Antara projek pungguk rindu bulan & tilapia.. M'sia pro HAMAS?
Sehari yang lalu
Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?Sekian, wassalam.TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,Menteri Besar Kelantan.Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011MBerikut ialah kenyataan Perdana Menteri MalaysiaDatuk Seri Najib Tun Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad pada Isnin.Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak."Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem."Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya.Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam. "Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam." katanya.Ini pula kenyataan Menteri Dalam NegeriKematian Osama Diharap Bawa Keamanan SejagatKLUANG 3 Mei – Kematian pemimpin kumpulan pengganas al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi di Islamabad, Pakistan hari ini diharap akan membawa sinar keamanan dan keharmonian kepada dunia sejagat.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun turut memberi amaran, perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak terhad kepada seorang individu sahaja sebaliknya melibatkan gerakan yang besar. “Saya sudah meminta laporan penuh daripada pihak perisikan mengenai hal ini bagi mengetahui kesahihan perkara ini, bagaimanapun laporan awal yang diterima masih belum dapat mengesahkan kejadian berkenaan.“Jika benar perkara itu berlaku, saya harap ia akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di Taman Sri Lambak di sini, Ahad. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di sini, hari ini. Hari ini media antarabangsa melaporkan, pemimpin al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan jenazahnya kini berada dalam simpanan AS, umum Presiden Barack Obama hari ini.Hishammuddin yang juga Naib Presiden dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pelbagai unit khasnya sentiasa bekerja keras bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada segala ancaman kumpulan militan.“Tidak ramai yang tahu pelbagai perkara dilakukan oleh PDRM bagi memastikan keselamatan rakyat di negara ini terjamin dan membolehkan mereka tidur dengan lena pada waktu malam.“Saya ingin tekankan di sini, PDRM, unit risikan dan segala unit khas yang ada di dalam negara ini sentiasa memantau segala pergerakan militan yang wujud secara dekat bagi memastikan keselamatan rakyat,” katanya. Beliau berkata, baru-baru ini Malaysia telah menandatangani perjanjian keselamatan dengan Arab Saudi dan Australia berhubung isu keganasan dan imigresen.
Blog ini didedikasikan untuk berkongsi cerita yang menarik tentang agama, masyarakat, politik, pelancongan, hiburan dan apa saja.
Link anda akan diletakkan di sini jika anda sudah melakukan 3 pekara ini | Follow KongsiCerita | Like KongsiCerita | Link KongsiCerita
tukar link | kazen blog | SolihinZubir.com | LINK ANDA | LINK ANDA | LINK ANDA | LINK ANDA | LINK ANDA | LINK ANDA | LINK ANDA