Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu, sementara Kelantan yang juga negeri pengeluar minyak terpaksa menuntut royalti minyak melalui mahkamah.
Dulu sewaktu Terenggganu di perintah Pas pada tahun 1999, kerajaan pusat menzalimi kerajaan Terengganu dengan menghentikan bayaran royalti minyak dan digantikan dengan wang ehsan yang dibayar melalui pemimpin Umno Terenggganu.
Di Kelantan pun sama kerajaan pusat bayar wang ehsan kepada pemimpin Umno Kelantan bukannya royalti minyak. Kenapa Kelantan dikira wang ehsan atau wang sedekah sedangkan Terenggganu dikira wang royalti? Adakah ini tidak zalim namanya.
Terengganu terima royalti minyak RM938 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sehingga Mac tahun ini Kerajaan Negeri sudah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta bagi bayaran pertama manakala bayaran kedua berjumlah RM150 juta akan diterima minggu ini.
Menurutnya, Petronas akan membayar sebanyak RM938 juta secara berperingkat sebagaimana dijanjikan dan kekal seperti mana perjanjian asal, cuma cara pembayarannya dibuat melalui Kerajaan Pusat.
“Tidak ada terma dan perjanjian baru akan dibuat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berhubung royalti minyak yang diterima Kerajaan Negeri.
“Sehingga kini Kerajaan Negeri telah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta,” katanya.
Belian berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Wahid Endut (Pas/Wakaf Mempelam) mewakili Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas/Rhu Rendang) yang tidak hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12, semalam kerana ada urusan di Kuala Lumpur, meminta Kerajaan Negeri menyatakan terma yang dipersetujui dalam rundingan antara Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri dan Petronas untuk mengembalikan semula royalti Petroleum.
Menjawab soalan tambahan daripada Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas/Batu Buruk) Ahmad menjelaskan, Petronas telah membuat pembayaran sebanyak lima peratus hasil royalti (RM938 juta) berkenaan melalui Kerajaan Pusat yang kemudiannya menyalurkannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat tidak ambil satu sen pun wang berkenaan.
“Cuma ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terutama berkaitan Dana Khas, dulu ada peruntukan Kerajaan Negeri yang digunakan bertujuan membiayai projek lain dan bayaran projek yang komited itu masih belum diselesaikan.
“Hasil rundingan terakhir baru-baru ini, kita mencapai kata sepakat bahawa semua baki yang tinggal akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM400 juta setelah semua urusan berkaitan projek pembinaan fasa kedua Lapangan Terbang Sultan Mahmud selesai,” katanya

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (kalau kamu berlaku demikian yakni cenderung) api neraka akan membakar kamu sedangkan kamu tidak ada sebarang pertolongan pun selain dari Allah. Kemudian dengan sebab cenderung itu kamu tidak akan mendapat pertolongan"
(Surah Hud 11:113)