
Tidak pernah menyesali atau kecewa berpanjangan terhadap masa lalunya; masa lalu selalu diingati dengan istighfar dan syukur. Permohonan ampun didasari atas kelemahan manusia diiringi dengan keyakinan bahawa Tuhan Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang; rasa syukur yang dilandasi atas kesedaran kuat bahawa betapapun beratnya cubaan dan kesulitan, nikmat Tuhan selalu lebih banyak dibanding itu semua.
Apa jua ujian yang dihadapi nanti perlulah bersikap dengan semangat pantang menyerah kerana keyakinan bahawa terhadap setiap sebuah kesulitan selalu tersedia sekurang-kurangnya dua buah kemudahan. Cukuplah kesabaran dan ketekunan dalam usaha yang disertai dengan doa dari kerendahan hati seorang hamba sebagai bekal, yang dalam bahasa Al-Quran disebut, “jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu”.
Kebahagiaan yang dimiliki hari ini adalah ketidakpastian bagaimana di masa depan. Maka selalu berfikir dengan baik, mengamalkan syukur dan tawakal. Apabila kita bersyukur dengan kebahagiaan yang kita miliki, nescaya Allah akan menambahkan kebahagiaan pada kehidupan kita malah akan ditambah lagi nikmat kebahagiaan di masa hadapan. Jadikanlah kebahagiaan sebagai matlamat abadi anakanda berdua dalam membangun kehidupan keluarga.
Ini penting untuk selalu diingat kerana anakanda mempunyai perangai, pemikiran, citarasa sendiri-sendiri yang unik, lengkap dengan kelebihan dan kelemahannya masing-masing, sedangkan melalui pernikahan, perbezaan ini hendak dipersatukan dalam sebuah rumahtangga demi kebahagiaan. Justeru sikap faham memahami, bertolak ansur dan keterbukaan di atas kelemahan dan saling memaafkan antara dua pihak amat penting. Ia adalah resepi abadi dan kuat dalam membangun rumahtangga bahagia. Lebih dari itu, kemaafan adalah jalan menuju taqwa, [wa ‘anta’fu aqrobu littaqwa - dan kemaafan itu lebih dekat kepada taqwa].
Teladan mulia bagi isteri tentunya adalah Ibunda Sayyidatina Khadijah, yang selalu memberikan keteduhan, kelembutan dan juga dorongan yang tiada henti kepada suami untuk tetap istiqamah, sehingga betapapun beratnya tentangan dalam rangka menuju matlamat abadi itu selalu dapat diatasi dengan baik dan penuh tanggung jawab. Ingatlah selalu oleh kalian berdua bahwa salah satu fungsi pasangan suami isteri menurut Al-Qur’an (al-Baqarah:187) adalah seperti pakaian [mereka adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka].
5) Tingkatkanlah bakti kalian kepada ayah-bonda, yang telah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menghantar kalian hingga ke jinjang untuk memulai hidup baru, membangun rumah tangga sendiri. Perlu anakanda ingat bahawa cinta dan kasih sayang mereka kepada anakanda tidak akan pernah pudar walau kini kamu telah membangun rumah tangga sendiri.
Why Is My TNB Bill So High? (And How I Cut It From RM 1,000 to RM 237)
Sebulan yang lalu
Sabtu, Mei 21, 2011
724422 @ matyo




