Assalamualaikum. Ilusi optik sentiasa mempesonakan kerana ianya menimbulkan pelbagai persoalan. Ilusi optik berikut hanya mendedahkan kelemahan otak anda dalam menafsir imej yang dilihat mata. Walaupun pelbagai penelitian dan kajian dibuat, otak manusia masih memiliki banyak misteri yang belum terungkai. Walaupun kita mungkin tepedaya untuk percaya bahawa apa yang kita lihat adalah sama dengan apa yang minda kita fikir/rasakan, namun beberapa contoh ilusi optik berikut mampu membuat kita berfikiran sebaliknya. Sebelum melihat gambar-gambar di bawah, anda harus merehatkan mata sebentar. Juga anda mestilah melihat gambar tersebut untuk tempoh yang lama, barulah anda menyedari ianya hanyalah ilusi..