Membuang air kecil atau kencing adalah satu keperluan bagi setiap manusia. Kencing merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan Allah SWT yang patut kita syukuri. Bayangkan kalau kita menahan kencing? Pasti rasa kurang menyenangkan. Bila dilepaskan, fuh! satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.. hehe..
Tidak dibenarkan kencing sambil berdiri kerana dikhuatiri percikan air kencing terkena pada pakaian sehingga tidak sah solat |
Cara kencing yang betul ialah mengikut cara Sunnah Nabi SAW. Semasa kencing, kita perlu mengikut adab yang telah digariskan dalam Islam kerana kebanyakan manusia mendapat azab kubur hanya akibat kencingnya tidak sempurna (percikan air kencing kena pada pakaian). Sebagaimana sabda Rasullullah SAW :
“Sucikanlah dirimu dari air kencing, kerana sesungguhnya sebahagian besar seksa kubur itu disebabkan olehnya”. (Hadits Riwayat Ad-Daruquthni)
Cara kencing yang betul ialah
- mencangkung sambil menutup kepala. Syaitan akan kencing di atas kepala yang tidak ditutup.
- Punggung pula duduk di atas kaki kanan. Tarik seluar atau kain hingga ke paras bawah lutut.
- Tangan kiri anda menekan sedikit di perut. Tangan kanan diguna untuk tutup kepala. Sila rujuk gambar.
Cara kencing yang betul. Bukan berak ya.. |
Jamban yang berbentuk bowl (mangkuk tandas) TIDAK digalakkan pasang di rumah kerana ianya amat sukar digunakan jika mencangkung. Pernah terjadi kes mangkuk tandas pecah selepas seorang perempuan duduk di atasnya ketika hendak membuang air sehingga menyebabkan kecederaan yang serius.
Selepas air kencing berjaya dibuang, picit-picit sikit kemaluan tu sambil goyang-goyang sikit badan sambil berdehem tiga kali supaya sisa-sisa air kencing dapat dikeluarkan sepenuhnya. Barulah masalah kencing tak tos dapat diatasi.
Selepas itu, basuh kemaluan dengan air mutlak yang mengalir. Kemudian, keringkan dengan tisu. Akhir sekali sila flush dengan senang hati tanpa rasa bersalah :)
Ada apa nak tambah tak? sila beritahu di ruangan komen. Terima kasih