“Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur, di dalam kebun-kebun itu kamu perolehi buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan.”
Surah al-Mu’minun (18-19).
Air Terjun Victoria
Air terjun Victoria merupakan salah satu air terjun paling mengagumkan di dunia. Air terjun ini terletak di Sungai Zambezi, yang pada ketika ini membentuk sempadan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki kelebaran kira-kira 1 batu (1.6 km), dengan ketinggian 128 m (420 kaki). David Livingstone, penjelajah Scotland, mengunjungi tasik ini pada 1855 dan menamakannya atas nama Ratu Victoria, sedangkan nama tempatannya adalah Mosi-oa-Tunya, "asap menggelegak." Air terjun ini merupakan sebahagian dari dua taman negara, Mosi-oa-Tunya National Park di Zambia dan Victoria Falls National Park di Zimbabwe, dan juga Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Air Terjun Iguazu
Air Terjun Iguazu terletak di sempadan Negeri Paraná di Brazil dan Wilayah Misiones di Argentina. Air terjun ini membahagikan sungai kepada bahagian atas dan bawah Sungai Iguazu yang bermula di bandar Curitiba dan mengalir untuk sebahagian besar daripada permulaannya di Brazil dan pada berakhir di sempadan Brazil dan Argentina. Dalam Bahasa Guarani Iguazu bermaksud 'Air Besar'.
Air Terjun Huangguoshu, China
Air terjun Haungguoshu adalah salah satu terjun terbesar di Asia. Sungai Baishui merupakan laluan penting yang menghubungkan Wilayah Yunnan dengan Wilayah Guizhou. Ketika mengalir ke kawasan tersebut, sungai ini membentuk sembilan buah air terjun kerana dasar sungainya jatuh. Air Terjun Huangguoshu merupakan yang paling besar antara kesemuanya, sekitar 77 meter dan tinggi sekitar 101 meter. Ratusan ribu orang melawat tempat ini setiap tahun. Selain Tembok Besar, air terjun ini tidak diragukan lagi daya tarikan terbaik di China.
Air Terjun Nil Biru, Ethiopia
Air terjun ini juga dikenali sebagai Tis Issat, yang bermaksud air beasap. Terletak di hulu sungai, sekitar 30 kilometer hilir bandar Bahir Dar dan Tasik Tana. Selain menjadi objek pelancongan utama, Air Terjun Nil Biru digunakan secara meluas untuk menghasilkan tenaga di daerah tersebut. Dianggap salah satu tarikan pelancongan terbaik Habsyah dan semakin ramai yang mengunjungi tempat ini, memberikan Habsyah pendapatan pelancongan yang besar.
Air Terjun Angel, Venezuela
Air Terjun Angel atau Salto Angel adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter (3,212 kaki) dan jatuhan tanpa halangan sekitar 807 meter (2,647 kaki). Air terjun ini terletak di Rio Caroni, Taman Nasional Canaima, Venezuela. Walaupun pertama kali dilihat di awal abad ke-20 oleh penjelajah Ernesto de Santa Cruz, air terjun ini tidak dikenali dunia hingga ditemui secara rasmi oleh penerbang Amerika, James Crawford Angel yang sedang terbang mencari kedudukan lombong emas. Pada tahun 1936, James Angel kembali dan mendaratkan pesawatnya berhampiran air terjun. Air terjun ini dinamakan "Air terjun Angel" untuk mengenang penemunya, James Crawford Angel. Suku Indian Pemon menyebut air terjun ini sebagai "Auyan-tepui" ("Aiyan-tepui") yang bermaksud "Gunung Syaitan". Ketinggian rasminya ditentukan oleh National Geographic Society pada 1949. Air terjun ini merupakan tarikan pelancong yang terkenal di Venezuela.
Air Terjun Niagara, Kanada/USA
Air terjun Niagara ialah satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan Wilayah Ontario, Kanada dan Negeri New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.
Air terjun Niagara sebenarnya terdiri tiga buah air terjun. Dua buah bahagian utama yang dipisahkan oleh Goat Island ialah Air terjun Horseshoe, yang terletak di bahagian sebelah Kanada, dan Air terjun Amerika, yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat. Satu lagi air terjun yang lebih kecil pula ialah Air terjun Bridal Veil yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat dan dipisahkan daripada air-air terjun utama oleh Luna Island.
Sistem air terjun ini terbentuk apabila glasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin (zaman air batu terakhir) dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.
Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan hidroelektrik. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an.