[GAMBAR] Singa makan buaya

Gambar begini memang jarang dapat diabadikan oleh kamera. Buaya yang ganas dan mempunyai kulit yang keras menjadi mangsa singa kerana cuba memakan anak singa. Adegan ini ditangkap oleh Tony Goldman semasa dia bersama keluarga dalam perjalanan ke Duba Plains, di Botswana. Semuanya berlangsung sekitar 15 minit dan berlaku di waktu pagi. Buaya menghampiri kawana singa itu kerana tertarik dengan bau bangkai sisa makanan singa.Tiga ekor singa itu mula berang apabila buaya tersebut mula menyerang anak singa. Tony yang juga seorang kardiologi menyaksikan adegan ini bersama dengan anaknya Darin Goldman di kawasan Taman Safari Afrika. Dan lawatan mereka ke Afrika sangat berbaloi kerana dapat menyaksikan 2 spesis pemangsa yang ganas ini berlawan.


sitemap / daftar isi KongsiCerita.com




[GAMBAR] Rumah usia 106 tahun di tengah laut

Rumah yang terletak di Rhode Island, USA ini memang ternyata luar biasa. Ianya bukan sahaja kerana usianya 106 tahun, tetapi juga kerana didirikan di tengah laut. Rumah ini dikatakan dibina pada tahun 1905 dan diberi nama sebagai Clingstone.

Rumah ini dibina oleh JS Lovering Wharton dengan nilai 36,000 dolar, iaitu sepupu jauh Henry Wood yang kini menjadi pemilik rumah tersebut.

Henry Wood bersama bekas isterinya membeli rumah tersebut pada tahun 1961 dengan nilai 3600 dolar AS. Kemudian dia menambahbaikkan rumah tersebut menjadi lebih baik.

Rumah tersebut memang ternyata amat besar kerana mempunyai 23 bilik, setiap tahun, pada hari raya tertentu, Wood dan keluarganya akan menjemput rakan-rakannya untuk bersuka ria di rumah tersebut.

Selalunya Rumah tersebut akan dilawati pada musim panas. Dan lebih kurang seminggu mereka akan menghabiskan masa di rumah tersebut. Pada musim sejuk, rumah tersebut akan sunyi sepi..

ketika kunjungan ke rumah tersebut, rakan-rakan wood akan tolong membantu wood untuk membersihkan rumah tersebut kerana rumah terlalu besar untuk dibersihkan oleh Wood dan keluarganya.

sitemap / senarai lengkap daftar isi KongsiCerita.com




Khalid Samad, Khairy antara sertai misi ke Gaza

Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan, yang antara lain disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam Khalid Samad yang bakal berlepas ke Gaza minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

Malaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa, kata Najib di sini malam semasa melancarkan Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia bagi menyertai International Freedom Flotilla II ke Gaza.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai “International Freedom Flotilla II”.

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau da Khalid, turut sertai ialah Pengerusi Aman Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, wartawan Astro Awani Nazri Kahar dan jurukameranya Wan Yusani Amir.

Najib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas “Freedom Flotilla” pada 31 Mei tahun lalu enam kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa.

Ketika tragedi itu, “Freedom Flotilla” anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan “Pertahankan Kemanusiaan” dan akan disertai 13 kapal antarabangsa — 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Najib juga berkata kerajaan akan bantu mengusahakan dana bagi menubuhkan sebuah pusat trauma untuk kanak-kanak di Gaza. Selain terus berusaha memastikan isu pembebasan Palestin dilakukan hingga satu penyelesaian dicapai, katanya.

Beliau berkata Malaysia juga akan mengetengahkan kepada dunia kesengsaraan rakyat Palestin.

“Kalau tidak buat apa-apa, dunia tidak akan teringat isu Palestin. Tetapi jika ada gambaran terhadap perjuangan ke atas Palestin, world opinion (pendapat dunia) sedikit demi sedikit akan berubah,” katanya.

Perdana Menteri berkata dunia juga tidak harus berputus harapan dalam perjuangan tersebut walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

“Kita jangan merasa yang kita telah kalah, kita akan menggunakan cara lain. Bukan menggunakan kekerasaan, tetapi menggunakan rasa kemanusiaan dunia untuk memperjuangkan nasib Palestin,” katanya.

Sementara itu, Noorazman berkata konvoi kali ini bukan sahaja akan melalui jalan laut tetapi juga darat.

Noorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental.

Beliau berkata, mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan.




Apesal.com: Kongsi Cerita Antara Blogger

Assalamualaikum. Entri ni sebagai tanda terima kasih kepada Apesal.com yang membantu meningkatkan traffic Kongsi Cerita. Dengan blog yang makin bertambah dari hari ke hari, kini Apesal.com muncul di mana ianya memudahkan perkongsian pautan kepada artikel-artikel menarik yang mana diperlihatkan secara rawak pada penghujung setiap artikel, sekaligus menjadikan pencarian artikel menarik harian lebih mudah dan senang. Menurut founder Apesal.com, lebih banyak klik yang kita beri maka lebih banyak la klik yang akan kita dapat. Macam mana boleh banyak bagi klik macam tu? Blogger mestilah meletakkan widget Apesal.com di tempat yang strategik



Apesal.com berfungsi sebagai salah satu tempat untuk berkongsi pautan, di mana setiap pemilik blog yang berdaftar akan mendapat satu widget khas, yang mana anda dikehendaki meletakkanya di blog anda, dan melalui ruangan widget tersebut, entri-entri rawak sama ada daripada blog anda sendiri, mahupun dari blog-blog lain yang berdaftar di Apesal.com akan diperlihatkan. Apesal.com, melalui konsep tersebut, para pengguna boleh mendapat peningkatkan trafik pembaca antara 30% hingga 40% setiap hari.



Para penulis blog yang berminat, boleh mendaftarkan diri dengan mudah pada laman Apesal.com, seterusnya memasang widget khas, dan mula berkongsi trafik bersama yang lain. Namun begitu, ianya mengambil masa sehingga 12 jam untuk blog anda disahkan oleh pentadbir di Apesal.com.

Untuk pengetahuan para pembaca, laman Apesal.com ini dibangunkan oleh pemilik disebalik laman E-Sempoi, iaitu Sharifah Munira.




Laman web kerajaan mula diserang

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Operation Malaysia yang dilancarkan oleh kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous bukan sahaja menggodam laman web rasmi kerajaan, tetapi juga melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya 50 laman web yang lain.

Senarai itu termasuklah lima laman web kerajaan, antaranya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, jabatan bomba dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Meskipun ugutan kelmarin mengatakan bahawa serangan ke atas laman web rasmi kerajaan akan dilancarkan awal pagi ini tetapi beberapa laman web dan portal sudah mula diserang sejak petang semalam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan perkhidmatan 41 laman web terganggu ekoran serangan sejak semalam.

“Pemantauan kami mengenai situasi menunjukkan tahap serangan menurun setakat pukul 4 pagi tadi,” kata SKMM dalam satu kenyataan hari ini.

Ia menambah, impak serangan itu ke atas pengguna Malaysia adalah kecil,

SKMM menambah, lamannya juga berhadapan dengan serangan penggodam yang tidak dikenali dan setakat ini berjaya menangani serangan pihak terbabit.

Sehingga pukul 10.30 pagi tadi, laman web www.malaysia.gov.my tidak dapat diakses manakala penggodam-penggodam lain juga menyasarkan laman web agensi pelancongan Sabah www.sabahtourism.com dan www.tourmalaysia.com.my.

Dengan menyerang laman web Sabah Tourism, penggodam mendakwa mereka telah memperoleh data melibakan lebih 3,400 pengguna agensi itu dan menyiarkan butiran 392 akaun.

Sabah Tourism yang dapat menstabilkan akses meletakkan notis “offline” di muka depan lamannya.

Bagaimanapun laman web Tour Malaysia kekal dengan paparan “Dragon Force” dan lagu “heavy metal” berjudul “Through The Fire And The Flames” dan mesej mengecam kerajaan menghalang akses kepada beberapa laman web.

Malaysia menjadi negara terbaru berhadapan dengan sasaran perang siber yang digerakkan oleh aktivis, yang mula popular apabila mereka mengganggu laman web MasterCard dan Paypal yang memutuskan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.

Mereka juga dilaporkan ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.

Laporan Reuters semalam menyebut, Anonymous mendakwa tindakan Malaysia menapis program televisyen dan filem dan menghalang laman-laman perkongsian fail menyebabkan pihaknya mengambil tindakan mahu menggodam laman web http:www.malaysia.gov.my.

Pada 2009, Malaysia bercadang untuk mengadakan sistem tapisan Internet, yang mirip projek Green Dam yang diperkenalkan oleh China.

Bagaimanapun seperti juga di China, Malaysia berundur daripada melaksanakannya ekoran kritikan banyak pihak.

Mengikut laporan media semalam, Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan di bawah “Operation Malaysia” awal pagi ini.

Kumpulan itu menghantar mesej kelmarin mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi ini waktu Malaysia.

Ugutan itu dibuat dalam bentuk grafik disiarkan di lamab web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Dalam pada itu, laman web akhbar tempatan New Straits Times (nst.com.my) juga tidak dapat diakses setakat pukul 10 pagi tadi, tetapi tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh serangan siber ataupun sebaliknya.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:

  • SabahTourism.comtourmalaysia website hacked 160611
  • ASEAN connect
  • Bomba
  • Perbendaharaan Malaysia
  • Parlimen Malaysia
  • JobsMalaysia
  • Majlis Sukan Negara
  • Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodam itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi.

sitemap / daftar isi KongsiCerita.com




Hina Islam: Ulama mahu Utusan didakwa


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.


Berkaitan




Tips Perkahwinan


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





ASB/ASN HARAM – Jabatan Mufti Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah – Ustaz Azhar Idrus


Hasil dari Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2011, status Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak. Surat rasmi sila refer dua gambar di bawah ini.





[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia

Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia. Sebenarnya banyak lagi tempat yg menarik di dunia ini, tapi saya memilih 5 tempat ini kerana keunikannya dan tiada tempat yang lain yang sama dengannya. 5 tempat ini sangat unik, menarik dan mempesonakan.

Pintu Neraka di Darvaz, Uzbekistan.
Tempat yang terletak berhampiran bandar kecil Darvaz, di Uzbekistan ini dipanggil oleh penduduk tempatan "Pintu Neraka". Saya mengklasifikasikan Darvaza sebagai salah satu tempat yang harus dilawat setiap pengembara yang serius. Baca selanjutnya tentang Pintu Neraka di Darvaz, Uzbekistan di entri saya sebelum ini: Selamat Datang ke Pintu Neraka.

Bukit Pasir Besar di Pyla, Perancis.
GAMBAR 360 BUKIT PASIR BESAR PYLA
Seperti kita ketahui bahawa Eropah tidak mempunyai gurun,tapi andaian ini salah. Eropah mempunyai Pyla yang unik, panjang 3km, lebar 500m dan ketinggian 100m. Selain keunikan bukit pasir, yang juga menakjubkan adalah pemandangan sekitarnya dari ketinggian di mana kita dapat melihat laut dan hutan. Ini kerana bukit pasir jauh lebih tinggi dari hutan.

Gunung Roraima di Venezuela, Brazil dan Guyana

Gunung Roraima adalah tempat yang sangat indah. Batu gunung berbentuk seperti tudung adalah unik kerana ianya seperti meja di awan. Satu-satunya cara untuk mencapai puncaknya setinggi 400m adalah dengan menaiki trek tangga yang sudah disediakan oleh kerajaan Venezuela. Cara lain yang biasanya tidak digalakkan untuk dilakukan adalah memanjat tebing. Di sana, hujan turun hampir setiap hari, menyiram tanaman anggur yang terletak di bumbungnya.



Rotorua di New Zealand

Rotorua adalah sebuah bandar tepi pantai di Teluk Plenty, Utara New Zealand. Keunikan daerah ini adalah jumlah kolam sumber air panas, terutama Pohutu Geyser di Whakarewarewa dan lumpur-lumpur mendidih. Daerah ini sangat unik dan menarik sehingga ramai pelancong berkunjung ke sana.



Socotra di Yaman

Socotra adalah tempat yang paling aneh dan paling unik di dunia. Hampir semuanya aneh, mulai dari bentuk pokok dan lingkungan persekitarannya. Ianya sangat terpencil dan iklimnya kering. Tanaman atau apa pun yang tumbuh di sana kelihatan aneh. Tanaman terkenal seperti Pokok Darah Naga, mempunyai bentuk yang sangat aneh, kelihatan seperti payung. Pohon itu menghasilkan getah merah dan orang menggelarnya 'darah naga'. Ada juga haiwan di sini, seperti burung, labah-labah dan haiwan asli yang lain. Dan juga terumbu berbatu juga, bentuknya tidak umum dan hanya ada di pulau itu.



sitemap / daftar isi KongsiCerita.com




Kota Shitou – Bandar Langit Penuh Misteri


Pada zaman dahulu, Kota Shitou (batu) merupakan tempat yang terbiar. Gadis di situ berharap berkahwin dan meninggalkan Kota Shitou, manakala gadis dari kampung yang lain tidak mahu berkahwin di Kota Shitou. Kota Shitou terletak di atas gunung. Kehidupan di sana amat sukar.

Namun, kini, Kota Shitou berubah wajahnya menjadi satu destinasi pelancongan baharu. Semakin ramai penlancong suka datang ke tempat ini untuk menikmati keindahan dan suasana yang kaya dengan unsur tradisional serta tidak tercemar dengan pembangunan..
Pengembaraan ke Kota Shitou amat menakjubkan dan penuh misteri. kononnya Raja Mongol, Kublai Khan pernah melalui kota ini. Hal itu menjadi bualan masyarakat di sini.

Namun, apakah itu benar? Siapa yang dapat membuktikannya? Bukti tidak penting, kerana Kota Shitou sudah semakin terserlah dan sering dipaparkan dalam pelbagai media cetak, peta panduan pelancongan, dan media elekronik. Sejak itu, penduduk Kota Shitou menanam semangat untuk mengubah kehidupan mereka.

Kota Shitou Baoshan terletak di sebelah Gaung Sungai Jinsha, 120 kilometer ke utara dari Bandar Lijiang, Provinsi Yunnan. Kota ini dibina pada tahun 1277-1294 Masihi dan dinamakan "Kota Baoshan". Kota ini merupakah petempatan terawal etnik Naxi.

Terdapat 245 buah keluarga di dalam dan sekitar kota tersebut. Kelengkapan rumah mereka seperti dapur, tempat penyimpan dan tempat tidur, diperbuat daripada batu-batuan yang terdapat sekitar kota itu, seperti dapur, tempat penyimpanan air, dan tempat tidur.

Sesiapa yang menjejakkan kaki ke kota ini, akan disambut dengan suasana yang begitu santai sekali. Penduduk di situ memakai tudung kepala yang berwarna hitam, dan bertutur dalam dialek etnik Naxi yang sukar difahami.

Penduduk Kota Shitou sentiasa membuat persembahan untuk menyambut kedatangan pelancong. Anda dapat melarikan diri daripada kesibukan kota dan bersantai di sini dalam suasana yang tenang.

Jika merancang melancong ke situ, jangan lupa membawa alat tulis untuk sebagai cenderamata kepada anak-anak penduduk di situ. Mereka akan berbesar hati apabila menerimanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More