Iran: Osama mati sebelum serangan Amerika

Menteri Perisikan Iran Heidar Moslehi (gambar), mengatakan bahawa Teheran memiliki bukti pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden telah meninggal dunia lama sebelum serangan Amerika.

"Kami mempunyai maklumat yang tepat bahawa Osama telah meninggal dunia kerana sakit beberapa waktu lalu," kata Moslehi.

Dia mempersoalkan dakwaan Washington bahawa Osama telah dibunuh oleh pasukan komando Seals di kompleks tersembunyi di Pakistan pada 1 Mei. Menurut berita sebelumnya, jenazah Osama disemadikan di laut kurang dari 24 jam setelah operasi.

"Jika tentera AS dan agensi perisikan telah benar-benar menangkap atau membunuh Osama, mengapa mereka tidak menunjukkan jenazahnya, mengapa mereka melemparkan mayatnya ke laut?" kata Moslehi lebih lanjut.

"Ketika kami menangkap (bekas pemimpin Jundollah Abdolmalek) Rigi, kami menunjukkan dia," agensi berita Iran memetik kenyataan Moslehi.

Moslehi mengatakan para pegawai AS menyebarkan propaganda ini untuk mengalihkan perhatian dari masalah dalam negeri mereka serta situasi ekonomi Amerika yang 'rapuh'.

Juga, sejumlah besar bekas pegawai perisikan Pakistan dan pegawai keselamatan menolak dakwaan AS bahawa Osama terbunuh dalam operasi ketenteraan AS dekat ibukota Pakistan, Islamabad.

Bekas Pengarah Perisikan Tentera Pakistan, Hamid Gol (gambar) dalam sebuah wawancara dengan akhbar berbahasa Urdu Ausaf, bertanya mengapa AS begitu ragu untuk menunjukkan tempat dan butiran lain operasi memburu Osama, sementara menyiarkan sekurang-kurangnya beberapa maklumat akan menyakinkan dunia bahawa Osama benar-benar telah mati.

Dia juga menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bahawa tidak ada anggota tentera Amerika yang terlibat dalam operasi itu tercedera, dan menegaskan bahawa Al-Qaeda adalah salah satu organisasi pengganas terlatih terbaik yang tahu cara menggunakan senjata mereka untuk melawan musuh.

Sementara itu, bekas pegawai keselamatan Pakistan menolak dakwaan bahawa Osama telah tinggal di sebuah rumah berhampiran sebuah akademi tentera dekat Islamabad selama lima tahun, dan meragui bahawa Osama boleh tinggal di sana selama lima tahun tanpa diketahui oleh Inter Pakistan Services Intelligence ( ISI) atau Tentera Darat Pakistan.

Ausaf juga memetik tokoh Pakistan yang lain bahawa Osama telah mati di tempat lain tetapi AS sedang cuba untuk melebarkan perang di Afghanistan ke Pakistan dan menuduh Pakistan melindungi Osama, alasan untuk membawa tenteranya ke Pakistan.

2 Mei lalu, Obama mengumumkan yang Osama bin Laden terbunuh di kota Abbottabad, utara ibukota Islamabad, dalam serangan oleh komando Tentera Laut AS, Seals.

Para pegawai AS mendakwa bahawa mereka telah menjatuhkan tubuh Osama di Laut Arab setelah melakukan bedah siasat yang diperlukan dan ujian DNA untuk memastikan identitinya.

Namun, seorang pegawai AS kemudian mengumumkan bahawa pengebumian terburu-buru Osama sesuai dengan hukum Islam, yang memerlukan pengebumian dalam masa 24 jam selepas kematian.

Namun, pengebumian di laut bukan amalan Islam dan Islam tidak menetapkan masa untuk pengebumian, kecuali digalakkan untuk disegerakan.

Para pegawai AS juga mendakwa keputusan mereka untuk pengebumian di laut dibuat kerana tiada negara menerima Osama, tanpa memperincikan negara-negara yang dihubungi mengenai masalah ini.

Pemerhati bagaimanapun telah menimbulkan soalan serius mengapa para pegawai AS tidak melaksanakan ujian DNA bebas secara rasmi untuk mengesahkan identiti mayat sebelum pengebumian tergesa-gesa.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More