Calon pengganti Osama ketuai al-Qaeda

Setelah Osama bin Laden dibunuh, nama Ayman Al Zawahiri dan empat pemimpin kanan al-Qaeda muncul sebagai penggantinya. Namun khabarnya, organisasi ini tidak mempunyai pengganti, setidaknya sulit untuk mencari pengganti Osama. Ada kemungkinan al-Qaeda tidak akan mencari pengganti Osama bin Laden. Namun jika mereka mencari, benarkah Ayman Al Zawahiri satu-satunya?

Organisasi yang memantau aktiviti jihad online, SITE menyatakan, belum ada kepastian apakah Al Qaeda akan menunjuk pengganti Osama.

Sebagai orang kedua al-Qaeda, nama Zawahiri terus disebut-sebut sebagai pengganti Osama. Doktor kelahiran Mesir ini dipercayai juga sedang bersembunyi di Pakistan. Namun kerana Zawahiri tidak memiliki pesona yang sama seperti Osama, perisikan AS menduga beberapa anggota Al Qaeda sendiri tak menganggapnya berada di pucuk pimpinan.

"Ada petunjuk kuat ia tak popular di kalangan anggota. Jadi, persoalan besar mengenai siapa pengganti Osama," ujar seorang ejen perisikan AS yang tak mahu namanya disebut.

Salah satu calon kuat selain Zawahiri adalah Abu Yahya Al Libi, komandan Al Qaeda di Afghanistan. Beliau melarikan diri dari penjara Pangkalan Udara Bagram milik AS di negara tersebut pada 2005. Beliau adalah pemimpin kanan yang terkemuka di dalam al-Qaeda, dan juga anggota Kumpulan Pejuang Islam Libya. Pernah dilaporkan oleh sumber Pakistan pada 11 Disember 2009 yang Abu Yahya terbunuh dalam serangan Drone AS di Pakistan. Namun, kemudian laporan mengenalpasti orang mati sebagai Saleh al-Somalia.

Calon ketiga Saif Al Adel, warga Mesir yang terlibat dalam pengeboman Kedutaan AS di Tanzania dan Kenya pada 1998. Namun beliau dekat dengan Zawahiri dan pengetahuannya dinilai kurang luas. Beliau di percayai sebagai salah seorang angota Majlis Syura al-Qaeda dan juga ahli jawatankuasa sayap tentera al-Qaeda. Saif adalah pemimpin kanan al-Qaeda dengan hubungan jangka panjang dengan Osama. Beliau juga berperanan memastikan keselamatan Osama. Saif tersenarai sebagai 'pengganas paling dikehendaki' dalam senarai FBI.

Calon keempat adalah Mullah Mohammad Omar, warga AS yang lahir dengan nama Adam Gadahn. Pemimpin Taliban di Afghanistan yang dikenal sebagai Azzam Al Amriki ini tak punya kesempatan kerana kurang dikenal. Beliau memeluk Islam pada tahun 1995 ketika berumur 17 tahun. Peranannya dalam al-Qaeda lebih kepada penterjemah dan pembikin video, untuk tujuan menyampaikan mesej kepada pengikut al-Qaeda.

Nama lain yang disebut adalah Anwar Al Awlaki yang juga kelahiran AS. Beliau bermarkas di Yaman dan dianggap sebagai salah seorang ulama radikal. Namun, pengalaman operasinya tak banyak. Presiden Barack Obama memberi izin kepada agen CIA untuk menangkap atau membunuh Anwar. Lelaki ini mempunyai blog rasmi, akaun Facebook dan banyak video di YouTube, menyebabkan beliau digambarkan sebagai "Osama versi Internet.".




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More