Kenapa kita perlu bantah kilang “rare earth” di Gebeng, Pahang


Pernah dengar bahan yang dipanggil “rare earth” atau dalam bahasa melayunya dipanggil nadir bumi? Rare Earth kalau mengikut kamus Google bermaksud “Any of a group of chemically similar metallic elements comprising the lanthanide series and (usually) scandium and yttrium. They are not esp. rare, but they tend to occur together in nature and are difficult to separate from one another“. Sekarang ini, satu isu mengenai Alam Sekitar dan Kesihatan awam muncul di salah sebuah daerah di Pahang apabila kilang pemprosesan rare earth akan beroperasi tidak lama lagi. Tempat yang dimaksudkan ialah di Gebeng, Pahang.

Untuk pengetahuan semua, rare earth digunakan untuk membuat iphone, bom dan badan [body] kereta dan pelbagai lagi. Dan ia juga dikatakan boleh memberi pulangan lumayan kepada negara apabila beroperasi kelak. Sebagai contoh, negara China merupakan pengeluar rare earth di dunia dan dikatakan mengaut untung berbillion dollar hasil dari pemprosesan bahan ini. Walaupun dikatakan mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda, isu yang paling ditakuti ialah isu kesihatan dan alam sekitar kerana bahan ini dikatakan beradioaktif dan boleh memberi kesan kepada penduduk dan hidupan yang berada berdekatan dengan kawasan pemprosesan bahan ini.

Contoh yang paling dekat kita boleh lihat ialah isu pembinaan kilang ini di Bukit Merah, Perak pada tahun 80an. Pelbagai pihak membantah pembinaan kilang ini pada masa itu kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk sekitar seperti kanser, leukemia, cacat, malah ada yang meninggal dunia. Kini, setelah 20 tahun berlalu, masalah bahan merbahaya ini kembali lagi apabila Syarikat Australia, Lynas dikatakan akan beroperasi di Gebeng, Pahang tidak lama lagi. Isu ini telah mendapat perhatian serius dari seorang Pakar Kesihatan Awam dan beliau mengulas tentang akibat dan kesan buruk pembinaan kilang rare earth di Gebeng, Pahang.

Kongsi Cerita tentang Himpunan Hijau 1.0 (2011)

Bantahan Penduduk Terhadap Pembinaan Kilang Memproses Radioaktif Rare Earth Di Gebeng Kian Memuncak Selepas Kenyataan Panas MB Pahang !

Nadir Bumi Bukit Merah: Kampung Radioaktif Alami Kesan Buruk Kepada Generasi Hari Ini!!

Jepun Nak Musnahkan Reaktor Fukushima, Malaysia Nak Bangunkan Loji Gebeng

jika aku mati esok

Jika aku mati esok, apa yang akan kulakukan pada hari terakhirku? Aku tahu aku akan bangun pada awal pagi untuk tunaikan solat subuh terakhir. Kemudian mungkin pergi bersarapan seperti yang biasa kulakukan. Lalu aku akan kembali ke tempat tidurku, mengemas sedikit. Kamu tahu bilikku bersepah. Dapatkan telefon dan hello semua orang. Sudah hampir tengah hari, mesti makan dengan keluarga. Kemudian menghabiskan hari terakhir... aku tak tahu... cuba melakukan berjuta hal lain. Berharap moga waktu akan perlahan.

Jika aku mati esok, berapa orang yang akan bersedih? Berapa orang yang akan menangis untukku? Berapa orang yang ingin aku kembali? Berapa orang yang akan merasa kehilangan? Jika aku mati esok, apakah temanku akan ziarah kuburku? Apakah saudaraku akan datang menemuiku? Apakah guru, rakan sekerja akan terluka?. Jika aku mati esok, apakah aku akan dirindukan? Apakah mereka akan selalu mengingatiku? Apakah kematianku membuat ramai orang bersedih? Apakah ada bedanya jika aku masih hidup?
Jika aku mati esok, kamu tahu semuanya ok. Hanya senyum padaku, KENANG KEMBALI SAAT INDAH. Jika aku mati esok, tolong sesiapa pun jangan menangis. Jauhkan kesedihan, kerana aku tak pernah jadi lelaki terbaik, adik terbaik, abang terbaik, terbaik buat arwah Ayoh dan anak tengah Abah... Jika aku mati esok, adakah aku akan diampuni oleh semua orang yang telah aku khianati tika aku masih hidup? Mereka yang aku sakiti hatinya, mengambil kesempatan darinya dan bahkan dibohongi. Peluk aku buat kali terakhir untuk pengampunan... ya aku amat ingin... Jika aku mati esok, adakah kamu akan merasa kehilangan? Esok adakah kamu akan mendail nombor aku secara tak sengaja, lalu tiba-tiba... terhenti? Dapatkan telefonku, mesej semua orang dari a sampai z. Ini bukan Matyo @ Matju... dia sudah kembali pada Penciptanya dan doakan dia bersemadi dengan aman.

Jika aku mati esok, matahari akan tetap bersinar... orang bersimpati hanya untuk sebentar... kemudian akan kembali seperti biasanya... Jika aku mati esok, aku tak pernah terfikir ianya akan membuat banyak perbezaan pada sesiapa pun.

Yang pastinya Ayoh telah meninggal dunia tika aku nyenyak dalam tidurku. Kehilanganmu mengajarku tak mengambil ringan keluargaku. Salah faham harus dirungkai segera. Kematianmu tak pernah dirancang. Kau sangat dirindui di sini Ayoh. Bersemadilah dalam damai. Aku juga akan pergi jua... cuma tak tahu bila. Jika aku mati esok, kamu tahu semuanya ok. Hanya senyum padaku, KENANG KEMBALI SAAT INDAH.


Biar putih tulang, jangan putih mata

Assalamualaikum. Sebelum pergi sembahyang Jumaat, saya nak kongsi lagu best. Lagu ni mengingatkan saya pada arwah datuk saya (Al fatihah untuk Sulaiman Bin Ismail yang kembali kepada Penciptanya tanggal 15 Dis 2011 / 19 Muharam 1433H pada umur 86 tahun). 

Berdiri bulu roma saya pada rangkap:

Patah pujangga biar putih tulang
Jangan putih mata dan kecewa
Biar pun hilang ke mana pun jua
Namun semangat ku tetap bersamamu


“Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang meninggal di jalan Allah bahwa ‘mereka itu telah mati,’ sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya” [2:154]



 
Langkah terhenti
Degup jantung berderai
Terus menanti seribu tahun lagi
Rela aku begini dalam suasana yg sepi
Walau tersembuyi di malam gelap gelita

Mendung hadiri bumbung telah kubina
Yakin diriku tahu engkau menjelma
Terbakar dalam hujan
Mustahil bagi diriku
Banjir dalam kemarau
Takdir yang akan memastikan

Hajat di hatiku ingin mencapai bintang
Biar beribu batu
Daya aku tak mampu

Patah pujangga biar putih tulang
Jangan putih mata dan kecewa
Biar pun hilang ke mana pun jua
Namun semangat ku tetap bersamamu


Di sebalik Sunnah makan menggunakan Tangan.

Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.

Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.

Repost: If I die tonight

Entry ni dibuat khas bagi mengenang Sulaiman Bin Ismail (datuk saya) yang kembali kepada Penciptanya tanggal 15 Disember 2011 bersamaan 19 Muharam 1433H. Al-Fatihah untuk AYOH

” Everyone shall taste DEATH…” [3:183]
Gerun. Saya takutkan kematian. Haruskah ada perasaan ini?
“Kematian itu seperti aku bebas dari penjara…” -Imam Syafi’e-
“Hai tuhanku! Aku telah tua. Tulangku telah lemah. Bawalah aku kepada Engkau” -Abi Najih al-’Irbad-
Mereka, orang-orang yang soleh begitu inginkan kematian kerana mereka sangat rindukan Allah dan ingin segera menemui-Nya.

“Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang meninggal di jalan Allah bahwa ‘mereka itu telah mati,’ sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya” [2:154]
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan…” [39:42]


Jika aku mati malam ini...
berapa orang yang akan bersedih?.
berapa orang yang akan menangis untukku?.
berapa orang yang ingin aku kembali?.
berapa orang yang akan merasa kehilangan?.
Jika aku mati malam ini...
apakah temanku akan ziarah kuburku?.
apakah saudaraku akan datang menemuiku?.
apakah guru, rakan sekerja akan terluka?.
apakah si dia akan menitiskan air mata?.
Jika aku mati malam ini...
apakah aku akan dirindukan?.
apakah mereka akan selalu mengingatiku?.
apakah itu membuat ramai orang bersedih?.
apakah ada bedanya jika aku masih hidup?.
Jika aku mati malam ini...
matahari akan tetap bersinar..
orang bersimpati hanya untuk sebentar..
kemudian akan kembali seperti biasanya..
Jika aku mati malam ini...
aku tidak pernah berfikir akan membuat
banyak perbezaan pada sesiapa pun
too phat - if i die tonight.mp3


Kaabah dan magnet

Gambar pertama adalah sebuah magnet dalam bentuk kiub dengan SERBUK BESI yang berselerak di SEKELILINGNYA. Medan magnet menyebabkan SERBUK BESI untuk mengatur diri mereka ke dalam corak itu.

GAMBAR KEDUA ADALAH KAABAH..

ALLAH SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA :-

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di alam semesta, dan dalam diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa ini (Al-Quran) adalah kebenaran. Adakah ia tidak mencukupi berkenaan kepada Tuhan kamu bahawa Dia adalah Saksi atas tiap-tiap sesuatu ? "- [41:53]

SUBHANALLAH !! ALLAHU AKBAR !!.. DENGAN TIAP KEJADIAN YANG PENUH RAHSIA ALLAH..

♥ Saya Sayang Sahabat Selamanya ♥

~~ I ♥ Allah ~~ 

SILA SEBARKAN

Perihal solat, dua tanah haram, doa dan harapan.

Berkaitan solat
Sebelum cuti bermula sebenarnya saya ada banyak target. Salah satunya nak mengkhatamkan kitab minyatul musolli karangan Syeikh Daud Al-Fatani.

Sebelum cuti bermula lagi saya sudah pun mengdownload dan mencetak kitab tersebut. Sudah bersiap sedia untuk menghabis serta mengkhatamkan kitab tersebut.

Namun perancangan Allah mendahului perancangan saya. Entah bagaimana saya tak mempunyai banyak kekuatan untuk menghabiskannya sepanjang cuti ni. Hanya beberapa helai sahaja yang sempat ditelaah.

Saya kongsikan sikit ilmu daripada kitab minyatul musalli disini mengikut olahan ayat dan fahaman saya sendiri.

Solat yang didirikan merangkumi 2 aspek iaitu secara luaran dan rohani.

Mendirikan solat menyembah Allah saya analogikan seperti seorang anak muda remaja yang sedang mencari calon isteri atau suaminya.

Mana mahu seorang anak muda jika pasangannya itu cacat dari segi fizikalnya sebagai contoh tempang, tidak cukup anggota badan dan sebagainya. Semua hendak yang sempurna jika diberi pilihan.

Tetapi yang lebih penting dari segi rohnya. Mahukah anda mengahwini pasangan yang telah pun ditarik rohnya a.k.a meninggal dunia? Apa pula ni? Boleh jadi satu penghinaan jika halnya seorang pak cik menawarkan anda untuk mengahwini anak gadisnya yang telah meninggal dunia. Silap haribulan kita boleh kata pak cik ni gila sebenarnya.

Sekarang cuba analogikan mencari pasangan dengan solat. Bagaimana? Solat sebenarnya kita mempersembahkan ibadah kita kepada Allah SWT. Semampu mungkin kita perlu memenuhi serta menyempurnakan kedua-dua aspek solat iaitu fizikal dan rohani.

Fizikalnya adalah rukun-rukun solat manakala rohaninya adalah kekhusyukan dan keadaan hati kita ketika bersolat.

Mahukan Allah menerima solat kita yang tidak sempurna rukunnya? Sudah tentu tidak sebagaimana tidak mahunya kita mendapat pasangan yang tidak sempurna fizikalnya seperti yang saya terangkan di atas.

Juga agak-agaknya mahukan Allah menerima serta mengganjari solat kita yang tidak khusyuk? Sama jawapannya dengan halnya seorang pak cik yang menawarkan anak gadisnya yang telah meninggal dunia untuk kita kahwini. Mungkin juga boleh jadi satu penghinaan kepada Allah kiranya kita mengerjakan solat dengan sambil lewa sahaja. MasyaAllah.

Semoga Allah memberi kepada kita kekuatan untuk khusyuk dan menjaga segala rukun-rukun solat ketika mendirikannya. Ameen.

Coretan perihal dua tanah haram
Alhamdulillah insyaAllah sekali lagi saya bakal dijemput oleh Allah untuk berkunjung ke sana. Jika dipanjang umur saya akan bertolak ke sana esok hari, 25 Jan 2012 dari Jordan. Dan ini adalah kunjungan saya kali yang ke tiga. Yang terakhir saya ke sana pada bulan Ramadhan yang lepas juga menyambut aidul fitri di sana pada waktu itu. Sungguh saya sangat berharap semoga dapat berkunjung lagi dan Alhamdulillah Allah bakal makbulkan doa saya. Setinggi kesyukuran dipanjatkan.

Berkaitan berkunjung ke tanah haram, ramai yang membawa hajat akan berubah dan bertaubat apabila kembalinya mereka ke tanah air sesudah mengerjakan umrah ataupun haji. Saya punyai pandangan dan pendapat yang lain tentang hal ini.

"Mekah, masjidil haram, kaabah bukan tong sampah untuk membuang dosa-dosa kita". Saya dengar kata-kata ini dari satu sesi kuliah tazkirah oleh seorang ustaz.

Ya, ramai yang berharap mereka akan bertaubat, insaf dan berubah menjadi baik sesudah mengerjakan haji atau umrah. Alhamdulillah niatnya yang baik itu suatu perkara yang terpuji.

Tetapi realitinya sekarang kita boleh lihat ramai sahaja haji-haji yang baru sahaja balik dari mekah tetapi masih belum mampu untuk melazimi solat 5 waktu di masjid. Lebih teruk mungkin ada saja yang terus tidak solat sepertimana keadaan mereka sebelum mengerjakan haji atau umrah.

Boleh jadi juga ketika berada di tanah suci itu sendiri kita boleh lagi meninggalkan solat walaupun masjidil haram hanya beberapa langkah dari bangunan hotel.

Kenapa boleh jadi begini? Ianya berkaitan dengan soal iman, soal hati dan soal kemahuan. Jika Memang hati kita beriman dan yakin serta mahu dan berazam untuk mentaati perintah Allah, walau dimana kita berada pasti kita akan melaksanakan perintah Allah serta menjauhi laranganNya. Sebaliknya jika kerasnya hati kita, lemahnya iman kita, walaupun laungan azan dari masjidil haram tidak mampu untuk menggerakkan badan untuk berwudhuk seterusnya melangkahkan kaki kita ke masjid.

Soal yang ingin saya tekankan adalah usaha kita ke arah itu. Tidak akan berlaku perubahan dan taubat sekiranya kita hanya menunggu sampainya kita ke tanah suci dengan berharap air mata taubat itu mengalir dengan sendirinya dan diri kita terus bertukar menjadi malaikat. Sebaliknya semua itu perlu kepada usaha yang berterusan. Kita bertuah andai ketika mengerjakan umrah dan berada di tanah suci itu Allah bukakan hati kita di atas segal usaha yang telah kita buat sebelum ini.

Juga taubat itu bukan perbuatan bertempat. Hanya boleh dilakukan bila berada di hadapan kaabah semata-mata. Sebetulnya setiap masa, setiap tempat kita sentiasa bertaubat dan memohon istighfar kepada Allah SWT.

Ya, soalnya usaha dan ikhtiar kita. Memang mujahadah dan istiqamah itu susah sebab nilainya mahal iaitu taqwa pada Allah SWT.

Perihal doa dan harapan
Biasalah Apabila kita akan berkunjung ke tanah haram maka ramailah sahabat-sahabat serta kenalan yang akan mengirimkan doa supaya dipohon serta diaminkan di sana. Keadaan ini tidak terkecuali ke atas saya bahkan saya sengaja memaklumkan pada sahabat-sahabat malah bertanya sekiranya ada sebarang doa untuk didoakan.

Cuma satu doa yang saya sangat terkesan apabila mendengarnya. Doa yang dipohon oleh seorang sahabat saya di Jordan. Suatu malam di menghampiri saya yang ketika itu sedang menyandar didinding masjid.

"aku ada doa nak engkau doakan untuk aku didepan kaabah nanti, boleh tak?"

"insyaAllah. Apa doanya?"

"doakan aku supaya Allah buangkan rasa besar makhluk dalam hati aku serta Allah gantikan rasa besar khaliq (Allah)".

"ameen. InsyaAllah" saya terfikir sejenak selepas mendengar harapan beliau. Allah~

saya sendiri pun banyak sahaja doa dan harapan yang diidamkan yang mana setiap masa saya memohon dan berdoa kepada Allah, tak kira berada di tanah haram sekali pun ataupun tidak.

Saya sentiasa memohon supaya ditetapkan iman oleh Allah. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada saya untuk istiqamah menjauhi maksiat serta kesungguhan dan keghairahan beribadah kepadaNya.

Saya juga berharap supaya Allah memberi peluang untuk saya betul-betul masyi serta mengingati dan mengamalkan Al-Quran. Sungguh susah perkara ini.

Saya juga berimpian untuk menjadi seorang yang bermanfaat untuk agama ataupun sekurang-kurangnya tidak menjadi fitnah.

Saya juga berharap agar cemerlang dalam mengejar segala impian, cita-cita dan kerjaya saya.

Sebagai seorang anak saya sering mendoakan yang terbaik dan kebahagiaan kepada kedua ibubapa dan seluruh keluarga saya.

Juga sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan, saya juga mengimpikan pasangan hidup yang terbaik dan mampu melorongkan saya ke jalan menuju ketaqwaan kepada Allah SWT.

Harapan terbesar semoga sempat melihat kemenangan Islam serta seluruh muslimin dalam keadaan saya adalah salah seorang yang berjuang merealisasikannya.

Allah begitu banyak harapan dan doa kita sebenarnya kan? Kalau begitu mengapa masih begitu susah untuk kita patuh pada sedikit sahaja arahan Allah? Sungguh hambaMu ini terlalu banyak meminta tetapi sedikit pula amal ibadahnya. Allah~

copy & paste tanpa izin dari:

‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More