


Isnin, Februari 21, 2011
724422 @ matyo



Khamis, Februari 17, 2011
724422 @ matyo
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku bukanlah penyanjung Raja, tapi mempunyai Raja yang betul - betul berjiwa rakyat membuatkan aku bangga menjadi rakyat Kelantan. Ciri peribadi murni Sultan Kelantan yang baru, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang begitu prihatin terhadap rakyat dan mempunyai ilmu agama tinggi adalah selari dengan kehendak masyarakat Kelantan. Baginda berpakaian macam rakyat biasa.. sehingga tak dapat dikenali bahawa baginda ialah Sultan Mohamad Ke V. Bukan itu sahaja, baginda juga seora
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)
raja dicerca kerna tamakkan harta,
jiwa tertarik pada raja,
raja dicinta bukan kerna kuasa

Selasa, Februari 15, 2011
724422 @ matyo
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada mulanya saya tak berminat untuk buat entri hari kasih sayang, tapi atas desakan keadaan semasa maka menjadi tanggungjawab untuk saya berkongsi fakta. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan disokong oleh semua Majlis Fatwa Negeri: “menyambut, menyertai dan merayakan Valentine Day hukumnya adalah HARAM untuk umat Islam"
Jadi biarkanlah sambutan Valentine Day ini disambut oleh mereka yang beragama Kristian dan kita yang beragama Islam tidak perlu terikut-ikut dengan budaya yang jelas bukan budaya Islam.
Ini serba sedikit sejarah tentang sambutan Valentine Day. Sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi, jelas ia dapat dikaitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M).St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I (496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk
Dewa Lupercius dengan mempersembahkan korban binatang). Apabila fakta ini sudah dibentangkan maka remaja Islam khususnya boleh membaca dan memahami mengapa Islam melarang sambutan Hari Kekasih. Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:
Beliau berkata,``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''
perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Kisah yang mana ramai remaja-remaja kita kena tangkap khalwat pada malam Valentine sudah menjadi pekara biasa. Ini semua punca kepada masalah yg lebih besar... MASALAH PEMBUANGAN BAYI.. mereka sanggup bunuh bayi-bayi (anak mereka sendiri) yang tidak berdosa. Bagi umat Islam setiap hari adalah hari kasih sayang terutama kepada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W, ibubapa, suami/isteri,
keluarga dan semua umat manusia juga haiwan dan tumbuhan. Semoga teman-teman blogger dapat copy paste dan tambah dengan fakta yang lebih baik dan publishkan di blog anda supaya semua muda-mudi Islam yang menyambut Valentine Day tersedar dari keasyikan dunia percintaan. Diharapkan juga semua sudi retweet di Twitter dan share di FaceBook seberapa banyak yang boleh. Insyallah usaha anda akan mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah S.W.T. Jika saya ditanya pada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT adakah saya telah mengajak umat Islam meninggalkan amalan Kristian, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Isnin, Februari 14, 2011
724422 @ matyo
Di jantung gurun Karakum Turkmenistan, Kawah Gas Darvaza atau Pintu Neraka mengeluarkan cahaya yang dapat dilihat dari berbatu jauhnya pada malam gelap. Kawah besar yang merupakan hasil dari kemalangan carigali gas Soviet yang berlaku pada tahun 1971.Kawah besar itu terjadi ketika sebuah rig pengerudian gas jatuh ke dalam sebuah gua bawah tanah yang menghasilkan kawah yang berukuran sekitar 60 meter dengan diameter 20 meter. Kawah besar itu dibakar tak lama selepas ditemui dan telah terbakar sejak itu. Bau belerang dan api dapat dikesan dari kejauhan dan menjadi cukup kuat apabila anda dekat tepi kawah panas.




Isnin, Februari 14, 2011
724422 @ matyo
Perang Dah Tamat dari Malique featuring Rabbani. bersama sedikit sample dari ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamed di permulaan dan pengakhiran lagu. Secara peribadinya aku melihat Malique sebagai rapper tempatan yang amat bijak menulis, baik dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu, puisi dan lirik yang dihasilkannya sentiasa mengagumkan. di Malaysia, hanya ada dua orang sahaja rapper yang bijak menulis dalam Bahasa Melayu iaitu Malique dan Altimet. Malique berada dalam kelasnya sendiridan Altimet kurang menyerlah dalam lagu-lagu berbahasa Inggeris. namun apabila Altimet mula berkarya dalam Bahasa Melayu, nah dia menulis dengan baik sekali. hingga lagunya seringkali diputar di radio. Daly AhlifiQir juga bijak menulis, namun kemahiran rap beliau tidak sehebat raper-rapper lain. lagipun AhlifiQir dari Singapura. aku ambil contoh lagu Angguk-Angguk Geleng-Geleng dari AhlifiQir yang merupakan lagu yang amat tajam sindirannya terhadap masyarakat melayu Singapura (jika ada antara kamu yang tidak faham akan maksud tersembunyi di dalam lagu tersebut)




Isnin, Februari 14, 2011
724422 @ matyo




















Blog ini didedikasikan untuk berkongsi cerita yang menarik tentang agama, masyarakat, politik, pelancongan, hiburan dan apa saja.
Link anda akan diletakkan di sini jika anda sudah melakukan 3 pekara ini | Follow KongsiCerita | Like KongsiCerita | Link KongsiCerita
tukar link | kazen blog | SolihinZubir.com | LINK ANDA | LINK ANDA | LINK ANDA | LINK ANDA | LINK ANDA | LINK ANDA | LINK ANDA