the only PTC you will evr need

MP Pakatan pakai baju BERSIH 2.0 di Parlimen

SEDANG pihak Polis sibuk memburu dan menangkap mana-mana individu yang dilihat memakai baju kuning bertulis BERSIH 2.0, Parlimen Malaysia hari ini digemparkan dengan kempen BERSIH 2.0 yang dijalankan secara besar-besaran oleh ahli-ahli parlimen yang menyokong perhimpunan tersebut di dewan rakyat hari ini. Ahli-ahli parlimen mengenakan tali leher berwarna kuning yang bertulis logo BERSIH 2.0 sebagai menunjukkan tanda sokongan terhadap pehimpunan aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu negara. Dewan Rakyat menyaksikan ahli-ahli parlimen ini berbahas dengan kilauan tali leher berwarna kuning. Tambah...

Kenapa kita kena bantah kilang Lynas

Pernah dengar bahan yang dipanggil “rare earth” atau dalam bahasa melayunya dipanggil nadir bumi? Rare Earth kalau mengikut kamus Google bermaksud “Any of a group of chemically similar metallic elements comprising the lanthanide series and (usually) scandium and yttrium. They are not esp. rare, but they tend to occur together in nature and are difficult to separate from one another“. Sekarang ini, satu isu mengenai Alam Sekitar dan Kesihatan awam muncul di salah sebuah daerah di Pahang apabila kilang pemprosesan rare earth akan beroperasi tidak lama lagi. Tempat yang dimaksudkan ialah di Gebeng, Pahang. Untuk pengentahuan semua, rare earth digunakan...

BERSIH 2.0 memulakan kempen internet

Rabu ini, 29 Jun dari 2pm-6pm adalah hari aktivisme internet untuk Bersih. Matlamat kami adalah untuk melancarkan gelombang sokongan untuk Bersih di seluruh internet, demi menzahirkan sistem pilihanraya yang bebas dan adil serta mencerahkan masa depan semua rakyat Malaysia. Kami meminta semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang dan tanpa mengira fahaman politik supaya turut sertai kami dalam usaha bersama menjamin hak rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan kita secara bersih dan demokratik. Kami berhasrat mengguna kaedah-kaedah demokratik di internet untuk menunjukkan secara objektif berapa ramainya rakyat Malaysia yang bersatu untuk...

Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno-BN

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih, yang dilaporkan mencecah lebih 100 orang setakat ini, adalah prakejatuhan Umno-BN. “Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan. “Saya mengira kerajaan masih belum belajar daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui akaun Twitter hari ini. Menteri Besar Kelantan itu dipetik Harakah Daily menegaskan, tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat. “Tangkapan-tangkapan ini hanyalah prakejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya. Beliau sebelum ini menyokong Himpunan Bersih...

Seniman PAKSI dakwa polis hina Pak Samad

Sekumpulan seniman dan budayawan mendakwa tindakan polis menyiasat Datuk A Samad Said ekoran sokongan terbukanya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai ini adalah satu penghinaan terhadap sasterawan negara itu.Menamakan diri mereka sebagai Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), mereka menyifatkan tindakan polis menyiasat A Samad atas akta hasutan dan akta polis sebagai tidak wajar dan menimbulkan curiga terhadap "manusia sebaik A Samad"."Maka PAKSI berharap kepada pihak yang berkuasa agar tidak menggunakan kuasa yang ada secara sewenang-wenangnya dalam apa pun keadaan," kata presidennya Che Shamsuddin Othman.Beliau yang lebih dikenali sebagai Dinsman malah meminta...

Wordless Wednesday #2

INI MEMANG GAMBAR BETUL. Photobucket Bandwitdh Exceeded. SEBAB AKU TAK PUAS HATI DENGAN Photobucket... Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya. Bagaimana menyertai WordlessWednesday?Tidak susah menyertai #WW. Tidak memerlukan entri yang khas. Tidak perlu menaip entri panjang2. Dingatkan WW ini bukan satu SEGMEN. #WW ini tidak memaksa para blogger utk membuat entri. #WW juga bukanlah satu CONTEST.Setiap blogger hanya perlu :Membuat tajuk ” #(no bilangan entri ww anda) Wordless...

A.Samad Said: Puisi sudah jadi 'senjata'

Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa Sasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata. Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni." "Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana...

Update Facebook dengan Facebook Desktop

Chris Bihis, seorang jurutera di Adobe, telah membina satu utiliti ringkas berasaskan Adobe AIR, yang membolehkan anda terus berhubung dengan rakan-rakan anda di Facebook tanpa anda perlu membuka browser. Perisian yang digelar Facebook Desktop ini berfungsi sepertimana IM [YM, Google Talk, Skype] yang akan terus menghantar update kepada anda tanpa perlu anda menekan “refresh” berkali-kali. Interface di bahagian kanan, bawah skrin Update status anda di Facebook dengan mudah Notifikasi muncul sekiranya ada update terbaruFacebook Desktop boleh dimuat turun di laman FacebookDesktop.com Secara peribadi, saya rasa perisian ini sangat...

Beratnya ujian dengan kekayaan

Putera al Walid bin Talal bin Abdul Aziz al Saud, antara individu paling kaya di dunia. "APAKAH kerana malaikat tidak mampu dirasuah, maka syurga lebih banyak diisi oleh orang yang ketika di dunia hidupnya miskin daripada yang kaya?" tanya seorang murid Abu Qubaisy kepada Tuan Guru yang mereka segani ketika beliau baru selesai menyampaikan kata pembuka kuliah paginya. Dalam kata pengantar yang diminati semua muridnya, Tuan Guru itu berbicara banyak tentang pendidikan moral. Namun demikian Tuan Guru yang arif itu tetap saja memberikan penghargaan yang tinggi terhadap pertanyaan yang tidak kait mengait dengan topik yang dibicarakan dalam kata...

Sedikit sombong besar risikonya

"BERSEDIAKAH Tuan jelaskan kepada kami berapa besarkah risiko yang harus ditanggung oleh kesombongan?" pinta seorang murid kepada Abu Qubaisy dengan penuh minat. Ketika membuka majlis ilmunya petang itu, Tuan Guru yang luas ilmunya dan disegani para muridnya tersebut memang berbicara panjang tentang sifat sombong dan keburukan yang dikandungnya. Dengan sungguh-sungguh beliau berpesan agar para muridnya mengikis habis kesombongan dari dalam hati mereka masing-masing. "Di dalam kitab 'Nahjul Balaghah,' Sayyidina Ali Ibn Abi Thalib menyatakan bahawa iblis adalah hamba Allah yang sangat bersungguh-sungguh dalam beribadat. Dia menyembah Allah swt...

Nik Aziz sokong himpunan aman Bersih 2.0

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan himpunan aman Bersih 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus. Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh. “Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah...

Utusan dibakar di seluruh negara

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di pelbagai tempat bagi membantah penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia yang didakwa menghina Islam.Dalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu turut menyaksikan akhbar milik Umno itu dibakar selepas solat Jumaat hari ini.Di Kuala Lumpur, diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru.Menurut ketua penerangannya Herman Samsudin, menariknya, terdapat peserta yang tidak membakar keseluruhan akhbar itu tetapi halaman kartunnya saja yang menjadi mangsa."Dalam demonstrasi tadi, Ahmad Sabki ada menyebut bahawa...

[VIDEO] Replika saiz sebenar Bahtera Nabi Nuh

Satu jam dari Amsterdam, tempat bernama Dordrecht, Belanda, sebuah kapal sedang dalam pembinaan. Tetapi ini bukan kapal layar yang biasa anda lihat. Johan Huibers sedang membina replika saiz sebenar Bahtera Nabi Nuh. Ya Bahtera Nabi Nuh! Dan Johan, seorang tukang mahir, tidak mengambil remeh pada setiap butiran bahtera, yang dia telah bina bagi tempoh tiga tahun lalu. Bahtera tersebut dibina mengikut spesifikasi Kitab Injil. Setelah siap, bahtera itu adalah setinggi bangunan 4 tingkat dan sepanjang padang bola sepak. Dan ya, ia mampu belayar.Hasilnya adalah sebuah kapal yang sangat mengagumkan, terutama memandangkan ia dibina oleh seorang...

Hina Islam: Pemuda PAS demo seluruh negara

Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah penyiaran penyiaran kartun yang dianggap menghina Islam oleh akhbar Utusan Malaysia..Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, tindakan berkenaan diambil setelah akhbar tersebut gagal membuat permohonan maaf yang dituntut mereka genap seminggu lalu..Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Malaysiakini semalam, Nasrudin juga berkata, pihaknya mengisytiharkan pemboikotan akhbar Umno itu secara menyeluruh "atas keangkuhan mereka enggan mohon maaf."Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More