruskan tanaman popi

5. Osama tidak pernah berada dalam situasi berbahaya.
Tidaklah benar bahawa Osama seorang diri membunuh jeneral Soviet dan lalu merampas AK-47 - sebagaimana yang berkali-kali dituntut Osama. Namun, pelbagai laporan saksi menyatakan dia terlibat dalam pertempuran di Jaji pada 1987 juga pertempuran Jalalabad pada 1989.

Dengan AK-47 yang diambil dari askar Russia yang beliau bunuh semasa perang mengusir Soviet dari Afghanistan.

6. Osama tinggal di gua.
Di akhir 90-an, untuk kepentingan propaganda Al-Qaeda, Osama mengundang sejumlah wartawan yang ingin mewawancaranya di gua-gua di Tora Bora di timur Afghanistan. Padahal, Osama tinggal di sebuah kompleks yang selesa, berhampiran ladang Hadda peninggalan Soviet yang dimiliki tuan tanah setempat. Pada tahun 1999, beliau pindah ke sebuah kompleks perumahan berhampiran Kandahar. Ketika dibunuh, Osama tinggal di sebuah rumah yang selesa di Abbotabad, Pakistan. Di antara dua kurun waktu itu, tidak ada bukti apapun bahawa Osama pernah tinggal di gua. Pemimpin kanan Al-Qaeda yang lain juga tinggal di sejumlah rumah 'separuh kubu' yang umum ditemui di kawasan suku-suku tempatan.

Kelihatan askar Pakistan sedang mengawal rumah dipercayai tempat Osama mati dibunuh oleh komando Amerika.

7. Semasa muda, Osama sering berpesta di Beirut.
Tidak ada bukti tentang ini. Osama ketika muda dikenali sebagai individu yang pemalu dan taat agama, kahwin muda, dan sering menghabiskan masa untuk mempelajari kitab suci.

8. Osama hampir meninggal kerana penyakit buah pinggang.
Sejumlah laporan - antara lain termasuk fail-fail di Guantanamo - yang memang menyebut Osama mempunyai penyakit saluran kencing. Tapi, penyakit itu jauh dari serius untuk membuatnya meninggal. Yang pasti, beliau mempunyai masalah dengan punggungnya yang diakibatkan tubuhnya yang tinggi (sekitar 1.95 meter) dan kurang banyak bergerak.

9. Osama bersembunyi di Kashmir, menjadi pemimpin kumpulan Chechen, bertanggung jawab untuk sejumlah aksi kekerasan di Filipina dan Indonesia, mengatur serangan keganasan di Madrid 2004 dan mempunyai rangkaian luas di Paraguay, sub-Sahara Afrika dan Afrika Selatan.
Semua dakwaan itu, yang dilontarkan oleh pelbagai negara atau badan perisikan selama berdekad-dekad terakhir telah terbukti tidak memiliki asas bukti apapun.




Masjid Babri: Mahkamah gantung keputusan

NEW DELHI, 9 Mei – Mahkamah Agung India hari ini menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang membahagikan tapak yang menjadi pertikaian antara kaum Hindu dan Muslim hampir dua dekad lalu, sekali gus menyebabkan kemelut itu menuju situasi ketidak- pastian. Dalam keputusan- nya hari ini, panel dua hakim mempersoalkan alasan-alasan dikemuka- kan hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya, yang membahagikan tapak Masjid Babri, yang dimusnahkan penunjuk perasaan pada 1992 kepada tiga bahagian iaitu masing-masing bagi orang Hindu, Muslim dan pemegang amanah tempatan kalangan Hindu.
Tindakan memusnahkan masjid abad ke-16 itu, yang terletak di bandar utara Ayodhya mencetuskan rusuhan yang mengakibatkan 2,000 orang mati.

Lebih 200,000 anggota polis dikerah ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan September lalu bagi mengelakkan keganasan perkauman.

“Keputusan itu sesuatu yang janggal dan mengejutkan. Tiada siapa yang berdoa untuk membahagikan kawasan itu. Mahkamah Tinggi Allahabad telah memberikkan satu rasa lega baru yang tidak dituntut oleh sesiapa,” kata Aftab Alam, hakim yang mengetuai panel.

Oleh itu, kedua-dua hakim mengarahkan agar “status quo” dikekalkan di tapak itu dan melarang mana-mana kumpulan daripada memulakan aktiviti pembinaan. Arahan itu muncul pada hari pertama Mahkamah Agung mula mendengar
petisyen mencabar keputusan membahagikan tapak itu kepada tiga. Akhir September lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan sebuah tapak suci yang mencetus rusuhan berdarah di seluruh India pada 1992 perlu dibahagi-bahagikan antara komuniti Islam dan Hindu.

Ketika itu, penduduk Islam menganggap satu kawasan di Ayodhya sebagai tapak bagi Masjid Babri yang dibina pada abad ke-16 yang kemudian dirobohkan puak radikal Hindu manakala penganut Hindu pula menegaskan ia merupakan tempat lahir bagi dewa mereka, Rama. Mahkamah Tinggi Allahabad memutuskan kawasan seluas 25.6 hektar itu perlu dibahagi-bahagikan dengan komuniti Islam mendapat satu pertiga kawasan tersebut sementara selebihnya dibahagikan antara dua kumpulan Hindu, kata peguam Ravi Shankar Prasad.
Penganut Hindu akan kekal memiliki kawasan di mana kuil kecil Rama dibina.

“Majoriti memutuskan lokasi kuil itu adalah tempat kelahiran Rama dan ia tidak boleh dipindahkan,” katanya.

Mahkamah juga membuat keputusan bahawa status tapak itu perlu diteruskan selama tiga bulan untuk membenarkan ia diukur dan dibahagikan secara aman.

Konflik mengenai hak ke atas kawasan di Ayodhya itu, 550 kilometer di timur New Delhi, mencetus keganasan antara penganut Hindu dan Islam yang meragut beribu-ribu nyawa serta mencabar demokrasi sekular dan kepelbagaian budaya di India.

Masjid Babri yang dibina pada 1528 oleh seorang maharaja Mogul, Babur sebelum dimusnahkan pelampau Hindu pada 1992.

Masjid Babri sebelum dimusnahkan




[GAMBAR] Pencemaran Alam Di China

China telah membelanjakan berbilion dolar untuk membersihkan alam sekitar namun setakat ini masih enggan mengurangkan kadar pencemaran, dengan alasan ia akan menjejaskan pembangunan ekonomi. Republik itu pada tahun lalu menyatakan tekad untuk memperlahankan kadar pencemaran dengan mengurangkan penggunaan tenaga per unit KDNK kepada 40 hingga 45 peratus dari paras tahun 2005 hingga 2020, yang pada dasarnya merupakan 'sumpah' mereka terhadap penggunaan tenaga lebih efisien. Menurut Kementerian Alam Sekitar China, pencemaran teruk dan penggunaan sumber yang besar menyebabkan China diselubungi masalah alam sekitar yang genting seterusnya berkemungkinan menjejaskan perkembangan ekonomi jika tidak diatasi dengan betul. Sejak 2009, insiden keracunan yang besar berlaku berulang kali dan ia dikaitkan dengan pencemaran.

Gambar-gambar berikut menunjukkan betapa besarnya masalah pencemaran alam sekitar di China.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More