Mengenali fenomena latah

Menurut kamus dewan edisi ke 4, latah itu maksudnya seseorang (biasanya wanita) tidak sedar apa yang dilakukan, mengikut suruhan atau perbuatan orang lain tanpa disedari, mengeluarkan perbuatan atau sesuatu tanpa tidak sengaja kerana terperanjat. Sebenarnya, latah sudah jadi macam budaya masyarakat kita. Orang yang latah tidak kira muda ke tua. Ada yang latah sejak dari muda sampai tua. Ada juga yang latah sebab dia diusik orang. Sebaiknya jangan kacau orang latah masa diorang pegang benda tajam. Orang latah ni kalau kita suruh dia pergi tikam orang, dia pergi tikam, sebab diorang tak sedar apa yang diorang buat. Jadi nak usik orang latah boleh, tengok keadaan. Tapi kalau orang tua, baik jangan usik sebab macam kita ni tak hormat orang tua.

Punca utama latah adalah reaksi terkejut atau tertekan gara-gara stres. Ada beberapa teori yang menyebabkan timbulnya gangguan latah, iaitu:

Teori Pemberontakan. Dalam keadaan latah, seseorang boleh mengucapkan hal-hal yang dilarang tanpa merasa bersalah. Gejala ini semacam gangguan tingkah laku. Lebih ke arah 'keterlaluan' kerana ada dorongan yang tidak terkawal untuk mengatakan atau melakukan sesuatu.

Teori Kecemasan. Gejala latah muncul kerana orang yang melatah memiliki kecemasan terhadap sesuatu tanpa ia sedari. Rata-rata, dalam kehidupan penghidap latah selalu terdapat orang yang menyebabkan mereka tertekan. Jadi latah merupakan jalan pemberontakannya terhadap dominan orang yang menekan mereka. Individu yang menekan mereka tidak semestinya berasal dari lingkungan keluarga.

Teori Menarik Perhatian. Seseorang menjadi latah kerana mahukan perhatian orang di sekelilingnya. Gara-gara latah, seseorang merasa diperhatikan oleh persekitarannya. Dengan begitu, latah juga merupakan upaya mencari perhatian. Latah seperti ini disebut "latah gaul" - latah untuk pergaulan.
Noorkhiriah, artis yang melatah.


Jenis-jenis Latah

Ada empat jenis latah:
1. Ekolalia: mengulangi perkataan orang lain
2. Ekopraksia: meniru gerakan orang lain
3. Koprolalia: mengucapkan kata-kata yang dianggap tabu / kotor
4. Automatic obedience: melaksanakan perintah secara spontan pada saat terkejut, misalnya; ketika pesakit dikejutkan dengan seruan perintah seperti "sujud" atau "peluk", ia akan segera melakukan perintah itu.


Penyembuhan

Syarat-syarat munculnya latah adalah adanya keterkejutan. Untuk mengurangkan dan menyembuhkan latah, ia harus menemukan ketenangan hidup. Misalnya, keluar dari rumah kalau orang tuanya kerap melakukan tekanan atau bertukar bidang pekerjaan jika pekerjaannya itu membuatnya stres.

Untuk menyembuhkan si latah, persekitaran memang harus memainkan peranan. Ada penderita latah yang sembuh sendiri setelah berkeluarga dan hidup tenang. Selebihnya, pesakit digalakkan melakukan latihan relaksasi, meditasi, dan konsentrasi secara rutin. Kegiatan ini akan membantu pesakit menuju kesembuhan. Dan sering-seringlah melakukan aktiviti menyenangkan yang tidak membuat stres.

Terapi puasa cukup popular di Eropah dan Amerika Syarikat. Berita gembira lain, hasil penyelidikan terkini membuktikan puasa yang dijalankan secata betul, boleh berfungsi sebagai terapi bagi pesakit latah. Ini berpunca kepada fakta bahawa pausa dapat membuat seseorang lebih mampu menguasai dan mengendalikan diri.

Nota dan gambar di tandas yang melucukan

Sering kali kita melihat ada banyak nota dan gambar yang diletakkan di tandas, sama ada untuk peringatan, pengumuman atau sekadar untuk hiburan semata-mata. Sebelum tu, ni entry saya sebelum ni.. tanda tandas yang unik dari seluruh dunia. Berikut adalah beberapa nota dan gambar di tandas yang lucu dan kelakar...

bayar dulu...

kesian kat bebiri saya

hati-hati, tolong kunci semasa guna

jangan curi tisuwoi.. mana tisu tandas!!!
tangan yang sama
pekara yang dilarang semasa menggunakan tandas awam
fuhh.. berpeluh la sapa yang kencing kat sini
nak kencing pun segan
harta sendirian berhad
ha ha ha ha ha ha
jangan berak dan kencing di sini
paham betul-betul. memang lawak habis
butt or button?
sila berak sepuas-puasnya. berak sampai puas
arah sini kalau nak berak atau kencing

aku pun yak paham apa maksud dia.. leh tolong explain?






Tanda tandas yang unik dari seluruh dunia

Assalamualaikum. Kita sering melihat tanda tandas sama ada di pusat beli belah, sekolah, pejabat kerajaan, terminal pengangkutan awam atau di mana saja. Kebiasaannya tanda tandas yang digunakan di negara kita adalah standard. Berbeza dengan luar negara, mereka menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan tanda tandas yang pelik dan unik. Gambar ini diambil dari blog KeMaH KeMiM sebelum saya tambah dari sumber lain. Ini pula posting saya tentang nota dan gambar di tandas yang melucukan.
cara laki dan pompuan kencing

koboi

papan tanda tandas di zoo
scrolldown untuk melihat lebih banyak gambar tanda tandas yang pelik dan unik dari seluruh dunia.

tanda tandas di pantai

papan tanda tandas di Jepun

papan tanda tandas di Iran, siap pompuan pakai tudung lagi

papan tanda tandas di China

papan tanda tandas di ladang ternak

ada juga untuk alien




Lain tempat, lain tanda tandas


















Salahkah copy dan paste entry keagamaan

Isu Copy Paste, Entry Keagamaan, Blog Hijau, Anonymous komen, pendapat bloggers, pendapat tentang isu copy paste
Assalamualaikum. Entri ni saya copy dan paste dari blog DAUSPOZI.COM - ingat hijau ingat daus. Sama-sam kita fikirkan persoalan yang dilontarkannya...

Firstly aku nak terima kasih banyak² kepada encik anonymous kerana komen beliau yang ala² perlian tu, beliau dah bagi aku satu idea untuk update blog hijau ni. Okey, topik untuk segmen 'Kata Blogger' kali ni adalah "Salahkah kita 'copy paste' entry keagamaan dengan niat untuk berkongsi dengan pembaca?", jom kita baca pendapat daripada para bloggers.
Salam.. tak salah copy paste entri agama, janji kita tahu apa yg kita ambil tu benar dan kita sedia terima komen org yg tanya dan kita kene bersedia ada ilmu untuk jawabnya.. sebaik2nya letak link artikel asal selepas copy paste..
- Syahirul Azfar
Share link di fb atau twitter sudah la. x sesuai rasanya untuk share keseluruhan artikel di blog. copy paste namanya. nak menarik, buat sedikit ulasan tentang artikel keagamaan tersebut. kaitkan post kita dgn artikel tersebut maka hasilnya sudah tentu gempak! :)
- Famili Aiman Naim
SALAH ! Kalau setakat nak copy and paste konon-kononnya nak berdakwah memang tak payah . Perkara macam nie memang aku dah banyak kali tegur tapi diorang akan cakap ayat yang membosankan "saja nak kongsi bla bla bla"
- Touya Karuma
Kalau entri berunsur dakwah atau keagamaan itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang lain, atau dalam erti kata lain penulis entri itu ingin membuat amar makruf nahi munkar, sudah tentu dia akan rela mengizinkan entri dia untuk dicopy oleh orang lain bukan?

Tetapi sekiranya dia tidak rela, maksudnya penulis itu langsung tidak ikhlas dan hanya mementingkan nama sendiri berbanding agama Allah. Kalau la niat hati orang berdakwah, dia sudah pasti tidak akan memberikan syarat yang menyusahkan kepada orang lain yang ingin menuntut ilmu dan pengajaran dengan mewajibkan backlink.
- Mohd Nordin Khairuddin


Eee... comelnya kembar ni.. ekeke
Pendapat aku tak salah, menyebarkan ilmu yg bermanfaat dan berunsur keagamaan untk berkongsi dengan orang ramai adalah salah satu cara berdakwah dr segi pembacaan. lebih2 lagi ilmu yg dibaca disampaikan kepada orang lain. berdakwah dalam ape jua xkire la dgn penulisan blog sekalipon. sekurang2 apabila kite passed away kelak. ilmu yg disampaikan di blog bole dijadikan rujukan secra x lgsg ia berterusan dan sekurang2nya kite mndpt saham untuk akhirat kelak. hehe~
- Hanif Zahari
Pada pendapat aku, bila kita berkongsi article agama, paling penting adalah sumber. Sekalipun kalau kita berkongsi di mana-mana sama ada facebook ataupun di blog, sumber adalah penting. Tak boleh nanti bila orang tanya "Mana ko tahu", kita jawap "Tah aku copy paste je". Kita bertanggungjawab keatas apa yang kita post. Kalau kita share sesuatu yang Islamic tapi fakta yang ada dalam tu salah, atau mungkin hadis yang digunakan diragui, adakah kita sekadar lepas tangan sebab kita hanya berkongsi atau copy paste? Jika terlintas article agama, fikir secara kritis, dari mana sumber hujahnya. Sekadar pendapat.
- Faiz Mohamad Nor
Apa yang salahnya..tgk niat pun dah terang2...kalau berunsur keugamaan yang boleh memberi ilmu..adoi..ape yg perlu difikirkan lagi..pernah dgr tak ayat ni 'sebarkanlah ilmu itu walaupun sepotong ayat'..xpaham den.fans page mengarut kat fb leh lak share2..
- Aku Mijae
Bagi aku tak salah nak copy paste artikel ni. yang penting jgn lupakan sumbernya la kan.. and kalau boleh.. cari lagi rujukan untuk mantapkan artikel tu. artikel yg bagus tak datang dari 1 rujukan je. lagi banyak rujukan dia buat lagi bagus, sebab pasal agama ni kena nak kena pastikan fakta yang disampaikan tu bebetul kukuh... sekian...
- Fariq Jalil

Tak salah rasanya...benda yang baik..yang penting dikreditkan kepada penulis sebenar di dalam blog...

ala...kalau kita copy paste, dan kongsi kepada pembaca blog kita,
tuan empunya artikel tu jugak yang free2 dapat pahala
yela, kalau ada orang amalkan apa yang ditulisnya dalam artikel tu, dia pun sama mendapat pahala kan?
- Amirul Hafiz
Copy-Paste entry berunsur agama (atau memana pn), tak salah..asalkan..1-kita inform kpd penulis asal ttg nk share post; 2-sertakan rujukan kpd penulis asal, 3-sertakan pendapat/idea/ulasan sendiri pasal entry copy tersebut.. 4-nyatakan sumber lain pasal point utama entry tersebut yang kita search sendiri.. 5-banyakkan sumber pendapat yg reliable... 6-paling terbaik, sertakan entry keagamaan tersebut dengan petikan hadis-alquran..serta nyatakan surah/ayat alquran ... riwayat hadis dari mana...
- Ixbar Abdullah
Bagi aku, tengok jugak sumbernya..kalau boleh dipercayai dan tak mendatangkan was-was apa salahnya..tapi kalau boleh bagi link asal sekali sebagai rujukan..kalau ada apa2 masalah senang nak buat rujukan..

kenapa kalau bab hiburan, ramai je orang nak copy paste tapi kalau agama susah je kan..islam kan mudah
- Mohd Aizuddin
Entri keagamaan semestinya utk dishare bersama. yang post entri tu pastinya ada niat murni utk berkongsi bersama. Apa salah? tak salah la kan. sebab niatnya mmg utk berkongsi. lagi luas sayap perkongsian tu terbukak. lagi banyak yang terima manfaatnya tak gitu?
- M Aimman Sarjan Adzmi

Terima kasih banyak² kepada 12 orang bloggers di atas kerana sudi berkongsi pendapat, antara semua pendapat di atas, yang mana paling menarik agaknya ye?.. korang tentukan la. By the way, kalau korang tak sempat nak share pendapat kat Facebook Dauspozi.com tadi, korang boleh share pendapat korang kat ruangan komen. Tq!





takziah... dari Allah kita datang dan kembali

KL, 21 Mei 11: Kira-kira 24 kanak-kanak tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Dalam kejadian pada 2.30 petang itu, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada 5 petang.

Terkini, seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini menjadikan jumlah mangsa yang meninggal seramai 6 orang. Al-Fatihah..





Pengganti Osama arah hancurkan London


Saif al-Adel, yang disebut-sebut sebagai pimpinan Al Qaedah ketika ini dilaporkan sedang merancang serangan besar di London, dia telah memerintahkan para pengikutnya untuk "menghancurkan" ibu negara Britain itu.

"Pemimpin baru kami telah meminta rancangan besar di London, "kata jurucakap Taliban Ehsanullah Ehsan. Dia berpendapat Britain merupakan "tulang punggung" dari Eropah dan harus dihancurkan," seperti yang dipetik media Eropah.

Daily Mail menyiarkan berita, Taliban dan al-Qaeda yang bertemu di sempadan Pakistan-Afghanistan untuk memutuskan peranan baru bagi Saif al-Adel 51, yang pernah menjadi ketua keselamatan Osama.

Menghadapi ancaman tinggi di London, British Transport Police (BTP) akan diberi kebebasan untuk membawa senjata di kereta api ibu kota dan stesyen bawah tanah untuk pertama kalinya.

Pihak keselamatan sangat risau dengan kemungkinan serangan seperti yang terjadi pada November 2008 di Mumbai apabila lelaki yang membawa senjata menyerang hotel dan stesyen utama kereta api, serangan tersebut mengorbankan 200 orang.

Apakah seruan Saif al-Adel tersebut akan menjadi serangan pertama al_Qaeda di Eropah selepas kematian Osama Bin Laden? Waktu yang akan menjawab.

Berkaitan:





10 sebab doa tidak diterima

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, "terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.





Renungan buat bakal pengantin

Abah.., nak kawin!!
Buat renungan kita di musim pernikahan yang akan menjelang tak lama lagi. Mohon sebarkan jika ianya bermanafaat. Di sini dicatatkan khutbah nikah yang disampaikan di majlis akad nikah baru-baru ini. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat, insya Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah yang dengan rahmat dan kasih sayangNya dapat kita berhimpun dalam majlis yang diberkati ini. Selawat dan salam kepada Junjungan kekasih kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, kemuliaan dan keberkatan kepada ahli Keluarga Baginda, para Sahabat r.a. para Syuhada, para Auliya, para Ulama dan mereka yang menjejaki perjalanan kebenaran.
Anakanda berdua,
Oleh kerana itu, ada 3 perkara penting perlu wujud demi kebahagiaan dalam hidup seseorang, iaitu :

Ciri Pertama

Tidak pernah menyesali atau kecewa berpanjangan terhadap masa lalunya; masa lalu selalu diingati dengan istighfar dan syukur. Permohonan ampun didasari atas kelemahan manusia diiringi dengan keyakinan bahawa Tuhan Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang; rasa syukur yang dilandasi atas kesedaran kuat bahawa betapapun beratnya cubaan dan kesulitan, nikmat Tuhan selalu lebih banyak dibanding itu semua.

Ciri Kedua

Apa jua ujian yang dihadapi nanti perlulah bersikap dengan semangat pantang menyerah kerana keyakinan bahawa terhadap setiap sebuah kesulitan selalu tersedia sekurang-kurangnya dua buah kemudahan. Cukuplah kesabaran dan ketekunan dalam usaha yang disertai dengan doa dari kerendahan hati seorang hamba sebagai bekal, yang dalam bahasa Al-Quran disebut, “jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu”.

Ciri Ketiga

Kebahagiaan yang dimiliki hari ini adalah ketidakpastian bagaimana di masa depan. Maka selalu berfikir dengan baik, mengamalkan syukur dan tawakal. Apabila kita bersyukur dengan kebahagiaan yang kita miliki, nescaya Allah akan menambahkan kebahagiaan pada kehidupan kita malah akan ditambah lagi nikmat kebahagiaan di masa hadapan. Jadikanlah kebahagiaan sebagai matlamat abadi anakanda berdua dalam membangun kehidupan keluarga.

Wahai anakanda,

3) Pernikahan adalah KEBAHAGIAN. Ia adalah pakaian dan kehidupan ahli syurgawi, maka kebahagiaan yang dimiliki dalam bahtera rumahtangga amat tidak disukai oleh iblis. Sebagai musuh abadi manusia, iblis sang pewaris neraka akan terus bekerja untuk menghancurkan kebahagiaan yang menjadi milik manusia, anak keturunan Adam sebagai para calon pewaris syurga.

Dalam hal kehidupan berkeluarga, salah satu benteng terkuat untuk menjaga kebahagiaan dari kehancuran atau kecelaruan itu adalah sikap kemaafan. Bukalah pintu kemaafan selebar-lebarnya dan selama-lamanya kerana ia akan mencegah masuknya kemarahan, kemarahan pembuka pintu iblis dalam menghancurkan kebahagiaan anak-anak Adam.

Ini penting untuk selalu diingat kerana anakanda mempunyai perangai, pemikiran, citarasa sendiri-sendiri yang unik, lengkap dengan kelebihan dan kelemahannya masing-masing, sedangkan melalui pernikahan, perbezaan ini hendak dipersatukan dalam sebuah rumahtangga demi kebahagiaan. Justeru sikap faham memahami, bertolak ansur dan keterbukaan di atas kelemahan dan saling memaafkan antara dua pihak amat penting. Ia adalah resepi abadi dan kuat dalam membangun rumahtangga bahagia. Lebih dari itu, kemaafan adalah jalan menuju taqwa, [wa ‘anta’fu aqrobu littaqwa - dan kemaafan itu lebih dekat kepada taqwa].

4) Pernikahan adalah RAHMAT. Berdasarkan fitrah manusia, agama mengatur tanggung jawab, peranan dan fungsi anakanda masing-masing dalam kehidupan berkeluarga. Sempurnakanlah dan tunaikanlah hal tersebut dalam perjalanan kita membangun rumah tangga yang semoga dengan demikian akan dirahmati dan diberkati Allah SWT. Menurut ketentuan agama, tanggung jawab sebagai ketua keluarga berada di bahu suami dengan tanggung jawab terbesar dan terberat adalah menjaga agar bahtera keluarga selalu berjalan menuju matlamat abadi, yakni kebahagiaan dunia akhirat dan terhindar dari siksa neraka.

Teladan mulia bagi isteri tentunya adalah Ibunda Sayyidatina Khadijah, yang selalu memberikan keteduhan, kelembutan dan juga dorongan yang tiada henti kepada suami untuk tetap istiqamah, sehingga betapapun beratnya tentangan dalam rangka menuju matlamat abadi itu selalu dapat diatasi dengan baik dan penuh tanggung jawab. Ingatlah selalu oleh kalian berdua bahwa salah satu fungsi pasangan suami isteri menurut Al-Qur’an (al-Baqarah:187) adalah seperti pakaian [mereka adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka].

Fungsi pakaian selain untuk keindahan adalah juga untuk menutupi aurat, maka suami isteri harus saling menutupi kelemahan pasangannya. Seandainya kalian melihat kelemahan pada pasangan kalian maka berdoalah agar dibalik kelemahan itu terdapat kebaikan yang tidak terduga.

Ingatlah firman Allah SWT (An-Nisaa’:19],

“Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah, kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

5) Tingkatkanlah bakti kalian kepada ayah-bonda, yang telah dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menghantar kalian hingga ke jinjang untuk memulai hidup baru, membangun rumah tangga sendiri. Perlu anakanda ingat bahawa cinta dan kasih sayang mereka kepada anakanda tidak akan pernah pudar walau kini kamu telah membangun rumah tangga sendiri.

Sebagai penutup di akhir khutbah, Ayahanda Walid berpesan kepada kedua mempelai pengantin baru dan juga buat sekelian yang hadir dengan firman Allah SWT :

“Bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan kemenangan yang besar.” (al-Ahzaab: 70-71)

“Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu meninggal dunia melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali-‘Imran: 102)

sumber Dr. Nurdin Jamaludin UK





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsi Cerita Kongsi Cerita
solihin zubir
Great 1:1 Traffic Exchange
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More