Doa-doa pilihan

Ramai di antara kita dihimpit oleh pelbagai masalah yang boleh meresahkan kehidupan. Antaranya adalah masalah hutang. Kita sebagai orang Islam adalah diwajibkan membayar hutang kerana ianya urusan kita dengan manusia lain. Sekiranya kita meninggal dunia sebelum sempat melunaskan hutang, dikhabarkan roh kita akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga hari kiamat. Oleh itu marilah kita sama–sama berdoa kepada Allah s.w.t agar dijauhkan segala azab sengsara dan supaya dapat kita melunaskan hutang serta membebaskan diri dari kemiskinan.


Doa supaya mudah membayar hutang

.

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu”.


Kisah di sebalik doa ini :

Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi, seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayyidina Ali r.a meminta agar ditunjukkan jalan supaya membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Sayyidina Ali r.a memberitahunya jika kamu beramal dengan doa yang pertama di atas , kamu akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung.

.
Doa agar tidak mudah lupa
.
اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا
Maksudnya : “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, Muliakankah kami, jangan dihina, berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”

Dalam tafsir Ibn Kathir, diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r.a bahawa Nabi s.a.w pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas. Memerhatikan intisari munajat di atas, digalakkan hamba agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerahNya, baik umur, rezeki, harta, anak-anak yang soleh dan solehah serta sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat. Selain itu juga, kita memohon kemuliaan agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.
.
Doa mengelakkan kesedihan
.
اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan). Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlaku kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.

Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka, maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w ini. Tatkala Nabi s.a.w selesai mengajarkan doa ini, seorang sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w: wahai RasululLah, apakah orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda s.a.w: Ya! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia. Sesiapa yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah s.w.t akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More