Masjid Babri: Mahkamah gantung keputusan

NEW DELHI, 9 Mei – Mahkamah Agung India hari ini menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang membahagikan tapak yang menjadi pertikaian antara kaum Hindu dan Muslim hampir dua dekad lalu, sekali gus menyebabkan kemelut itu menuju situasi ketidak- pastian. Dalam keputusan- nya hari ini, panel dua hakim mempersoalkan alasan-alasan dikemuka- kan hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya, yang membahagikan tapak Masjid Babri, yang dimusnahkan penunjuk perasaan pada 1992 kepada tiga bahagian iaitu masing-masing bagi orang Hindu, Muslim dan pemegang amanah tempatan kalangan Hindu.
Tindakan memusnahkan masjid abad ke-16 itu, yang terletak di bandar utara Ayodhya mencetuskan rusuhan yang mengakibatkan 2,000 orang mati.

Lebih 200,000 anggota polis dikerah ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan September lalu bagi mengelakkan keganasan perkauman.

“Keputusan itu sesuatu yang janggal dan mengejutkan. Tiada siapa yang berdoa untuk membahagikan kawasan itu. Mahkamah Tinggi Allahabad telah memberikkan satu rasa lega baru yang tidak dituntut oleh sesiapa,” kata Aftab Alam, hakim yang mengetuai panel.

Oleh itu, kedua-dua hakim mengarahkan agar “status quo” dikekalkan di tapak itu dan melarang mana-mana kumpulan daripada memulakan aktiviti pembinaan. Arahan itu muncul pada hari pertama Mahkamah Agung mula mendengar
petisyen mencabar keputusan membahagikan tapak itu kepada tiga. Akhir September lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan sebuah tapak suci yang mencetus rusuhan berdarah di seluruh India pada 1992 perlu dibahagi-bahagikan antara komuniti Islam dan Hindu.

Ketika itu, penduduk Islam menganggap satu kawasan di Ayodhya sebagai tapak bagi Masjid Babri yang dibina pada abad ke-16 yang kemudian dirobohkan puak radikal Hindu manakala penganut Hindu pula menegaskan ia merupakan tempat lahir bagi dewa mereka, Rama. Mahkamah Tinggi Allahabad memutuskan kawasan seluas 25.6 hektar itu perlu dibahagi-bahagikan dengan komuniti Islam mendapat satu pertiga kawasan tersebut sementara selebihnya dibahagikan antara dua kumpulan Hindu, kata peguam Ravi Shankar Prasad.
Penganut Hindu akan kekal memiliki kawasan di mana kuil kecil Rama dibina.

“Majoriti memutuskan lokasi kuil itu adalah tempat kelahiran Rama dan ia tidak boleh dipindahkan,” katanya.

Mahkamah juga membuat keputusan bahawa status tapak itu perlu diteruskan selama tiga bulan untuk membenarkan ia diukur dan dibahagikan secara aman.

Konflik mengenai hak ke atas kawasan di Ayodhya itu, 550 kilometer di timur New Delhi, mencetus keganasan antara penganut Hindu dan Islam yang meragut beribu-ribu nyawa serta mencabar demokrasi sekular dan kepelbagaian budaya di India.

Masjid Babri yang dibina pada 1528 oleh seorang maharaja Mogul, Babur sebelum dimusnahkan pelampau Hindu pada 1992.

Masjid Babri sebelum dimusnahkan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More