osama bin laden mati dibunuh - Obama

Assalamualaikum. Hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengumumkan yang Osama Bin Laden telah terbunuh di dalam satu pertemuran menggunakan helikopter yang berlaku di Pakistan. Kematian Osama menyaksikan berakhirnya penantian pihak Amerika Syarikat yang memburunya sejak bertahun-tahun dahulu. Dalam kegawatan ekonomi Amerika apabila nilai mata wang US Dollar jatuh dan emas naik paling tinggi dalam sejarah dunia, tiba-tiba Obama, Presiden Amerika mengumumkan Osama bin Laden yang mengetuai Al Qaedah telah berjaya dibunuh dan mayatnya ada dalam simpanan Amerika.

Pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga mengesahkan bahawa kali ini, Osama bin Laden benar-benar dapat dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat.Lihat video di bawah.



Sejujurnya aku begitu sangsi dengan berita ini kerana setiap kali ekonomi Amerika jatuh teruk pasti ada sahaja isu dunia yang akan dicipta. Suatu ketika dahulu apabila Amerika menghadapi krisis perumahan maka Palestin diserang bertalu-talu lebih dari 1 bulan yang mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat. Mungkinkah tindakan mereka menyerang Libya tidak berjaya mengalihkan tumpuan dunia.

Dengan pengumuman kematian Osama bin Laden siapakah pemimpin Islam selepas ini yang akan dijadikan mangsa penyebab segala kejahatan di dunia ini. Mungkinkah Ghadafi? Entahlah... kita tidak pasti. Kalau sudah meninggal... Innalillah... tapi kalau belum, esok-esok akan ada pita rakaman ucapan dari Osama.

Baca berita Malaysiainsider: Rumah yang terletak di Islamabad itu mempunyai tembok setinggi empat hingga enam meter — lapan kali lebih besar berbanding rumah-rumah lain di kawasan Abbottabad.

Nilai rumah itu dianggarkan mencecah "beberapa juta ringgit", tetapi tiada hubungan atau kemudahan telefon dan Internet [lagi]
kenapa buat rumah besar di tengah-tengah bandar?


Ini antara sebab yang membuatkan aku sangsi dengan berita kematian Osama Bin Laden.

source: LINK

i
ini gambar yang disiarkan di TV Pakistan


cuba bandingkan gambar Osama 15 tahun dulu dengan gambar Osama mati



Sebagai saudara seIslam, marilah kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada Osama Bin Laden. Tentang perjuangannya, biarlah hanya Dia yang menentukan. Al-Fatihah.

Posting aku tentang kematian:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More