Tahukah anda website pertama di dunia? Ini dia info.CERN.ch yang diwujudkan oleh Sir Timothy John "Tim" Berners-Lee (lahir di London, United Kingdom, 8 Jun 1955). Beliau adalah penemu World Wide Web dan ketua World Wide Web Consortium, yang mengatur perkembangannya.
Pada 1980, ketika masih seorang kontraktor bebas di CERN, Berners-Lee mengajukan sebuah projek yang berasaskan konsep hiperteks (hypertext) untuk memudahkan pembahagian dan pembaharuan informasi di antara para penyelidik. Dengan bantuan dari Robert Cailliau dia mencipta sistem prototaip bernama Enquire.
Setelah meninggalkan CERN untuk bekerja di John Poole's Image Computer Systems Ltd, dia kembali pada 1984 sebagai seorang rakan penyelidik. Dia menggunakan idea yang mirip dia yang telah gunakan pada Enquire untuk mencipta World Wide Web, di mana dia mereka dan membangun browser yang pertama (bernama WorldWideWeb dan dikembangkan dalam NEXTSTEP) dan pelayan web pertama yang bernama httpd.
Laman web pertama yang dibuat Berners-Lee beralamat di http://info.cern.ch/ (telah diarkibkan) dan online untuk pertama kalinya pada 6 Ogos 1991.
screenshot laman web info.cern.ch
Pada 1994, Berners-Lee mendirikan World Wide Web Consortium (W3C) di Massachusetts Institute of Technology.
Hingga kini, Berners-Lee masih tetap rendah hati dan tidak berkeinginan untuk mendapatkan status popular. Ramai yang masih tidak mengetahui kekuatan hasil kerja lelaki ini, World Wide Web.
Salah satu sumbangan terbesarnya dalam memajukan World Wide Web adalah dengan tidak mempatenkannya sehingga masih boleh digunakan secara bebas.
Pada 16 Julai 2004 beliau diberi gelaran kehormatan KBE (Knight Commander of the Order of the British Empire) yang membawa gelaran 'Sir' oleh Ratu Elizabeth II sebagai penghormatan atas jasa-jasanya.