PaperPhone - Telefon nipis masa depan


Beberapa orang pengkaji dari Queen University Kanada memperlihatkan salah satu teknologi baru, yang dipanggil oleh mereka sebagai PaperPhone, dan melalui demo ringkas, mereka memperlihatkan telefon kertas yang berfungsi..

PaperPhone merupakan teknologi fleksibel telefon mudah alih/komputer yang bersaiz hampir senipis kertas. Teknologi ini dibangunkan oleh Roel Vertegaal, yang merupakan seorang pengarah dari Queen’s University Human Media Lab di Kingston, Ontario. Prototaip yang direka setakat ini dikatakan setanding dengan smartphone yang ada di pasaran.
Melalui telefon kertas tersebut, mereka memperlihatkan beberapa fungsi termasuk membuat panggilan, memainkan lagu dan sebagainya, yang mana turut sama boleh dikawal dengan menggunakan kaedah melipat dan sebagainya. Apabila tidak digunakan, telefon kertas tersebut tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik.

Menurut Prof Roel Vertegaal, pengarah Queen’s University’s Human Media Lab, telefon ini mampu melakukan segala yang smartphone boleh lakukan.

"Kita tidak melihat kamera padanya, jadi kita hilang ciri yang sangat popular dengan smartphone, tapi kami tahu ianya masih pada tahap awal, sehingga mampu ditambah di masa depan."

PaperPhone mempunyai display yang fleksibel, tersangat ringan, diperbuat daripada thin-film, dan dapat melakukan apa sahaja yang smartphone mampu lakukan, kecuali tanpa fungsi kamera.
Walaubagaimanapun, PaperPhone ni masih di peringkat awal percubaan. Dr Vertegaal mempamerkan rekaan/protaipnya pada hari Selasa (3 Mei, 2011) lepas semasa sidang Association of Computing Machinery’s Computer Human Interaction 2011 conference di Vancouver, Kanada.

PaperPhone mungkin menjadi telefon bimbit pilihan di masa hadapan. Cuma cara pengendaliannya berbeza sedikit kerana ia tidak di ‘tekan’ atau sentuh tetapi perlu di bengkokkan pada tepian telefon berkenaan. Telefon ini dijangkakan akan mengatasi telefon bimbit sedia ada dalam masa lima ke sepuluh tahun akan datang.

Antara kelebihan PaperPhone:

* Tanpa Bateri - tak perlu fikir nak charge handphone.
* Boleh dilentur dan digulung.
* Diperbuat daripada plastik yang ringan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More