Warga Amerika raikan kematian Osama Laden

Orang ramai membanjiri Ground Zero dan Times Square sambil menangis, menyanyi dan bersorak kegembiraan meraikan berita kematian Osama bin Laden. Datuk Bandar, Michael Bloomberg menyifatkan berita kematian ketua pengganas berkenaan sebagai kemenangan kritikal yang penting bagi Amerika Syarikat.
Ia juga memberikan perasaan lega dan puas hati kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi 11 September 2001 yang memberi kesan amat mendalam. Trak-trak yang lalu di lebuhraya turut membunyikan hon disambut dengan sorakan oleh warga New York.
“Tidakkah ini sesuatu yang hebat? Saya sangat gembira,” Jimmy Boyle, ayah kepada seorang anggota bomba yang terkorban pada serangan 11 September memberitahu New York Daily.
Namun dalam kegembiraan warga New York tidak semua meraikan berita kematian Osama dengan perasaan gembira dan puas hati. Ini kerana ada yang menyedari hakikat bahawa kematian Osama tidak akan mengembalikan orang tersayang yang sudah meninggalkan mereka ekoran serangan 11 September hampir sedekad lalu.
Abang kepada seorang lagi anggota bomba yang terkorban pada 11 September 2001 berkata, “Saya tidak tahu perasaan saya. Saya tidak berasa gembira dengan kematiannya atau apa juga yang berlaku melainkan saya sendiri yang membunuh Osama. Dengan cara itu baru saya puas hati.”
Dalam satu pengumuman dramatik lewat malam di East Room, Rumah Putih, Obama menegaskan bahawa “keadilan telah dilaksanakan.”

Obama mendedahkan Amerika telah berjaya membunuh Osama bin Laden dan mengebomnya hingga mati di Pakistan.

Di tengah malam kegelapan, orang ramai berkumpul, berteriak dan bersorak, mengibar bendera Amerika Syarikat, di luar pintu Rumah Putih.

Tentera laut Amreika di Afghanistan melihat pengumuman menakjubkan Presiden Obama di kaca televisyen.

Di balik bayang tapak World Trade Center, ramai meraikan peristiwa pembunuhan Osama sebagai tindak balas terhadap kejadian Sept. 11, 2001.

Di Times Square, suasana di seluruh jalan penuh kegembiraan apabila berita tentang kematian Osama bin Laden meletus.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More